Billboard

Followers

Tuesday, December 29, 2009

Gian

Yaaaa.... Aku kembali! Hamboih, seronok tak hengat bila jari dapat menari-nari atas keyboard nih. Cuti dah habis? Belooommmm... Maybe aku akan balik awal, hari Jumaat mungkin, sebab ada plan untuk ke rumah Meon hari Sabtu ni.

Aku online kat CC je ni. Dah gian sagt. Rasa sengal2 jer tak dapat menaip. Kat rumah tak ade sambungan internet lak. Kebosanan yang melampau telah mendorong aku untuk ke CC harini. Ok, apa motif aku post harini? Sekadar nak melepas gian aku yang dah lama tak merapu. Muahaha...

Sunday, December 20, 2009

Bila tiga orang budak Negeri Sembilan berbual (dan seorang pelakon tambahan)


Seperti sebelumnya, modus operandi kali ini juga sama seperti entry yang lepas, bila mana aku meletakkan status seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, dan menjadi perbualan spontan antara aku, Apex dan Sepet. Pelakon pembantu pun ada sebagai Hantu Bini Apak. Kamera ready, 3...2..1.. Action!

Saturday, December 19, 2009

Lui Selatan



06hb Jun 2009, ada kenduri kat rumah Wak. Ramai gak budak-budak METC ni turun membantu. Ada yang stay kat rumah aku, ada yang stay kat rumah Jack. Esoknya pulak pergi PD. Best gilo!

Wednesday, December 16, 2009

Sebongkah rezeki.

Pagi ini aku bangun seperti biasa. Memulakan rutin harian ku mencari makanan untuk disumbangkan kepada koloni ku, yang kemudiannya akan diagih-agihkan sesama ahli koloni. Kami bekerja keras setiap hari, mencari rezeki di atas muka Bumi ciptaan Ilahi. Susana masih gelap dan sejuk. Hujan yang turun semalam membuatkan aku sedikit liat untuk memulakan tugas. Tetapi sebagai pekerja yang berhemah, dan memikirkan tanggungjawab yang besar untuk seluruh koloni, aku kembali bersemangat. Ye la, karang aku tak kerja tak makan la aku. Kemungkinan ahli koloni juga akan memboikot aku. Aku tak mahu digelar anti-sosial.

Tuesday, December 15, 2009

Basah!


Bilik mandi yang selesa.

Mandi merupakan suatu perbuatan membasahkan tubuh badan, disertai dengan proses melumur badan dengan cecair pencuci yang digelar shower foam yang mengeluarkan bebuih lembut dan berkesan menanggalkan segala kekotoran degil yang melekat di badan setelah seharin kita bekerja, bermain mahupun belajar. Mandi boleh menjadi wajib hukumnya apabila terjadi sesuatu perkara. Yang ini tidak perlu dijelaskan dengan lanjut kerana bukan tujuan utama post ini.

Sunday, December 13, 2009

Drift @ MAEPS. Serdang (05 Dec 2009)



Sabtu minggu lepas aku, Ikromi dan Odeng telah berkunjung ke Malaysian Agriculture Exposition Park Serdang (MAEPS). Kat sini berlangsungmya Saturday Night Drift yang dianjurkan oleh Feinto-D. Untuk maklumat lanjut tentang event yang diorang anjurkan bleh check kat sini. Format event ni ialah free run. Setiap kereta yang nak masuk dikenakan bayaran RM50. Untuk syarat-syarat lain boleh rujuk link di atas.

Public Holiday Outing (11.12.2009)



Semalam ialah hari keputeraan Sultan Selangor, jadi cuti umum bagi rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan. Pagi tu aku tak buat apa pun, duduk rumah, basuh baju, pastu pegi rumah Apeng, tolong dia pilih layout baru untuk blog dia. Petang lepas solat Jumaat, Wan ajak gi jalan-jalan. Walaupun poket semakin nipis, tu semua tak menghalang aku untuk berjalan. Haha...

Saturday, December 12, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest.



Terasa menarik plak contest ni. Perasan kat beberapa blog yang aku follow join contest ni. Kalau korang berminat, klik sini untuk syarat-syarat penyertaan.

Dipersembahkan mahakarya AcanCapik...

Thursday, December 10, 2009

Kelas Dialek Anak Negeri

Disebabkan ada permintaan dari pembaca yang mahukan post tentang dialek Negeri Sembilan (N9) berikutan entry aku haritu, maka aku akan memenuhi permintaan tersebut. Ok murid-murid, baca doa dulu sebelum belajar ye...

Wednesday, December 9, 2009

Terjemahan Google

Hari ni letih sangat. Nak makan pun takde selera. Aku menghadap PC je dari balik tadi. Tunggu Isyak masuk, lepas ni aku nak tidur teruslah.Menghadap PC buat apa ye? Aku baca-baca blog orang, balas komen, ber'Facebook' dan main Airline Manager. Dalam aku baca blog tu, teringat kat post Nissa-Elhumaira yang ada cakap pasal Google translate. Macam menarik je kan, boleh la orang luar baca dan faham blog aku ni. Jadi aku pun try la search "google translate" kat ruangan search.



Kekenyangan membawa kemengantukan.

Tadi aku pegi makan kat Pizza Hut. Duit dah tak berapa nak ada, tapi bab makan-makan ni, tak berkira sangat aku. Yang penting mesti sedap dan tak berapa mahal (tapi pizza ni mahal la jugak, rabak poket gu. huuuu). Dari minggu lepas Piji ajak makan pizza, jadi untuk tak mengahampakan permintaan ramai aku pun bersetuju. Piji awal-awal dah message aku jadi ke tak. Aku set jer, ikut Wan Karim la, dia organizer. Aku bersiap-siap pukul 8 lebih, sebab pukul 8.30 diorang kata nak gerak. Aku text Wan, dia tak balas plak. Pegi rumah dia dibantainya membuta. Cesss... Berbual lebat.

Dengan mamai-mamai aku tanya jadi tak, dia tak jawab terus gi mandi. Jadi la tu. Kalau tak mesti aku menulis tentang kehampaan dalam kelaparan... Last-last pukul 9 lebih jugak baru gerak. Aku satu kereta dengan Adzhar & Wan, dan 4 orang lagi iaitu Ekbal dan Apih 1 moto, Piji ngan Cuki 1 moto lagi. Sampai sana, pilih meja yg paling tepi tingkap, pastu mengarut tak habis-habis. Aku tak tau la apa pandangan masyarakat kat kami. Lantak la, yang penting happening giler.


Muka kelaparan.

Tuesday, December 8, 2009

Sambung Merivet

Harini aku sambung balik kerja merivet semalam. Semalam segala lubang dah siap, countersunk pun dah ready, harini masukkan countersunk rivet dalam lubang dan tembak secukup rasa dengan rivet gun. Settle. Nak tengok rupa paras kerja aku, tengok la gambar kat bawah tu. Tak berapa kemas la. Pagi-pagi badan tak panas lagi, buat kerja pun tak berapa nak elok. (Ahhh, itu semua alasan!)



Monday, December 7, 2009

Rivet

Harini aku start buat projek riveting. Projek first ni simple jer, drill lubang kat 2 keping plet aluminium, pastu rivet kan mereka berdua. Harini aku setakat dapat buat lubang je. Try gak rivet kat plet kosong yang terbuang. Menggigil-gigil tangan pegang drill gun. Bukan aku ada parkinson, tapi memang lumrah merivet, penuh dengan gegaran dan bunyi bising...

Sunday, December 6, 2009

Bila dua orang budak Negeri 9 berbual.

Perbualan antara aku dan Apek di Facebook sekitar 12 malam 25 November 2009.

Situasi : Seorang pemuda terbau Maggi Mee yang dimasak oleh jirannya.

Apex Shahriman: Waktu-waktu macam ni la jiran sebelah nak masak Maggi kari. Betul2 menguji ketahan fizikal, mental dan psikologi. Haha.

Muhammad Shafiq Khaerlan: Poei amik mangkuk doreh...

Apex Shahrimanhahah: Bawak mangkuk & cawan. Sampai umah dio nanti buleh bancuh Nescafe 3in1. Haha.

Friday, December 4, 2009

Birthday Adzhar

29hb November 2009, genaplah umur Adzhar 20 tahun. Aku pun tak ingat birthday mamat ni. Haha... Wan Karim yang bagitau, pastu plan nak buat party malam balik dari cuti raya haji haritu. Tapi Adzhar ni bukan reti nak balik awal, sudahnya aku makan berdua dengan Wan je malam tu.


Birthday boy.

Esoknya, aku & Wan keluar pagi-pagi beli kek, pastu aku pilih Pak Li Kopitiam sebagai lokasi sambutan birthday ni. Kecil-kecilan je pun, kami bertiga je. Beli kek pun kecik je. Lepas beli kek, aku tinggal kat kopitiam tu, Wan balik apartment pegi ambik Adzhar. Dia tido lagi time tu. Pranknya, konon-konon kami bertiga nak pegi makan, tapi aku tak jadi keluar, so diorang pergi berdua je. Bila sampai kedai, aku dah ada. Tak tau la dia terkejut ke tak, kalau ikut hati lagi teruk aku nak kenakan. Tak cukup masa dan budget je. Huhu...

Wednesday, December 2, 2009

Ani Sup Utara

Sebelum balik kampung masa Raya Aidil Adha haritu. aku, Adzhar & Wan Karim pegi makan kat Ani Sup Utara. Sebelum ni pun aku pernah dengar tentang kewujudan restaurant ni, cuma tak pernah je makan kat sini. Aku makan baru-baru ni kat Seksyen 8 Kota Damansara. Outlet ni baru je bukak. Untuk pengetahuan korang semua, restaurant ni ada banyak cawangan lain.

Mulanya Adzhar cakap kat situ ada promotion bukak kedai, RM2 sahaja untuk sup dan air. Tapi kami sampai tu pun dah lewat, promotion dah habis, dan orang pun dah tak ramai. Masa tu dalam pukul 11 malam macam tu. Tapi alang-alang dah sampai tu, makan la jugak.


Suasana kedai yang menarik dengan warna-warna tenang dan santai.

Tuesday, December 1, 2009

Indera Kayangan (12-14 Dec 2008) Part 3

Kitorang sampai Arau dalam pukul 6 pagi. Masa tu Meri yang drive. Dah sampai tu, kitorang call Pitt, suruh dia amik kitorang. Mana la tau kat mana rumah dia. Lepas tu dia suruh tunggu kat satu stesen minyak. Time ni masing-masing dah letih. Meon dah membuta siap-siap. Ad ngan Pistol dah marah-marah, sebab Pitt lambat sangat. Aku ngan Meri relax je, sambil mengarut gelak-gelak. Tapi serious letih. Dah la jauh, banyak berhenti pulak, so lambat la sampai. Masa ni azan pun dah berkumandang menandakan sudah masuknya waktu subuh bagi Negeri Perlis Indera Kayangan.


Tak lama lepas tu Pitt pun sampai (tak lama apa, bukan main letih lagi tunggu). Dia amik kitorang, lepas tu hantar kitorang kat bilik Homestay, kira macam chalet la. Ayah dia dah sewa untuk orang-orang yang datang dari jauh dan ahli keluarga yang datang menginap dulu. Sampai situ, mandi-manda kejap, solat Subuh, pastu tido. Tapi bukan direct tido je. Budak-budak ni apa-apa hal mesti nak mengarut dulu. Pistol je yang senang lelap.



Ni la tempat penginapan kitorang.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Aku bangun lamnat harini... Janji pukul 8.30 pagi nak gerak. Takpe-takpe, aku relax-relax je. Banyak lagi benda nak diceritakan. Trip gi Perlis aritu pun x abis cerita lagi. Huhu... Korang tunggu je la 2-3 hari. Aku cuti kejap je. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini. =)

Wednesday, November 25, 2009

Indera Kayangan (12-14 Dec 2008) Part 2

Selepas peristiwa yang mengerikan tersebut, maka Meon dan Pistol pun segeralah bersiap-siap pegi amik barang semua, siap-siap, letak kat dalam kereta aku. Aku pakai kereta apa? Sebuah Mitsubishi Lancer A172 tahun 80-an berkapasiti satu perpuluhan empat liter. Kereta ayah aku ni, tapi aku pinjam satu. Kat rumah aku ada tiga kut kereta ni, apa kes la ayah aku minat sangat model ni. Mungkin kereta ni merupakan kereta yang top masa beliau membesar dahulu kala. Tapi aku minat gak kereta ni, ada nilai-nilai retro dan sentimental value yang tak dapat nak dijelaskan. 


Perjalanan pun dimulakan dengan bacaan Bismillah, seiring dengan doa semoga perjalanan kami selamat sampai. Kitorang gerak pun dah nak pukul 10 malam dah. Lambat giler. Mula2 aku drive, sampai Behrang tak silap aku, pastu Pistol plak take over. Kelajuan malar adalah 120km/j. Kereta olskool, tak boleh nak lari laju2. Tapi aku pelik gak 120 tu rasa laju giler babeng. Aku tepon ayah aku, dia cakap meter tu berat sikit. Kalau 120 tu dah 135 camtu. Amboih, yg aku lari 140 tu berapa plak kelajuan sebenarnya? Do the math. Aku malas nak kira. 

Tuesday, November 24, 2009

Indera Kayangan (12-14 Dec 2008) Part 1




Sebenarnya dah lama aku upload gambar utk post yg ni. Tapi tetiba je plak takde idea. Ade tu nama tempat pun aku dah lupa. Aku kena buat research sket la utk nama2 tempat yg aku dah pegi. Ah, ye la tu research. Sebenarnya aku tanya Ad je, pastu tanya Pitt sket. Aku pegi Perlis ni tahun lepas, dengan Ad, Meri, Meon & Pistol. Tahun lepas, bulan 12. Patut la aku lupa, dah dekat setahun rupanya...

Sunday, November 22, 2009

Fire!!!



Agak2 kalau penyokong Kelantan aritu terdiri dari Otromen ni, lagi la hancur stadium Bukit Jalil aritu ye x?

p/s : No offence ya... Just melawak jer. Kalau ada yg terasa, mintak maaf banyak2...

Nasi kangkang?



Nasi kangkang di dapati masih lagi diamalkan pada zaman serba moden ini. Tapi yg peliknya tukang buat nasi tu makan sekali nasi yg dia kangkang tu. Agak2 ape la effect yg bakal menimpa pemakan tersebut ye? Ntah la, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

Saturday, November 21, 2009

Mabuk darah

Tadi kat METC ada program derma darah. Sebelum ni pun pernah ada buat, tapi dari Hospital Seremban. Hari ni dari Pusat Darah Negara. Tapi yg first aritu cam best sket, sebab makan2 dia ada byk kuih2 yg sedap. Yg harini punya dia bagi roti ngan biskut je. Tapi aku bedal je pun (ni derma sebab nak makan ke hape hah?).


Sebenarnya aku ada kelas tadi, kelas Maintenance Practice ngan En. Misni. Tapi dia pun cam relax2 je harini, dalam erti kata lain malas2 je nak ajar betul2. Huhu... Hari Sabtu, sume pun mood cuti je, mana la nak ada mood blaja. Kelas start kul 8, pastu kul 10 break jap. Time ni aku gi daftar utk derma darah dulu. Mula2 kena isi borang, dia ada la tanya pasal kesihatan ke, sejarah penyakit ke dan sebagainya. Pas isi borang tu, kena gi check kumpulan darah plak. 



Time ni kemain riuh ko ye Meri

Wednesday, November 18, 2009

Exam

Rakan2 semua, dan para pembaca setia blog ini, hari ni aku ada exam EASA PArt 66 Module 6, Aircraft Material & Hardware. Doakan kejayaan aku eh. Huhuhu... Thanks for your sopport. Love u. Muahhhh!!! :-*
Arghhhhh!!! Serabut....

Sunday, November 15, 2009

Kertas kosong

Sebenarnya aku nak tulis pasal trip g perlis dulu. Gambar dah siap upload pun. Tapi tangan aku ni menggigil-gigil nak menaip. Tulis sikit, padam. Rasa x kena, rasa salah, rasa jiwa kacau. Lagipun banyak pulak benda yang aku dah lupa pasal trip tu. Tapi trip tu la paling best. Nak buat camne ni? Arggghhhhhh!!!!

p/s : ngaku je la ko malas acan...

Saturday, November 14, 2009

Hari Jumaat

Aku x penah jumpa pasar hari Jumaat kat perkarangan masjid. Masa mula-mula masuk METC, aku agak pelik bila tengok kat Masjid Lapangan Terbang Subang tu ada pasar. Ha, tu la kan, kat tempat sendiri x penah jumpa. Tu la untungnya belajar luar dari kampung halaman, nampak sikit tempat orang macam mana.

Pemandangan sekitar pasar

Friday, November 13, 2009

KERETA

Harini kita akan bercerita tentang majalah ye adik2, abg2 dan kakak2 sekalian. Korang suka baca majalah? Ada kumpul majalah? Majalah ni satu terbitan berkala yg membincangkan tentang topik2 yg diketengahkan oleh konsep majalah tu sendiri. Ada majalah pasal bola sepak, majalah hias2 rumah, majalah pasal kecantikan, fesyen dan lain2.

Tuesday, November 10, 2009

Jam Session


Aku mula terjebak dalam kancah penjammingan ni start dari form 4. Nak cerita sikit, aku mula belajar main gitar mse form 3, lepas PMR. Sebelum tu berminat gak nak bergelar gitaris, tapi x serius pun. Kalau dengar lagu yg ada goreng2 baik punya mula la aku berangan main kat live concert depan crowd dengan awek2 terkinja2 nak terkam aku.

Sunday, November 8, 2009

Ahad

Aku x tau nak buat apa hari ni. Pagi tadi ada idea nak menulis, tiba2 aku blank... Daaaaaaaaaa...

Thursday, November 5, 2009

Semangat camping...


Trip Lopo. Wan, Aku, Akbar, Adi dan Adzhar...

Dua tiga hari ni aku asyik termimpi pasal camping je... Dah lama kut x camping. Adakah dah sampai seru untuk meneroka hutan kembali? Adakah semangat hutan kembali meresap dan menghidupkan urat nadi dan saraf2 semangat aku? Apa pun, mimpi aku memang real, sampai aku rasa bersemangat x terhingga. Yg x pernah ikut pun bersemangat nak ikut... Aku x tau mainan tido atau petanda awal, yg penting aku dah bersemangat kembali....

Jadi, bersemangatkah korang seperti aku? Mahukah korang masuk hutan lagi seperti aku? Demi nak menaikkan semangat lagi, tengoklah gambar2 sedia ada sebagai pemangkin semangat baru... Yeahhhh!!!

Saturday, October 24, 2009

A trip to Johor : Part 3

Ok, sambung balik. Dari rumah Todd, kami bergerak ke rumah Odeng plak. Aku x pasti berapa jauh sebab aku membuta je dalam kereta. Ngantuk + letih. Tapi sebelum masuk Felda Odeng tu kami isi minyak dulu, kat Bandar Penawar. Kat sini terjadinya insiden sesat bila kami 1 kereta x perasan yg lain2 dah gerak ikut simpang lain. Apa la, diorg ni pun laju je gerak. Masing orang Johor kut. Tu yg laju je. Tapi dalam kereta kami pun ada gak orang Johor, tapi...

Gelagat kami di rumah odeng

Wednesday, October 21, 2009

A trip to Johor : Part 2

Banguuuunnn!!!!
Tiba2 tido kitorang dikejutkan dengan suara nyaring yg agak pelat menyuruh kami bangun... Rupa2nya anak buah Akbar. Nama dia Nur Ibratul Humairah. Kemain panjang lagi nama. Panggil Mira je. Punya la kuat dia jerit. Ni Akbar punya keje la ni suh anak buah dia kejut kitorg. Nasib baik comel, kalau x aku ikat je Akbar ngan budak tu, bagi kerengga gigit. Berani sungguh mengganggu gugat keenakan tido aku. (Ceh, dah la tumpang rumah orang, x sedar diri plak ko ye...)


Position tido aku ngan Meri, yg lain tido bawah... Haha...

A trip to Johor : Part 1

Baiklah, mula2 skali objektif utama trip ke Johor ni ialah untuk menghadiri kenduri kahwain abang Minhat. Objektif lain sudah semestinya utk berjalan-jalan di sekitar kawasan negeri paling selatan di semenanjung Malaysia tersebut. Perjalanan bermula pada hari Jumaat tanggal 16 Oktober tahun 2009 Masihi dengan kadar waktu sekitar jam 11.00 malam. Perjalanan bermula di rendezvous point iaitu Restoran Diana Kota Damansara. Aku bersama-sama 4 orang lagi yg terdiri daripada Adzhar, Wan Karim, Akbar dan Zamri menaiki kereta Proton Satria 1.3 Wan Karim dah sedia tunggu kat Diana tu, sambil makan2 nasi goreng dan minum2 menantikan ketibaan En. Hafiz Tarni yg memandu Proton Saga Kereta Kebal. Turut bersama beliau ialah Am, Adi, Jack, dan Speyos.

Monday, October 19, 2009

Akhirnya...

Apa yg berakhir? Adakah ini post aku yg terakhir? Adakah pembelajaran aku dah berakhir? Adakah kerja2 di Hangar 02 sudah berakhir?
Yg pasti ni bukan post yg terakhir. Sebenarnya aku baru balik dari Johor. Alhamdulillah, selamat jugak balik. Ada kenduri kat rumah Minhat, abang dia kahwin. Lagipun, aku x pernah lagi berjalan2 betul2 kat Johor tu. setakat yg pernah aku pegi, aku pegi Endau-Rompin, tu pun kat sempadan, pastu g UTM Skudai, time skolah dulu sebab ada program SBP kat situ... Jadi memang teruja jugak la nak pegi.

Monday, October 12, 2009

Makan membawa kekenyangan


Flaming
Hm, lately aku rasa malas nak menulis post baru untuk tatapan para pembaca sekalian. Terasa malas2 jari ni nak menaip. Bila dah rajin dan semangat melonjak-lonjak, internet pulak diserang masalah keperlahanan terlampau.

Tuesday, October 6, 2009

Akusmart

Hari ini bertarikh 06 Oktober 2009 merupakan satu detik bersejarah bagi aku kerana aku terasa begitu smart skali. Hahaha, amat poyo di situ. Lantak a nak cakap apa, aku mememang terasa best harini. Semenjak sekian lama aku kena attach kat Line 07 tu (macam la dah lama sangat...), baru la hari ni aku diberi peluang merasa buat benda lain. Ye la, dah 3 hari aku kerja bukak skru je, x kan tu pun nak citer kat blog jugak ye x?
Ha, apa yang buat aku teruja sangat ni? Korang nak tahu? Kalau x nak pun aku tetap nak cerita sebab aku rasa best. Macam biasa la, pagi2 start kerja. Aku dah mula dibelengu kebosanan sebab hari2 kena bukak skru panel kat flap tu je. X mencabar langsung (padahal ada je skru yg x boleh bukak, amat poyo...). Sebab ada skru yg x boleh bukak, kerja tu diserahkan pada contract worker, di mana mereka ini merupakan orang2 yg mahir dalam kerja2 tersebut. Lagipun mereka ada tool yg di sebut screw extractor, so agak senang la kerja.

Friday, October 2, 2009

First time!


Aku kerja kat aircraft ni la, B747 9M-MPL
1hb Oktober 2009... Tarikh bersejarah di mana aku buat pertama kalinya di attach ke Hangar 02 Malaysia Airlines (MAS) untuk menjalani practical (aku pun x sure sebenarnya kenapa, bukan practical kut, tp sebab MAS nk pakai org, kne la kami gi situ... huhu...).

Sunday, September 27, 2009

Rayakah aku?

Akhirnya berakhirlah cuti seminggu yg penuh pancaroba... Banyak plak bnda nak tulis kan, cerita seminggu. Amik masa sket la aku nk mengarang cerita. Nak mula kat mana? Rasanya elok aku mula ngan perjalanan pulang aku haritu. Aku balik sabtu pagi, di kala ramai rakan2 yg lain dah ada di samping sanak saudara tercinta... Aku antara yg last kut. Entry kat log book warden pun tergolong dikalangan yg terakhir berambus dari D'Rimba. Pagi sabtu tu, aku, Nazwan ngan Apai berjalan kaki ke luar menuju Masjid Kota Damansara utk menunggu bas. Suasana raya tu dah terngiang2 di udara. Tunggu bas sikit punya lama, tp xpe la kan, aku ada byk masa lg. Pagi lagi pun. Cuaca pun sejuk2 jer, baru pas ujan. Ikutkan hati nk melingkup tido je sampai tgh hari, tapi kul brp plak aku nk sampai rumah? Bas Rapid KL U88 pun sampai, dgn tiket rm3 nk g Pasar Seni, kitorg pun naik la bas tu. Sbb aku dah bajet dlm sejam gak nk smpai KL, aku membuta sepanjang perjalanan. Jaga2, baru kat OU. Apa daaa... sikit punya lama nk smpai KL. Sampai KL, berenti kat Pasar Seni, Apai ngan Nazwan blah gi Pudu, aku jalan2 sekitar Pasar Seni. Aku tgk KL ni dah lengang. Mamat jual jeans Levi's celup pun dah longgok2 seluar jual harga lelong. Aku rembat selai, pastu naik bas, menuju ke Seremban. Destinasi aku kg. terchenta Felda L.B.Johnson. Bas SKS-KL tu berenti kat Terminal 1, bas nk g kg katTerminal 2. Apa cerita? Nak tunggu bas pengantara malas, aku menapak naik bukit lalu jirat cina, sampai Terminal 2. Agak moden la nk dibandingkan ngan Terminal 1. Abis basah baju aku berpeluh. Nasib baik aku xde masalah bau badan.
Ni la rupa Terminal 2 tu.

Saturday, September 19, 2009

Balik raya... Balik kg.. Oooo blk kg.. Huhu...

Hari ni hari Sabtu. Aku tinggal sorg je kut kat rumah ni. Nasib baik Apai ada lagi kat rumah depan. Alah, mlm tadi pun aku g kuar, tinggal Apai sorg... Sian dia tgk TV sorg2... Huhu... Semalam plan nk g OU, sebab Cuki nk ajak g beli seluar. Balik dari METC je, hujan turun mencurah-curah. Transportasi yg available hanyalah sebuah skuter, camner nak pegi? Last2 sampai xde mood dah nak pegi. Cuki la, aku xde hal pun, huhu... Pastu dalam pukul 9 mlm, hujan pun dah nak tinggal renyai2 je, tiba2 Cuki msg, ajak g mkn pizza. Mentang2 la dah nak balik, main pulun je makan. Aku pun tanpa berfikir panjang, terus on je. Dah makan lebih kurang, g la Uptown Kota Damansara. Sikit punya ramai orang, dah mlm2 last ni, ramai org ambik kesempatan nak membeli belah baju2 raya. Round yg pertama, Cuki x jumpa seluar yg berkenan. Jalan, lagi, pusing2, pastu jumpa gak yg berkenan di hati. Patu meleret2 sampai beli t-shirt ngan jam, raya sakan kut. Huhu... Aku? Xbeli pape pun, nk beli t-shirt besar2 plak saiz, dah ada saiz x berkenan plak. So aku pulang dengan tangan kosong je. Haha, sedih gila, padahal dah beli baju kut aritu. Harini dah hari Sabtu. Bangun2 pagi, hujan la plak, malas gila nk bangun. Camne la nk balik ni? Nak gi tunggu bas pun kene jalan gak dulu. Hm, tgk je la camne kang. Jadi sebab aku dah nak balik, maybe seminggu la x online. Xkan nk gi CC plak raya2 kan? Xpe2, jumpa la next week, jika masih lagi dipanjangkan umur... Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada sapa2 yg follow blog aku ni. Mana yg terusik, terkata, harap dimaafkan, mana yg termakan, terminum mintak dihalalkan. Saya insan biasa, banyak buat salah dan silap... Huhu... Selamat makan juadah hari raya yg mantap2, selamat berjalan raya ke rumah ibu mertua, dan berkonvoi di hari raya bersama rakan2...

Sunday, September 13, 2009

KL Menjerit!!!

Ha, tajuk gempak kan? Xde kene mengena ngan mat rempit ke apa, aku dah x tau nk letak tajuk apa. Haha... Sebenarnya semalam aku g shopping kat KL. Kat KL ramai org menjerit2 promote kedai dan barang2 yg diorg jual, jadilah tajuk dia KL menjerit. Mukadimah je dah merapu. Aku sakit gigi ni, gusi bengkak, gigi geraham bongsu nak tumbuh. Aku menulis dlm kesakitan. Huhu... Dah la sahur mkn megi, nk kunyah pun x boleh, sakitnya sampai menitis air mata kalau kunyah. Last2 aku telan je megi tu, terasa mee tu terapung-apung dalam perut. Lantak la, janji x lapar sgt nk pose harini. Jadi sbb tu, aku xtau nk start camne... 

Thursday, September 10, 2009

RON 95 & RON 97

Tahukah korg apa itu RON?
Adakah nama org yg jumpa minyak tu nme dia Ronaldo? Kenapa ader no 95 ngan 97 tu? Adakah sebab minyak tu dijumpai thn 1995 ngan 1997? Kalau pakai RON97 macam lipas kudung ke perginya kereta korg?(apsal kalau laju lipas kudung? kalau camner nak lari?) Kenapa sekarang sibuk2 diperkenalkan RON95? Betul ke RON95 jimat minyak??? Haaa... Mungkin tu persoalan yg bermain2 di minda sapa2 yg memiliki kenderaan bermotor. So, aku nk merungkai la persoalan ni dari minda korg.(haha, poyo seyh ayat lu...) Ok, mula2 kita tgk apa maksud RON tu. Obviously bukan nama org la. Dan semestinya bukan Christiano RONaldo, RONaldinho, Nor diterbalikkan (roN), RONggeng dan sebagainya. RON ni singkatan utk Research Octane Number. RON ni kira rating utk gred petrol la. Number tu pulak? Petrol ni terdiri dari campuran isomer octane & heptane. Kalau RON95 tu, peratusan octane dia 95%, 5% lagi heptane. Mcm tu la seterusnya. Aku malas la nk jadi cikgu kimia, kalau korg x paham isomer tu apa, pandai2 la korg google la kat internet. Kalau malas buat2 paham jer.

Idea kering...

Hm, aku nk post citer pasal kat Perak aritu, tapi blank la plak mlm2 buta ni. Dah nak pagi kut. Lapar, ngantuk, penat... Xde semangat plak nk tulis... Dah tulis separuh jalan kut td, tp cam bengong je rasa. Aku x reti menulis ke? Kalau aku tulis camni ape plak org kata? Adoih, pening la nk carik idea kasi penulisan tu mantap. Ni dah lama sgt x buat karangan kut. Xpun sebab ngantuk sgt. So korg tgk la kat blog aliapeng.blogspot tu je. Huhu... Kalau rajin nnt aku post la. *credit to aliapeng... PenulisMalas, AcanCapik

Wednesday, September 9, 2009

Kenyang la pulak...

Tadi aku gi makan, dgn Adzhar & Wan Karim. Gi kat area2 Bazar Ramadhan Kota Damansara (aritu keluar tv kut, Shamsul @ Bazaar Ramadhan. Korg tgk x?). Selalu kalau makan2 ni bdk2 ni biasa g Diana, sbb murah kut. Tp malam ni g kat sebelah sebelah Diana (maknanya langkau 1 kedai la...).

Ni la rupa kedai tu...



Monday, September 7, 2009

Letih...

Harini pukul 11 baru aku bgn. Punya la letih berjalan bulan puasa ni. Berjalan? Aku g mne? Sebenarnya bermula dgn satu tujuan murni, berbuka puasa kat rmh Azri Hakim, tp melalut2 smpai g Teluk Intan. Huhu... Tp dalam suka2 tu, ada pulak yg ditimpa musibah. Hanis a.k.a Karim telah mengalami kemalangan. Jap lg nk g tgk. Pape pun, nnt aku uppdate blk complete journey tu nnt. Sebagai pembuka selera, aku hidangkan sket gmbr2 time kat sana...
Antara hidangan yg disediakan

Friday, September 4, 2009

Kanching Trip

Hm, sebab xde keje nak buat, aku nk citer pasal trip g Hutan Lipur Kanching. Tempat ni terletak antara Selayang ngan Rawang. Kami seramai 7 orang, terdiri daripada Wan Karim, Aliapeng, Akbar, Adi, Ikromi, Meri dan aku sendiri la kan... Perancangan nak g camping ni pun sbb Wan ngan Apeng yg bersemangat waja utk bercamping... Cari2 org, dpat la line up 7 org ni... Perancangan bermula dlm minggu yg kitorg nk pegi tu. Kira mcm rancang2, terus jadi je nk pegi. Sebab x berapa berpengalaman, kitorg buat apa je yg kitorg rasa ok. Huhu...
















So dengan perancangan yg x seberapa tu, kitorg pun bertolak pd hari Sabtu, 07 Januari 2009, dlm pukul 9 pagi camtu...1 Moto, Apeng ngan Meri dan sebuah kereta, yg memuatkan Adi, Wan Karim dan aku... Akbar ngan Ikromi g lewat sikit, sbb diorg x apply utk skip saturday activity, kene la diorg dtg METC. Tgh hari baru diorg join kitorg yg dah smpai.Sampai2, kami pun bergambar la kan. Hehe... Pastu kami pun mula la mendaki menuju ke atas. Tempat paling tinggi yg ada tapak utk camping... On the way naik tu, terjumpa kawan sekampung aku plak, borak2 la kejap. Pastu kitorg pun sambung la naik balik...

Hidupku...

Haaa... Ni nk tnjuk tempat belajar aku yg 'tercinta'... Inilah dia METC, Malaysia Airlines Engineering Training Centre... Apa yg kami belajar? Kami belajar pasal penyelenggaraan kapal terbang. Kami yg belajar kat sini terdiri dari anak2 Felda yg 'bertuah', dapat sponsorship dari pihak felda utk melanjutkan pelajaran kat sini... Aku x nk citer lebih la pasal tmpt ni, bknnye famous pun... Aku nk citer pasal kawan2 kat sini, kehidupan kitorang sehari2, apa yg best n x best yg dah kami semua lalui... Kat sini la aku belajar kenal orang, camner nak jd leader, camne nak respect org, n mcm2 lagi la... Yela kan, bukan x blaja pun sume tu kat skolah, tp lebih byk masa kami kat sini, n sekarang pon dah nk dewasa pun (hahaha...), so byk bnda baru yg kami belajar.

First post...

Fuhhh...
Hmmmmpphhhhh...(tarik nafas dulu...nervous...) Haha, apsal aku nk wat blog ye? Dulu aku rase byk bnda nak share ngan org lain... Tapi aku x tau camner. Pastu aku tgk bdk2 ni ader blog, mcm best la plak... Aku usha2 blog org, menarik gak klo ader blog sendiri... Aku selalu tanye Ad, best ke ader blog ni, Ad ckp, best. So aku pun wat la jgk. Ni kes ikut2 org a ni, haha... Hope rajin la aku nk menaip sok... Klo x terbengkalai jer la blog ni. Huhu... Anyway, hope korg yg baca blog aku ni bg la komen2 yg membina utk penambahbaikan blog ni di masa akan datang... =)