Billboard

Followers

Showing posts with label perjalanan. Show all posts
Showing posts with label perjalanan. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Perjalanan selepas mati

Hidup kita ni merupakan satu perjalanan yang bermula dari kita lahir sampailah kita meninggalkan dunia ni. Tapi semua tu belum berakhir. Ada lagi liku-liku yang harus kita tempuhi selepas mati. Marilah sama-sama kita hayati perjalanan yang bakal kita tempuh kelak. Sama-samalah kita muhasabah diri kita. InsyaAllah...

Klik gambar untuk saiz yang lebih besar.

Wednesday, June 2, 2010

Siri Alam Ria Cuti Sekolah : Kempunan Char Kuey Teow

Sampai Seremban, aku usha bas Cityliner nak pergi Bahau. Aku tengok macam penuh je lagi. So aku relax2 dulu, tengok orang, gi toilet, sambil tunggu bas lagi satu sampai. Aku tengok balik, bas dah suku penuh. Pantas betul diorang ni. Aku duduk sebelah sorang brader ni, badan boleh tahan besar, tapi nasib tak makan space seat aku. Kira aku duduk cukup-cukup la kat seat tu.

Sepanjang perjalanan, tak ada apa-apa yang menarik berlaku. Atau mungkin juga ada, tapi aku membuta, so memang tak sedar apa berlaku. Ye la kan, hujan, sejuk, memang sedap la tido. Sampai Bahau dah dekat pukul 7 malam, unggu kejap, ayah aku sampai. Singgah Bandar Baru Serting (nama baru, Bandar Seri Jempol) kejap, beli makanan kucing, pastu balik. Aku tengok banyak jugak perubahan kat kampung aku ni. Rumah banglo makin meliar naik. Bagus la macam tu, masing-masing ada inisiatif untuk majukan diri dan keluarga. Macam dah lama je gua tak balik kan? Baru sebulan.

Sesampainya kat rumah, solat Maghrib, menyakat adik, borak dengan ibu, tengok tv, sementara tunggu dinner siap. Bau ibu aku masak menusuk-nusuk lubang hidung aku yang agak mancung ni. Perut pun dah bunyi semacam, memang lapar tahap kronik dah ni. Time makan, tu dia, terhidang gulai udang, sayur kobis, ikan masak taucu. Aku bedal secukup rasa semua. Settle.

Habis makan, Angah kata Padil, Ajoi ngan Kemal ada kat luar. Tau-tau je aku balik diorang ni, baru nak message. Dengan tak mandinya, aku terus keluar. Diorang ajak gi minum. Ok la, pergi minum. Padahal perut dah nak pecah makan banyak. Hajat nak merasa char kuey teow terpaksa dibatalkan dulu. Gua tengok Padil makan enak je...

Bersambung...

Tuesday, June 1, 2010

Siri Alam Ria Cuti Sekolah : Perjalanan penuh liku.

Sambil-sambil menunggu Maggi Hot Cup perasa kari aku siap sedia dalam tempoh beberapa minit di petang nan sejuk ni, aku nak cerita pasal perjalanan balik ke kampung haritu. Kalau nak kira, memang benda yang sama je, naik bas, turun bas, pergi toilet, naik bas lagi, pastu baru sampai. Tapi tak akan ada satu hari pun yang serupa.

Aku balik dari METC pukul 10.30 pagi. Kenapa awal? Mintak kebenaran keluar, sebab praktikal punya task aku dah settlekan hari sebelumnya. Aku menumpang Mael. Sampai rumah, kemas apa yang patut, tido kejap, pastu dalam pukul 12 aku mintak Mael hantar aku ke Stesen LRT Kelana Jaya.

Jap, makan Maggi dulu, dah kembang sangat pulak ni...

Okeh settle... Burppp... Alhamdulillah... Boleh tahan sedap gak.

Dari KJ, aku ke Pasar Seni, solat kat surau stesen LRT tu, then perut meragam kelaparan. Dalam kepala tiba-tiba terbayang Big Mac, masa tu pulak masih dalam waktu McValue Lunch. Aku pegi McD yang dekat Petaling Street, makan sampai licin, then patah balik nak ambil bas SKS-KL dekat Pasar Seni. Tu memang port diorang, dah selalu aku naik kat situ. Alih-alih, satu bayang Bas SKS-KL pun aku tak nampak. Sekali ada signboard tulis, "Perkhidmatan Bas SKS-KL telah berpindah ke Stesen Hang Tuah".

Badan dah letih, ingat boleh la nak landing dalam aircond. Kena menapak lagi pergi Puduraya pulak, ikut lorong kat tepi tu, pergi Stesen Plaza Rakyat, beli tiket pergi Hang Tuah. Alhamdulillah, jumpa jugak. Kalau tak mau aku pergi KL Sentral naik KTM Komuter yang sesak lagi lambat tu. Bayar tambang, masuk bas, aircond kemain sejuk lagi. Sedar-sedar dah sampai Seremban.

Bersambung...