Billboard

Followers

Showing posts with label N9. Show all posts
Showing posts with label N9. Show all posts

Monday, April 25, 2011

DIY : Beg uncang

Assalamualaikum. Hari ni den nak ajar buek beg kocik. Buleh la nak isi apo-apo yang patut. Den nak isi spanar. Bersepah yo kek dalam bonet moto den tu. Mulo-mulo, cari la seluar jeans yang dah tak pakai, dah sompit sobab dah gomuk atau sobab memang tak nak pakai. Nengok pun dah nyampah. Tak do seluar jeans amik la kain apo-apo pun. Kain batik pun lawa yo kalau dibuek beg. Peralatan lain yang kono ado iolah bonang, jarum jahit ngan gunting. Kut ado mesin jahit laei cantik. 

Mulo mulo, potong kaki seluar tu dulu. Agak-agak la nak buek bosa mano. Kalau nak bosa laei sambung duo kain tu.

Lopeh tu terbalik kan kain tu. Yang dalam mengadap ke luar. Buek garisan kek hujung kain tu. Agak-agak dalam 1cm dari hujung kain.

Lopeh tu jahit la ikut garisan tu. Kalau ado mesin jahit memang copek. Ni jahit pakai tangan, buruk bona ghoman eh.

Nak buek tali beg pulak, guno tulang kaki seluar tu. Den tak tau apo namo eh ntah. Yang macam kek dalam gambar tu ha. Gunting la ikut panjang mano nak. Kalau nak buek sangkut kek bahu buleh la buek panjang-panjang.

Lopeh tu, jahit pulak kain yang bolah ateh untuk lotak tali. Kono potong sikit kek topi tu, supayo buleh dilipat keluar. Lotak tali yang kito buek tadi kek dalam, lopeh tu jahit.

Bilo dah siap, camni la ghoman eh. Kiut tak beg den? Korang ponah buek ko? Ahhh, jangan nak membongakkk...

p/s : tertulis dalam loghat negeri sembilan pulak. sorry la yer. malas nak translate. kalau tak paham tengok sini...


Sunday, April 11, 2010

Hobin jang hobin!


Tahniah buek pasukan Negeri Sembilan sobab monang Pialo FA tadi. Walaupun den tak berapo in bona nak nengok bola, tapi sebagai seorang anak jati N9, sudah semosti eh den berbanggo deongan kemonangan ni. Dan biaso lah, bilo dah monang, ado la penyokong pihak yang kalah koba, monang nasib, kalah penalti yo pun. Tapi kut dah kalah penalti pun, tu sumo sobab skill goalkeeper ngan orang yang sepak bola tu jugak an. Apo-apo lah, den bukan ghoti bona pasal bola ni. Apo pun, tahniah sekali laei den ucap an. Hobin jang hobin!

Thursday, February 4, 2010

Kelas Dialek Anak Negeri 2

Ya murid-murid, sudah sekian lama saya tak mengajar dialek Negeri Sembilan kepada anda semua. Kalau sebelum ni kita belajar menyebut suku kata dalam loghat Negeri Sembilan, tapi hari ini kita akan belajar beberapa perkataan yang bunyinya berlainan dari perkataan bahasa melayu yang lain. Baiklah, ayuh kita mulakan!

1. Nonggok : Duduk
    contoh ayat : Ekau ni tau nonggok yo. Poei la ko bondang tu, nolong mano yang patut.
                        (Engkau ni tahu duduk saja. Pergi la ke bendang tu menolong mana yang patut.)

2. Apik : Endah/Hirau
    contoh ayat : Tu la kau, den cakap buek tak apik yo, kan dah kono.
                        (Tu la kau, aku cakap buat tak endah je, kan dah kena.)

3. Locut: Baling
    contoh ayat : Agak-agak ado yang memokak kek dopan rumah tu, ekau locut yo ngan batu.
                        (Agak-agak ada yang memekak kat depan rumah tu, kau baling je dengan batu.)

4. Capuk : Bertompok-tompok/Tak rata
    contoh ayat :  Dah capuk bona cat keto kau ni.
                         (Dah bertompok-tompok benar cat kereta kau ni.)

5. Bega: Degil
    contoh ayat : Apo la bega bona budak ni. Banyak kali den posan, jangan bergurau ngan lombu tu.
                        (Apa la degil benar budak ni. Banyak kali aku pesan, jangan bergurau dengan lembu tu.)

6. Ontok-ontok : Duduk diam-diam.
    contoh ayat : Dah, ontok-ontok yo kek situ, biar den yang setel an.
                        (Dah, duduk diam-diam je kat situ, biar aku yang settle kan.

7. Bongak/Mongak: Tipu
    contoh ayat : Ekau jangan nak mongak den. Bukan den tak tau ekau ni goma mengono an orang.
                        (Engkau jangan nak menipu aku. Bukan aku tak tau kau ni gemar mengenakan orang.)

8. Bongka : Bangun (dari tidur)
    contoh ayat : Bongka doreh! Dah tongah hari ni.
                        (Bangun cepat! Dah tengah hari ni.)


Allright, ni saja pelajaran untuk hari ini. Cikgu nak bagi latihan sikit, sila jawab sejujurnya ya. Jangan meniru jawapan murid-murid lain tau.

Terjemahkan ayat di bawah kepada loghat negeri sembilan.

1. Engkau ni dah besar, patutnya bertanggungjawab la sikit. Ni tak, tau duduk je tak buat kerja. Dah berapa                   kali aku pesan tapi kau degil, cakap aku semua kau buat tak endah je.

2. Mana Samad ni? Tak bangun lagi ke? Nak kena baling dengan selipar ke baru nak bangun?

3. Cat kereta ni dah tak rata la aku tengok. Aku ingat nak cat baru, tapi setakat ni takde duit lagi la.

4. Kalau nak skodeng orang ni, kena duduk diam-diam.

Itu sahaja latihannya. Untuk rujukan, boleh refer kat post Kelas dialek anak negeri. Kepada pembaca yang lebih tahu, komen dan teguran anda amatlah dihargai. Aku kadang-kadang lupa jugak, dah lama tak bercakap dalam dialek ni.

p/s: dilarang memplagiat isi kandungan entry ini tanpa kebenaran

Sunday, December 20, 2009

Bila tiga orang budak Negeri Sembilan berbual (dan seorang pelakon tambahan)


Seperti sebelumnya, modus operandi kali ini juga sama seperti entry yang lepas, bila mana aku meletakkan status seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, dan menjadi perbualan spontan antara aku, Apex dan Sepet. Pelakon pembantu pun ada sebagai Hantu Bini Apak. Kamera ready, 3...2..1.. Action!

Thursday, December 10, 2009

Kelas Dialek Anak Negeri

Disebabkan ada permintaan dari pembaca yang mahukan post tentang dialek Negeri Sembilan (N9) berikutan entry aku haritu, maka aku akan memenuhi permintaan tersebut. Ok murid-murid, baca doa dulu sebelum belajar ye...

Sunday, December 6, 2009

Bila dua orang budak Negeri 9 berbual.

Perbualan antara aku dan Apek di Facebook sekitar 12 malam 25 November 2009.

Situasi : Seorang pemuda terbau Maggi Mee yang dimasak oleh jirannya.

Apex Shahriman: Waktu-waktu macam ni la jiran sebelah nak masak Maggi kari. Betul2 menguji ketahan fizikal, mental dan psikologi. Haha.

Muhammad Shafiq Khaerlan: Poei amik mangkuk doreh...

Apex Shahrimanhahah: Bawak mangkuk & cawan. Sampai umah dio nanti buleh bancuh Nescafe 3in1. Haha.