Billboard

Followers

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Rumah terbuka lagi

Banyak betul acara rumah terbuka sempena Syawal ni. Malam semalam kitorang beramai-ramai telah berkunjung ke rumah Haji Abdullah atau panggilan kitorang, Hj Dolah, salah seorang technician kat tempat kerja kitorang. Ramai tu, ada la dalam 50 orang macam tu. Rumah dia terletak kat Kampung Sri Kundang kat Sg. Buloh. Kalau tak jam 20 minit dah sampai. Tapi sebab semalam hujan lebat, dengan air naiknya lagi, jalan jam, kitorang sampai rumah dia dalam pukul 8 malam. Sampai je solat Maghrib, lepas tu terus makan. Antara hidangan yang disediakan ialah kari kambing, sambal sotong, sayur goreng serta biskut raya. Air pulak jus buah Twister. Kelassss ko Jah!






Ni la dia Hj Dolah, yang pakai baju oren tu.

Terima kasih banyak-banyak sebab jemput kami para apprentice ni. Semoga Allah balas dengan kesihatan yang baik, dan rezeki melimpah ruah. InsyaAllah. Tahun depan kalau buat rumah terbuka boleh la jemput kami lagi ye. =)

Wednesday, September 14, 2011

Ride Raya KKB

Memandangkan seri Syawal masih ada, maka banyaklah rumah terbuka diadakan. Hari Ahad lepas, aku dan rakan-rakan forum MBC telah pergi ke Kuala Kubu Baru untuk upacara jalan-jalan cari makan. Perjalanan bermula sekitar 9 pagi, di mana kami semua berkumpul di Restoran Jejantas Sungai Buloh terlebih dahulu. Mula-mula tu ada la 11 orang, tapi tak semena-mena Nizam terpaksa balik atas hal keluarga. Antara yang ada masa tu aku, Azhar, Capik, Veetamin, Pidut, Kiro, Ikromi, Ahmad dan Chamie yang bawak kawan dia, Syafiq. Lepas semua ready, kami mula menuju ke Kuala Kubu Baru. Perjalanan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS, kemudian melalui pekan Rawang dan terus ke Batang Kali, Kuala Kubu baru.

Barisan Wave 125.

Wavers.

Orang kata langit tak selalu cerah. Walau pun pagi tu cerah, tapi satu kemalangan terjadi masa kitorang dah sampai. Rider motor kuning si Capik tiba-tiba brek mengejut sebab dah terlajak. Patutnya dia slow down elok-elok. Dengan tak semena-mena, Veetamin yang follow belakang dia tak sempat brek terus langgar. Veetamin yang baru elok patah bahu sebelum ni patah balik di tempat yang sama. Apa pun, memang dah ditakdirkan macam tu. Semoga dia tabah la menghadapi dugaan. Kitorang lepak sarapan pagi dulu kat kedai berdekatan, sebab memang kedai tu pun yang Capik terlajak. Dia brek pun sebab nampak ada motor Abang Syamsul, Shamil, Ikaz dan Asrul kat situ.

Motor yang disondol.

Sport rim de[an yang pecah.

Rehat sebentar sarapan pagi.

Lepas pekena roti canai, kitorang menuju ke rumah Abang Syamsul. Dekat sangat dah dengan kedai tu. Shamil balik ke rumah dulu, ambik kereta untuk hantar Veetamin ke hospital, sebab rumah dia pun dekat-dekat je. Lagipun dia nak bawak rim untuk gantikan sport rim motor vitamin yang dah pecah tu. Sekurang-kurangnya boleh jugak motor tu dibawak balik sebab kawan Chamie tu boleh bawakkan. Masa Veetamin di hantar ke hospital, kitorang yang tinggal ditugaskan untuk tukar rim. Masa ni, Pomen dan tunangnya Nadia pun datang naik kereta.

Kerja memasang bearing rim.

Lepas siap semuanya, kami menuju ke rumah Shamil pulak untuk makan tengah hari. Masuk-masuk je, makanan dah siap terhidang. Pantang dipelawa, aku dan Kiro terus ambik pingan. Lapar dari pagi tak makan. Dua keping roti canai yang aku makan kat kedai masa pagi tu pun tak memberi kesan, mungkin sebab banyak tenaga dah digunakan untuk tukar rim. Haha... lauk pauk yang dihidangkan ialah ayam goreng berempah, sayur cendawan, dan gulai udang. Dah habis makan nasi ada pulak jagung sebagai pencuci mulut. Betul-betul kenyang la... Tak lama lepas tu, Veetamin pun balik dari hospital dan makan tengah hari pulak.

Makan tengah hari di rumah Shamil.

Bersantai di luar selepas makan.

Lepas tu, kami semua patah balik ke rumah Abang Syamsul untuk minum petang pulak. Kali ni makan mee goreng. Bukan minum petang la kira, makan petang patutnya. Lepas makan, si Capik cuba untuk meluruskan ekzos di yang bengkok tu. Dah selesai semua, kami pun minta izin untuk beredar, sebab hari pun dah lewat petang. 
Si Capik pomen motor di bawah pokok.
Semuanya melihat gelagar Capik si pomen bawah pokok.

Sungguhpun Veetamin patah bahu, tapi sesungguhnya Allah dah mudah kan perjalanan kami haritu. Dengan Chamie bawak kawan sorang yang boleh bawak motor Veetamin balik ke KL, dan Pomen pun bawak kereta, jadi boleh la hantar Veetamin balik rumah. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Semoga saudara Veetamin akan cepat sembuh... Dan pada tuan rumah iaitu Abang Syamsul sekeluarga serta Shamil dan keluarga, kami semua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas layanan anda semua. Tahun depan boleh la buat lagi. Hehe...

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh... Salam lebaran buat semua pembaca. Dengan ini, saya ingin meminta maaf andai sepanjang penulisan saya di blog ini ada mengguris perasaan dan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Tak lupa juga, pada rakan-rakan di Serting Hilir, rakan-rakan di SBP Integrasi Jempol, rakan-rakan METC, dan juga para kakitangan Malaysia Airlines yang mengenali diri ini, ampun dan maaf dipinta seandainya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca yang setia membaca celoteh saya di blog ini. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu kenangan manis buat semua pembaca. Dan semoga bulan Ramadhan yang berlalu telah kita penuhi dengan amalan-amalan sunat yang berlipat kali ganda pahalanya. Berdoalah agar kita semua akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini di tahun hadapan.

Selamat menyambut hari lebaran... =)

Balik kampung jom!

Harini ini, insyaallah aku akan bergerak pulang ke kampung halaman aku kat Serting Hilir tu. Semoga perjalanan hari ini berjalan lancar hendaknya. Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Semoga perjalanan pulang anda semua mendapat perlindungan dan keberkatan dari Allah.

Tak sabarnya nak jumpa parents dan adik-adik!

Friday, August 26, 2011

Dah mula lengang

Harini pergi bazaar Ramadhan dekat Subang Perdana tu, dah terasa dah pengurangan kadar kemeriahan. Dah tak ramai orang, gerai pun dah banyak yang tutup. Walau pun bulan Ramadhan masih berbaki beberapa hari lagi, tapi rasanya dah ramai orang mula balik ke kampung halaman masing-masing. Pagi tadi pergi kerja pun tak jam sangat.

Bila dah suasana macam ni timbul, baru la terasa tak sabar nak balik kampung. Dah makin dewasa ni, kurang dah rasa nak beraya. Tapi bila detik-detik nak balik kampung tu, dengan kawan-kawan sibuk berkemas, ada yang dah balik lepas habis kerja tadi, baru la terasa meriah. Terasa suasana nak beraya.

Apa pun, aku balik kampung esok pagi. Semoga perjalanan esok berjalan lancar, InsyaAllah...

Tuesday, October 5, 2010

Open House rumah Mimi

Seri Hari Raya Aidilfitri masih ada walaupun dah minggu ke-3 bulan Syawal. 2hb Oktober 2010, Mimi sekeluarga buat open house. Jadi dia dah menjemput kitorang yang pantang kalau ada makanan je, mesti mau datang punya. Tapi tengok gak la kan. Kalau dah jauh sangat tak dapat la nak datang.

Berkumpul kat rumah Ikromi dulu.

Ramai gak kan?

Rumah Mimi terletak kat Sungai Buloh Country Resort kat Saujana Utama. Lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah aku. Majlis yang patutnya mula pukul 10, sudahnya start pukul 11 sebab biasa la kan, pukul 10 kata nak start, pukul 10 baru nak gerak. Huhu... Sebelum acara makan-memakan berlangsung, kitorang adakan majlis bacaan tahlil dan doa selamat atas permintaan tuan rumah sendiri. Lepas tu apa lagi, balun la.

Muka baik masa baca tahlil.

Tiba time makan...

Tak sempat nak toleh kiri kanan.

Kitorang bergerak pulang dalam pukul 1 tengah hari. Ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan pada tuan rumah sebab jemput kami. Kalau boleh tahun depan buat la lagi. Haha... Petangnya plan nak ke Sungai Gabai, tapi tak jadi sebab takut hari hujan... Dok rumah je la relax-relax.

Wednesday, September 22, 2010

Beraya kat Serting

Ni koleksi gambar raya kat Serting. Biasa la kan kalau datang raya, bergossip liar je la kerja. Hohoho...

Ni kat rumah Ernita. Tuan rumah yang pakai baju hijau. 

Raya ke tengok TV?

Ni pulak kat rumah Abe a.k.a Helmi.

Ni pun kat rumah Abe jugak.

Ni kat rumah Cepah

Tuan rumah mesti la dok depan sekali ye tak?


Ni pulak kat rumah aku, makan soto lagi. Rugi a korang tak datang raya rumah aku. =p

Last sekali, rumah Ayu Suboh. Gambar posing tak boleh blah...

Cerita? Malas nak cerita la. cerita zaman kanak-kanak je pun.

Monday, September 20, 2010

Karok

Hari raya ke 7, kitorang pergi karaoke kat Kiara Square, Bahau. Dah makin maju aku tengok Bandar Bahau ni. Kiara Square tu pulak kurang sikit je dari Time Square. Ok aku tipu je. Tapi kira best gak la. Ada jugak la panggung wayang dengan tempat karaoke. Macam tahun lepas pergi karaoke kat situ jugak, tapi kat k-box. Orang panggil karaoke jamban sebab tempat kecik je. ali ni sewa satu bilik, RM20 sejam. Berbaloi jugak rasanya. Sound system pun best. Mula-mula sejam je, pastu macam tak puas hati je, terus tambah lagi sejam. Keluar dah tak boleh bercakap, suara habis.



Lepas habis karaoke, pergi sembahyang Zuhur dulu, lepas tu pergi makan sup, untuk memulihkan semula suara yang hilang. Kedai ni agak tersorok sikit, tapi penuh dengan orang. Sebabnya? Sup dia memang well known dek orang-orang sekitar Bahau ni. Sup dia berempah, kalau makan memang tangkap leleh punya lah. Kena duduk dekat dengan kipas wooo...

Muka kelaparan lepas tak ada suara.

 Ni dia sup kambing. Terbaikkk habaq hang...

Cendol pulut pun best gak.

Gerai kecik je, tapi ramai orang.

Ni ha lokasinya. Kalau korang datang Bahau cari la tempat ni. Pandai-pandai korang la ye.

Balik rumah, sambung beraya...

Saturday, September 18, 2010

Beraya di kampung

Ok, mari bercerita pasal sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Aku balik Kampung L.B.J. hari Khamis petang, dalam pukul 4.30 macam tu. Pagi tu rasa macam nak ponteng je, sebab kerja pun separuh hari. Tapi bangun pagi rasa tak sedap hati, berbelah bahagi, terus aku sarung baju kerja. Tak pe la, balik L.B.J. pun sejam je. Tak payah nak terkejar-kejar. Aku sampai pukul 5.30. Mak ayah aku dah ada kat sana. Malam tu buka puasa makan nasi ambang dalam dulang. Huhuhu...


Makan gilir-gilir ni. 

Pagi 1 Syawal disambut dengan penuh kesyukuran. Cewahhh... Bangun pagi, mandi, pakai baju raya, pergi sembahyang raya. Cuaca redup-redup mendung je hari tu. Balik rumah, bermaaf-maafan dengan kaum keluarga, pastu jalan-jalan raya. Aku tak reti nak jalan raya sendiri. Sekali pergi jalan raya rumah jiran satu family ramai-ramai. Memang habis la kuih raya rumah orang kitorang rembat. Hahaha...

Cucu-cucu atuk dan nenek.


Abaikan budak baju hijau tu...

Raya kedua, malamnya buat BBQ pulak. Ayam ada, ikan ada, kambing pun ada. Perut meragam pun buat tak layan je. Makan selagi termampu. Huh, buruk lantak sungguh ye tak?

Memoghun namo eh...




Tak ke mana sangat pun dok kat kampung ni. Ada la jugak raya rumah member sekolah dulu, Afendi. Rumah dia ni dekat je dengan rumah Pak Teh aku. Then hari raya ketiga pulak pergi Kuala Selangor, rumah Mak Ngah sebelah ayah. Petangnya aku balik Serting. Tamatlah cerita raya kat kampung. Ha, belum habis lagi, ada cerita raya kat Serting pulak... Tungguuuu...



Sementara tu, sedikit paparan video bila dah habis raya kat rumah orang. Masing-masing mula la tengok angpau dapat berapa ringgit.

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan khas buat semua


Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan, para bloggers dan sesiapa sahaja yang membaca blog yang tak seberapa ni. Sedar tak sedar dah setahun aku berblog. Macam-macam cerita dan pengalaman aku dah ceritakan kat para pembaca semua. Dan dikesempatan ini jugak, aku nak minta maaf banyak-banyak atas segala salah silap, mana-mana tulisan yang tak menyenangkan dan menyingung perasaan dan apa-apa yang tak sedap di mata korang.

Selamat menyambut hari raya dengan penuh keberkatan, kemeriahan, kegembiraan dan segala ke_an lagi lah...

Kepada yang berada jauh di negara orang, jangan sedih-sedih, bukan selalu dapat raya kat negara orang kan. =)

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Aku bangun lamnat harini... Janji pukul 8.30 pagi nak gerak. Takpe-takpe, aku relax-relax je. Banyak lagi benda nak diceritakan. Trip gi Perlis aritu pun x abis cerita lagi. Huhu... Korang tunggu je la 2-3 hari. Aku cuti kejap je. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini. =)

Sunday, September 27, 2009

Rayakah aku?

Akhirnya berakhirlah cuti seminggu yg penuh pancaroba... Banyak plak bnda nak tulis kan, cerita seminggu. Amik masa sket la aku nk mengarang cerita. Nak mula kat mana? Rasanya elok aku mula ngan perjalanan pulang aku haritu. Aku balik sabtu pagi, di kala ramai rakan2 yg lain dah ada di samping sanak saudara tercinta... Aku antara yg last kut. Entry kat log book warden pun tergolong dikalangan yg terakhir berambus dari D'Rimba. Pagi sabtu tu, aku, Nazwan ngan Apai berjalan kaki ke luar menuju Masjid Kota Damansara utk menunggu bas. Suasana raya tu dah terngiang2 di udara. Tunggu bas sikit punya lama, tp xpe la kan, aku ada byk masa lg. Pagi lagi pun. Cuaca pun sejuk2 jer, baru pas ujan. Ikutkan hati nk melingkup tido je sampai tgh hari, tapi kul brp plak aku nk sampai rumah? Bas Rapid KL U88 pun sampai, dgn tiket rm3 nk g Pasar Seni, kitorg pun naik la bas tu. Sbb aku dah bajet dlm sejam gak nk smpai KL, aku membuta sepanjang perjalanan. Jaga2, baru kat OU. Apa daaa... sikit punya lama nk smpai KL. Sampai KL, berenti kat Pasar Seni, Apai ngan Nazwan blah gi Pudu, aku jalan2 sekitar Pasar Seni. Aku tgk KL ni dah lengang. Mamat jual jeans Levi's celup pun dah longgok2 seluar jual harga lelong. Aku rembat selai, pastu naik bas, menuju ke Seremban. Destinasi aku kg. terchenta Felda L.B.Johnson. Bas SKS-KL tu berenti kat Terminal 1, bas nk g kg katTerminal 2. Apa cerita? Nak tunggu bas pengantara malas, aku menapak naik bukit lalu jirat cina, sampai Terminal 2. Agak moden la nk dibandingkan ngan Terminal 1. Abis basah baju aku berpeluh. Nasib baik aku xde masalah bau badan.
Ni la rupa Terminal 2 tu.

Saturday, September 19, 2009

Balik raya... Balik kg.. Oooo blk kg.. Huhu...

Hari ni hari Sabtu. Aku tinggal sorg je kut kat rumah ni. Nasib baik Apai ada lagi kat rumah depan. Alah, mlm tadi pun aku g kuar, tinggal Apai sorg... Sian dia tgk TV sorg2... Huhu... Semalam plan nk g OU, sebab Cuki nk ajak g beli seluar. Balik dari METC je, hujan turun mencurah-curah. Transportasi yg available hanyalah sebuah skuter, camner nak pegi? Last2 sampai xde mood dah nak pegi. Cuki la, aku xde hal pun, huhu... Pastu dalam pukul 9 mlm, hujan pun dah nak tinggal renyai2 je, tiba2 Cuki msg, ajak g mkn pizza. Mentang2 la dah nak balik, main pulun je makan. Aku pun tanpa berfikir panjang, terus on je. Dah makan lebih kurang, g la Uptown Kota Damansara. Sikit punya ramai orang, dah mlm2 last ni, ramai org ambik kesempatan nak membeli belah baju2 raya. Round yg pertama, Cuki x jumpa seluar yg berkenan. Jalan, lagi, pusing2, pastu jumpa gak yg berkenan di hati. Patu meleret2 sampai beli t-shirt ngan jam, raya sakan kut. Huhu... Aku? Xbeli pape pun, nk beli t-shirt besar2 plak saiz, dah ada saiz x berkenan plak. So aku pulang dengan tangan kosong je. Haha, sedih gila, padahal dah beli baju kut aritu. Harini dah hari Sabtu. Bangun2 pagi, hujan la plak, malas gila nk bangun. Camne la nk balik ni? Nak gi tunggu bas pun kene jalan gak dulu. Hm, tgk je la camne kang. Jadi sebab aku dah nak balik, maybe seminggu la x online. Xkan nk gi CC plak raya2 kan? Xpe2, jumpa la next week, jika masih lagi dipanjangkan umur... Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada sapa2 yg follow blog aku ni. Mana yg terusik, terkata, harap dimaafkan, mana yg termakan, terminum mintak dihalalkan. Saya insan biasa, banyak buat salah dan silap... Huhu... Selamat makan juadah hari raya yg mantap2, selamat berjalan raya ke rumah ibu mertua, dan berkonvoi di hari raya bersama rakan2...

Sunday, September 13, 2009

KL Menjerit!!!

Ha, tajuk gempak kan? Xde kene mengena ngan mat rempit ke apa, aku dah x tau nk letak tajuk apa. Haha... Sebenarnya semalam aku g shopping kat KL. Kat KL ramai org menjerit2 promote kedai dan barang2 yg diorg jual, jadilah tajuk dia KL menjerit. Mukadimah je dah merapu. Aku sakit gigi ni, gusi bengkak, gigi geraham bongsu nak tumbuh. Aku menulis dlm kesakitan. Huhu... Dah la sahur mkn megi, nk kunyah pun x boleh, sakitnya sampai menitis air mata kalau kunyah. Last2 aku telan je megi tu, terasa mee tu terapung-apung dalam perut. Lantak la, janji x lapar sgt nk pose harini. Jadi sbb tu, aku xtau nk start camne...