Billboard

Followers

Thursday, November 3, 2011

Jalan basah nan licin lagi berpasir

Selasa lepas aku terlibat dalam kemalangan. Jatuh tergolek sendiri. Ceritanya, aaku membelok masuk ke simpang sebelah kiri. Kereta lain tak ada, tau tau dah tergolek. Puncanya jalan basah, dan kawasan tu berpasir. Aku tak perasan, sebab tengok macam kering je. Nasib badan. Habis luka tapak tangan kiri kanan, dan luka sikit-sikit kat lutut dan pinggang. Pengajaran, sentiasa alert dengan keadaan jalan, dan pakailah glove. Aku ada je glove, tapi malas nak pakai. Dekat je nak pergi kelas dengan balik kelas, bukan bawak laju pun. Tapi tak laju pun, kalau dah jatuh, ini makan dia...

Sebelum

Selepas.

Mulanya, pergi klinik nurse balut pakai gauze je. Tapi kena air pedih, beli la pulak dressing kalis air macam kat atas tu. Esok exam, badan sakit-sakit. Ya Allah, mudahkanlah peperiksaan aku esok. Ameen...

Saturday, September 17, 2011

Pomen berkain pelikat.

Semalam tolong kawan aku pasangkan blok motor. Mula buat pun dah pukul 10, lepas tu berhenti kejap solat Jumaat. Balik je dari solat Jumaat terus sambung, kain pelikat pun tak tukar. Passion. Hehe...



Ni kira kerja part time la tengah-tengah bulan ni kan...

Thursday, September 15, 2011

Rumah terbuka lagi

Banyak betul acara rumah terbuka sempena Syawal ni. Malam semalam kitorang beramai-ramai telah berkunjung ke rumah Haji Abdullah atau panggilan kitorang, Hj Dolah, salah seorang technician kat tempat kerja kitorang. Ramai tu, ada la dalam 50 orang macam tu. Rumah dia terletak kat Kampung Sri Kundang kat Sg. Buloh. Kalau tak jam 20 minit dah sampai. Tapi sebab semalam hujan lebat, dengan air naiknya lagi, jalan jam, kitorang sampai rumah dia dalam pukul 8 malam. Sampai je solat Maghrib, lepas tu terus makan. Antara hidangan yang disediakan ialah kari kambing, sambal sotong, sayur goreng serta biskut raya. Air pulak jus buah Twister. Kelassss ko Jah!






Ni la dia Hj Dolah, yang pakai baju oren tu.

Terima kasih banyak-banyak sebab jemput kami para apprentice ni. Semoga Allah balas dengan kesihatan yang baik, dan rezeki melimpah ruah. InsyaAllah. Tahun depan kalau buat rumah terbuka boleh la jemput kami lagi ye. =)

Wednesday, September 14, 2011

Ride Raya KKB

Memandangkan seri Syawal masih ada, maka banyaklah rumah terbuka diadakan. Hari Ahad lepas, aku dan rakan-rakan forum MBC telah pergi ke Kuala Kubu Baru untuk upacara jalan-jalan cari makan. Perjalanan bermula sekitar 9 pagi, di mana kami semua berkumpul di Restoran Jejantas Sungai Buloh terlebih dahulu. Mula-mula tu ada la 11 orang, tapi tak semena-mena Nizam terpaksa balik atas hal keluarga. Antara yang ada masa tu aku, Azhar, Capik, Veetamin, Pidut, Kiro, Ikromi, Ahmad dan Chamie yang bawak kawan dia, Syafiq. Lepas semua ready, kami mula menuju ke Kuala Kubu Baru. Perjalanan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS, kemudian melalui pekan Rawang dan terus ke Batang Kali, Kuala Kubu baru.

Barisan Wave 125.

Wavers.

Orang kata langit tak selalu cerah. Walau pun pagi tu cerah, tapi satu kemalangan terjadi masa kitorang dah sampai. Rider motor kuning si Capik tiba-tiba brek mengejut sebab dah terlajak. Patutnya dia slow down elok-elok. Dengan tak semena-mena, Veetamin yang follow belakang dia tak sempat brek terus langgar. Veetamin yang baru elok patah bahu sebelum ni patah balik di tempat yang sama. Apa pun, memang dah ditakdirkan macam tu. Semoga dia tabah la menghadapi dugaan. Kitorang lepak sarapan pagi dulu kat kedai berdekatan, sebab memang kedai tu pun yang Capik terlajak. Dia brek pun sebab nampak ada motor Abang Syamsul, Shamil, Ikaz dan Asrul kat situ.

Motor yang disondol.

Sport rim de[an yang pecah.

Rehat sebentar sarapan pagi.

Lepas pekena roti canai, kitorang menuju ke rumah Abang Syamsul. Dekat sangat dah dengan kedai tu. Shamil balik ke rumah dulu, ambik kereta untuk hantar Veetamin ke hospital, sebab rumah dia pun dekat-dekat je. Lagipun dia nak bawak rim untuk gantikan sport rim motor vitamin yang dah pecah tu. Sekurang-kurangnya boleh jugak motor tu dibawak balik sebab kawan Chamie tu boleh bawakkan. Masa Veetamin di hantar ke hospital, kitorang yang tinggal ditugaskan untuk tukar rim. Masa ni, Pomen dan tunangnya Nadia pun datang naik kereta.

Kerja memasang bearing rim.

Lepas siap semuanya, kami menuju ke rumah Shamil pulak untuk makan tengah hari. Masuk-masuk je, makanan dah siap terhidang. Pantang dipelawa, aku dan Kiro terus ambik pingan. Lapar dari pagi tak makan. Dua keping roti canai yang aku makan kat kedai masa pagi tu pun tak memberi kesan, mungkin sebab banyak tenaga dah digunakan untuk tukar rim. Haha... lauk pauk yang dihidangkan ialah ayam goreng berempah, sayur cendawan, dan gulai udang. Dah habis makan nasi ada pulak jagung sebagai pencuci mulut. Betul-betul kenyang la... Tak lama lepas tu, Veetamin pun balik dari hospital dan makan tengah hari pulak.

Makan tengah hari di rumah Shamil.

Bersantai di luar selepas makan.

Lepas tu, kami semua patah balik ke rumah Abang Syamsul untuk minum petang pulak. Kali ni makan mee goreng. Bukan minum petang la kira, makan petang patutnya. Lepas makan, si Capik cuba untuk meluruskan ekzos di yang bengkok tu. Dah selesai semua, kami pun minta izin untuk beredar, sebab hari pun dah lewat petang. 
Si Capik pomen motor di bawah pokok.
Semuanya melihat gelagar Capik si pomen bawah pokok.

Sungguhpun Veetamin patah bahu, tapi sesungguhnya Allah dah mudah kan perjalanan kami haritu. Dengan Chamie bawak kawan sorang yang boleh bawak motor Veetamin balik ke KL, dan Pomen pun bawak kereta, jadi boleh la hantar Veetamin balik rumah. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Semoga saudara Veetamin akan cepat sembuh... Dan pada tuan rumah iaitu Abang Syamsul sekeluarga serta Shamil dan keluarga, kami semua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas layanan anda semua. Tahun depan boleh la buat lagi. Hehe...

Sunday, September 4, 2011

Soto ayam resepi ibu saya

Harini aku nak berkongsi resepi soto ayam. Resepi ni sudah semestinyalah diajarkan oleh bonda tercinta, Pn. Niti. Mula-mula sekali sediakan bahan-bahan.

Ayam
Bawang putih
Halia
Rempah sup bunjut
Tauge
Suhun
Daun bawang
Daun sup
Garam
Ajinamoto
Ketupat/nasi impit


Masak ketupat/nasi impit dulu. Lepas tu, sediakan ayam, kemudian rebus dengan halia dan bawang yang diketuk, dan masukkan sup bunjut. Rebus sampai mendidih, masukkan garam dan perasa secukup rasa. Kecikkan api, rebus sampai ayam empuk.


Sambil-sambil tunggu ayam tu empuk, potong suhun kecik-kecik, lepas tu goreng sampai dia kembang macam gambar tu ha.



Kemudian, bila ayam dah empuk, toskan, lepas tu goreng pulak. Goreng tak payah lama sangat, sebab ayam tu dah masak dah pun kan. Tinggal nak kasi dia kering sikit. Lepas dah goreng tu, siat-siat ayam tu.

Letakkan daun bawang dan daun sup sikit dalam air rebusan ayam tadi. Kira dah jadi sup la ni. Tauge pulak, celur dalam air panas, lepas tu toskan. Nak lagi kick, buat cili kicap. Tumbuk cili api, lepas tu letak kicap.

Dah siap semua, letak dalam mangkuk, ikut la selera korang nak letak ayam lebih ke, ketupat lebih ke, cili lebih ke. Oh ye, selalu ibu aku buat ada kacang goreng, aku malas nak goreng kacang. Kira jadi la ni. Huhu. Selamat mencuba!

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh... Salam lebaran buat semua pembaca. Dengan ini, saya ingin meminta maaf andai sepanjang penulisan saya di blog ini ada mengguris perasaan dan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Tak lupa juga, pada rakan-rakan di Serting Hilir, rakan-rakan di SBP Integrasi Jempol, rakan-rakan METC, dan juga para kakitangan Malaysia Airlines yang mengenali diri ini, ampun dan maaf dipinta seandainya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca yang setia membaca celoteh saya di blog ini. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu kenangan manis buat semua pembaca. Dan semoga bulan Ramadhan yang berlalu telah kita penuhi dengan amalan-amalan sunat yang berlipat kali ganda pahalanya. Berdoalah agar kita semua akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini di tahun hadapan.

Selamat menyambut hari lebaran... =)

Balik kampung jom!

Harini ini, insyaallah aku akan bergerak pulang ke kampung halaman aku kat Serting Hilir tu. Semoga perjalanan hari ini berjalan lancar hendaknya. Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Semoga perjalanan pulang anda semua mendapat perlindungan dan keberkatan dari Allah.

Tak sabarnya nak jumpa parents dan adik-adik!

Friday, August 26, 2011

Dah mula lengang

Harini pergi bazaar Ramadhan dekat Subang Perdana tu, dah terasa dah pengurangan kadar kemeriahan. Dah tak ramai orang, gerai pun dah banyak yang tutup. Walau pun bulan Ramadhan masih berbaki beberapa hari lagi, tapi rasanya dah ramai orang mula balik ke kampung halaman masing-masing. Pagi tadi pergi kerja pun tak jam sangat.

Bila dah suasana macam ni timbul, baru la terasa tak sabar nak balik kampung. Dah makin dewasa ni, kurang dah rasa nak beraya. Tapi bila detik-detik nak balik kampung tu, dengan kawan-kawan sibuk berkemas, ada yang dah balik lepas habis kerja tadi, baru la terasa meriah. Terasa suasana nak beraya.

Apa pun, aku balik kampung esok pagi. Semoga perjalanan esok berjalan lancar, InsyaAllah...

Wednesday, August 24, 2011

Baru satu

Alhamdulillah, harini berjaya jugak aku selesaikan assessment aku yang pertama. Ada kawan-kawan yang dah cecah 4-5 assessment dah. Takpe, boleh kejar punya.


Tengok senior ada yang dah dapat buku merah ni, lagi la bertambah-tambah semangat. Sebelum ni macam kabur je jalan nak jadi Licensed Aircraft Maintenance Engineer ni. Tapi jalan ni sekarang dah pasang lampu jalan LED macam depan Petronas lepas roundabout kat Subang Airport tu je...

Tapi baru satu aku buat. 67 to go...

Tuesday, August 16, 2011

Sirap beluluk

Tadi berbuka puasa dengan buah beluluk letak dalam air sirap. Memang marveles la. Buah beluluk ni nama lain dia buah kabung, buah kantor atau buah enau, mengikut tempat. Orang jawa pulak panggil kolang-kaling. Aku beli 1/2 kg dari Abang Leman kat tempat kerja aku. Baru makan separuh, tapi memang puas hati. Simpan sikit, esok boleh buat lagi. Siapa nak meh datang buka rumah aku. Cepat sebelum aku ubah fikiran untuk habiskan malam ni jugak. Haha.

Sejukkk...

Buah yang belum dimasuk dalam sirap

Ilustrasi pokok kabung.

Pokok kabung di habitat sebenar.

Sedikit info, pokok kabung ni nama saintifik dia Arenga Pinnata. Selain dari buahnya yang boleh dimakan, nira dari pokok kabung boleh jugak dijadikan gula yang dikenali sebagai gula kabung/enau. Buahnya rasa kenyal, macam jeli. Sedap kalau letak dalam ABC. Biasanya dijual dalam bentuk bergula ataupun mentah. Kat pasar-pasar boleh la jumpa kut. Lagi satu, buah ni gatal kalau tak diproses betul-betul. Jadi kepada sesiapa yang berhasrat nak ambik dan proses sendiri buah beluluk ni dari pokok, rujuklah pada yang pakar. Aku tau makan je. Best yob!

Saturday, July 23, 2011

Hari ini hari Sabtu

Pagi tadi saya pergi Shah Alam tukar tayar baru...

Balik rumah saya tidur...

Bangun tidur saya solat Zuhur...

Sekarang saya tengah menaip cerita ini...

Petang ini saya nak basuh motor...

Malam nanti bila mengantuk saya tidur...

Sekian cerita hari ini hari Sabtu...



pointless giler. wakaka. lantak la. janji update. =p

Tuesday, July 19, 2011

Penang Ride 2011 (8-10 July 2011), The Video : Hentian Sungai Perak.

Ni la gelagat para peserta ride kat R&R Sungai Perak. Memang letih bawak motor. Dah la malam. Terus cari makanan. Dah makan baru la rasa lega. Tapi dah makan mata makin layu je pulak. Huhu... 


  

Thursday, July 14, 2011

Penang Ride 2011 (8-10 July 2011) : The highway cruiser.

Pagi Ahad, 10 Julai 2011, masing-masing mula mandi, solat Subuh, berkemas, sarapan pagi dan bersiap-siap untuk ke Taiping pula. Epit (legendz) bertugas selaku pemandu pelancong bertindak membawa kami ke kawasan air terjun berdekatan demi memenuhi hasrat para peserta konvoi yang kemaruk nak mandi sungai. Destinasi kami ialah Burmese Pool (Kolam Burma) yang terletak di kaki Bukit Larut, Taiping. Sebelum itu, kami berkumpul di rumah bapa mertua Adi (WNW218) untuk bergambar kenangan bersama-sama ahli keluarga beliau. Kami mengucapkan terima kasih di atas layanan mesra tuan rumah sepanjang kami berada di sana.


Kami sampai di Taiping lebih kurang pukul 1.00 tengah hari. Selesai mandi-manda, kami menunggu sahabat kepada Adi untuk membawa kami ke Kuala Sepetang untuk makan mee udang yang popular. Terdapat banyak restoran yang menghidangkan mee udang sebagai menu utama, namun kami memilih restoran mee udang Mak Jah. Apa yang dapat diperhatikan, terdapat juga beberapa kumpulan bikers lain yang berhenti makan di sana, sebagai bukti bahawa restoran tersebut sememangnya popular. Selesai makan, kami mengerjakan solat Zohor dan Asar (secara jamak) di surau yang berhampiran dengan restoran.


Patutlah diberi nama Kolam Burma...

Aksi terbang.

Mee Udang Mak Jah. Mesti cuba!


Bergambar bersama Epit (T-shirt hitam, duduk) sebelum berpisah.

Kami berpisah dengan Epit yang bergerak pulang ke Pulau Pinang, dan kami pula menuju ke selatan. Perjalanan pulang berjalan dengan lancar, walaupun kenderaan agak sesak. Kami singgah di beberapa hentian R&R untuk mengisi minyak, dan berhenti di R&R Ulu Bernam untuk makan malam dan berehat lebih lama. Selesai makan dan menunaikan solat Maghrib dan Isyak, kami meneruskan perjalanan kami. Kami berpisah dengan Abang Shamsul (Ilanos65) dan Shamil (syamilkkb) yang keluar di exit Tanjung Malim. Peserta ride yang tinggal menuju ke Restoran Jejantas Sungai Buloh sebelum berpisah, kecuali Ikromi (muckracker88) dan Zaki yang memilih untuk pulang terus ke rumah. Dalam perjalanan ke Restoran Jejantas Sungai Buloh, salah seorang peserta didapati muntah di atas motor , namun terus laju memecut tanpa berhenti. Memang seorang yang berjiwa penunggang!

Baki peserta yang tinggal terdiri dari penulis (Acan_capiX), Adi, Syafiq (capik_88), Azhar (waveungu), Nizam (C.D.I), Faqrul (ikan_kering), Firdaus (pdut4life), dan Asrul (WhiteWave). Kami bersurai lebih kurang jam 2 pagi untuk pulang ke destinasi masing-masing. Faqrul pula menumpang rumah penulis kerana sudah lewat malam untuk beliau pulang ke Jengka, Pahang. Syabas untuk semua peserta kerana berjaya meunjukkan disiplin yang tinggi di samping semangat setia kawan dan bantu membantu antara satu sama lain. Diharapkan agar konvoi begini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan.

p/s : kredit kepada saudara Faqrul Izral a.k.a ikan_kering di atas gambar-gambar yang digunakan untuk paparan ride kali ini.

Wednesday, July 13, 2011

Penang Ride 2011 (8-10 July 2011) : The island and the twisty roads.

Sabtu, 9 Julai 2011. Ada yang dah mula tersedar dari tidur sekitar pukul 9.30. Menjelang pukul 11, semua peserta ride dah bangun dan bersiap-siap. Kami dijamu makan buah rambutan pulak. Sepatutnya, kami dah gerak menuju ke Pulau Pinang waktu ni, tapi disebabkan ramai yang bangun lambat, dan hujan pulak tengah hari tu, kami tunda perjalanan kami. Kami makan tengah hari yang dimasak oleh mak Ikromi (muckracker88). Lauk ikan kering, gulai ikan masin dan sayur bening. Memang sedap. Habis licin semua kami bedal. Terima kasih pada keluarga Encik Mansor (bapa Ikromi) kerana melayan kerenah kami semua. Semoga Allah sahajalah yang memurahkan rezeki kalian sekeluarga.

Makan rambutan dan manggis. Tangan Faqrul (ikan_kering) hitam sebab warna glove melekat kat tangan. Wakaka.

Lauk yang dihidangkan. Habis licin kami bedal!

Gambar kenangan dengan ibu bapa Ikromi.

Selepas bergambar kenangan dengan keluarga Ikromi, kami terus menuju ke Pulau Pinang. Kami disertai pula oleh Epit (legendz), Aiman (eimanweirdo) dan Hazwan. Untuk ke Pulau, kami memilih untuk menggunakan feri. Sampainya kami di sana, Aiman membawa kami semua ke restoran Kapitan untuk makan nasi beryani. Selesai menjamu selera, kami ke Chowrasta pula untuk membeli jeruk.

Excited nak naik feri!

On board the ferry.

Dihadapan restoran Kapitan.

Menunggu hidangan.

Sedap!


Selesai semuanya, kami teruskan perjalanan ke Bukit Salbiah, Dari sana kami menghayati setiap selekoh yang ada dengan kelajuan yang selamat. Lagipun jalan agak sesak, tambahan pula hari sudah lewat petang. Memang orang Penang hebat-hebat layan corner. Pakcik bawak bakul durian besar dekat motor pun boleh layan selekoh sampai terseret-seret. Kami menuju ke Batu Feringhi, dan seterusnya ke Empangan Teluk Bahang, di mana kami berhenti sebentar untuk mengambil gambar matahari terbenam di sekitar kawasan empangan.



Pukul 7 malam, hari sudah mulai gelap. Kami mula bergerak untuk turun ke Balik Pulau, dan kejadian yang tidak diingini berlaku. Aiman tersasar dari jalan yang sepatutnya. Menurut beliau, jalan yang sepatutnya menuju kekiri dilihatnya lurus. Mungkin kerana hari sudah senja, gangguan-gangguan makhluk halus tidak boleh kita nafikan. Tangan kanannya patah manakala tangan kiri dan kaki beliau mengalami luka. Apa pun, beliau selamat dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk menerima lawatan lanjutan.

Keadaan motor Aiman.

Berikutan hal itu, aktiviti BBQ yang sepatutnya diadakan di Parit Buntar, dirumah bapa mertua Adi (WNW218) terpaksa ditunda. Setelah Aiman stabil dan dibenarkan pulang, kami terus menuju ke Jambatan Pulau Pinang untuk keluar dari pulau, seterusnya ke Parit Buntar. Kami sampai di sana kira-kira pukul 2 pagi. Selesai makan, kami menuju ke rumah homestay tempat kami menginap tidak jauh dari rumah bapa mertua Adi untuk merehatkan badan. Kepada Aiman, banyak-banyakkan bersabar. Ada hikmah disebalik kejadian. Semoga cepat sembuh. Insyaallah...

Aktiviti membakar.

Mesra betul Nizam (C.D.I) dengan Firdaus (pdut4life).

Ada yang tak larat sampai pengsan terus.

Mangkuk carburetor aku hampir tercabut gara-gara skru longgar. Nasib baik Syafiq (capik88) ada poket Doraemon. =p.

Sambung lagi daaa...