Billboard

Followers

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Kenapa saya suka menulis blog?


Klik gambar ini untuk syarat-syarat penyertaan.

Sebagai menyahut seruan Cik Niny untuk menyertai contestnya, maka dengan berbesar hati aku telah menyambut pelawaan tersebut dengan blog terbuka. Amboih, rajin lak aku menyertai contest ye. (sebenarnya aku takde idea nak update blog ni. ngeeee...)


Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah, “Kenapa saya suka menulis blog?”. Cewah, macam time skolah la pulak, sertai perbahasan. Aku tak reti la der. Gigil kut depan orang ramai. Sesungguhnya aku seorang yang penyegan. 

Ya, mengapa saya suka menulis blog? Sebab saya seorang yang agak pemalu untuk meluahkan pendapat dengan medium percakapan. Jadi sebab itu, blog merupakan satu medium yang sesuai untuk melontarkan segala pendapat dan luahan rasa yang terpendam. Kadang tu, ada benda yang terlalu rumit untuk diterangkan dengan bait-bait perkataan, dan selalunya ayat aku jadi lintang pukang sebab apa yang aku fikir aku nak cakap lagi laju daripada kemampuan mulut aku.

Selain itu, dengan berblog juga, aku boleh berkongsi pengalaman hidup, dan mengenali lebih mendalam tentang diri aku sendiri. Bila nak menulis, aku selalunya akan jadi diri sendiri, menyingkap kedalam jiwa , menyelami dasar dan lubuk hati, meluahkan sejujurnya apa yang terpendam. Hah kau, puitis dan bersastera lak aku hari nih. 

Ni gambar aku, berblog sambil makan. Dicilok dari entry

Kesimpulannya kat sini, aku selesa berkongsi pendapat dan cerita dengan berblog. Tapi tak bermakna aku tak reti berborak kat luar. Kalau dah kenal lama boleh jadi loyar buruk + mengarut tak berhenti, sampai ada orang cakap aku suka membebel... Mungkin sebab ni aku suka tulis blog kut?  =p

p/s: Mrs.AcanCapix's mum still in hospital. Hopefully she will recover sooner.

Sunday, January 31, 2010

Friendship Contest


Pagi-pagi ni macam biasa la, bukak blog, tengok reading list, baca blog yang aku follow. Pastu baca blog Z@ck, dia ada join contest lak, jadi dengan senang hatinya aku pun nak join lah ini contest. (sebab senang aku join la. ngeeee... ). Contest ini telah dianjurkan dengan jyanya oleh cik Marmie. Untuk syarat-syarat penyertaan, sila klik gambar di atas. Sebelum aku merepek panjang lebar, aku mempersembahkan gambar untuk diadili oleh pihak penganjur...


Cerita sikit pasal gambar ni. Masa ni kenduri kat rumah Karim, akak dia kawin. Dan kitorang beramai-ramai telah memeriahkan majlis ni. Kitorang ni pantang ada kenduri, mesti serbu ramai-ramai macam ni. Ada lagi yang tak termasuk dalam gambar. Kalau rasa-rasa nak memeriahkan suasana, ada kenduri boleh ajak kitorang. Haha...

p/s: Menepati tema friendship tak ni? Huhu...

Wednesday, January 13, 2010

contest baru pulak



Setelah mencari-cari, gua pertaruhkan gambar ni, ketika buat praktikal kat kapal terbang Foker 27. Sapa nak join contest ni boleh klik gambar kat atas.


Saturday, December 12, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest.



Terasa menarik plak contest ni. Perasan kat beberapa blog yang aku follow join contest ni. Kalau korang berminat, klik sini untuk syarat-syarat penyertaan.

Dipersembahkan mahakarya AcanCapik...