Billboard

Followers

Wednesday, September 18, 2013

Jom buat froyo!

Rasanya semua dah tau apa froyo kan? Antara famous brand kat negara kita ni ialah Tutti Fruiti. Tapi semua sedia maklum harganya agak rabak poket gak. Lagi-lagi dengan budget ciput macam aku. Haha. Jadi nak cut cost meh kita try buat sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  -Nestle Natural Set Yogurt (ni harga dia dalam RM6 satu tub)
  -Peach dalam tin. (ada banyak brand dan harga, pandai-pandai korang la)
  -Gula secukup rasa.
  -Blender/Food processor
  -Food bag

Sepatutnya, yogurt tu korang strain dulu untuk buang water content, sebab kita mahukan paling kurang kandungan air yang mungkin, sebab bila beku nanti dia jadi kristal halus. Kalau kurang air lebih bagus, froyo kita jadi lebih smooth. Tapi tipikal aku pemalas sikit, so aku malas la nak strain. Haha. Kalau nak strain, guna penapis kopi, letak atas penapis santan, bawah tu tadahkan dengan mangkuk besar, letak dalam peti ais dan biarkan semalaman. Kalau dapat beli Greek Yogurt lagi bagus, sebab memang dah siap-siap pekat tak perlu nak strain. Tapi tak jumpa. Ada sesiapa tau kat mana nak beli?

Ok, berbalik kepada proses membuat froyo, korang letak buah peach tu dalam blender, agak-agak tekak korang. Aku jenis tak reti sukat-sukat, campak je. Haha. Macam yang aku buat ni, aku letak 1 setengah biji buah peach, dan separuh tub yogurt. Letak sedikit gula dan blend. Kalau korang nak kurangkan kalori dan jadikan hidangan ni lebih sihat, gantikan gula dengan pemanis Stevia. Atau korang memang suka masam, tak payah la letak gula. 



Blend adunan tadi sampai sebati. Sebagai nota, lepas kita bekukan, dia akan jadi lebih masam sikit. So korang agak-agak nak manis, letak lebih sikit gula lepas korang rasa.


Masukkan adunan tadi dalam food bag. Macam yang aku beli ni jenama giant je. Boleh seal dan memudahkann urusan nanti sebab lepas kita bekukan, kita kena tekan-tekan sikit. Kalau guna bekas biasa pun boleh.


Masukkan dalam peti ais selama setengah jam, lepas tu keluarkan, picit-picit macam dalam gambar tu ha supaya dia tak jadi keras solid macam air batu. Kalau guna bekas biasa, kacau guna sudu. Ulang langkah tersebut 2 kali. Lepas tu biar lagi selama sejam, lepas tu dah boleh makan. Enjoy!



Korang boleh cuba dengan macam-macam jenis buah yang lain, tapi disarankan buah yang kurang kandungan air, contohnya mangga, pisang, strawberi dan blueberri. Untuk lebih creamy, letak sikit susu full cream. Adjust la resepi ikut tekak masing-masing. Haha. Good luck!

Thursday, May 2, 2013

Bahang PRU13

Lagi tiga hari lagi nak PRU13. Tahun ni pertama kalinya aku akan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia. Ayuh rakan-rakan pergilah mengundi. Sebab anda yang menentukan siapa pemimpin negara. Ketahuilah hak anda semua sebagai rakyat, dan pemimpin seharusnya bekerja untuk rakyat. Pilih calon yang sewajarnya. Masa depan di tangan anda.

Jadinya, pilihan raya ni macam hari raya jugaklah kan, meriah dengan perang bendera, kempen sana sini. Boleh la ucap selamat hari raya kan? Ok tak lawak. Selamat mengundi kawan-kawan!

Sunday, March 31, 2013

Dapat jugak kacang pool!

Seperti yang dimaklumkan, dari hari Jumaat haritu aku berkunjung ke Johor Bahru. Jalan-jalan cari makan, sambil jumpa teman baru, Meng. Okay, kacang pool ni memang aku dah lama teringin. Sebelum ni tak pernah merasa, tapi dengar orang cerita je buat aku kecur liur nak mencuba. Kacang pool ni kuah, yang ramuannya terdiri dari kacang pool, daging cincang dan rempah-rempah, enak dimakan bersama roti bakar. Dalam kuah tu sebelum dihidang akan diletakkan sekali hirisan bawang besar, cili dan telur mata. Cakap banyak pun tak guna, try sendiri la der. Oh lokasinya, food court depan balai bomba Larkin, cari sign Kacang Pool Haji. Menurut kawan-kawan aku, ni antara yang famous dan sedap. Semangkuk siap roti bakar RM4 sahaja. Sangat berbaloi. So kalau jalan-jalan area JB jangan miss makan kacang pool ni. 

Cari signboard ni.

Ni dia rupanya. Tengok gambar ni dah menitik air liur balik terbayang rasanya. Haish.

Air ni beli kat kedai sebelah. Meng minum air kelapa laut, aku punya Ais Jelly.

Lepas habis makan tu, aku rasa macam nak tambah je lagi satu kacang pool. Dan si Meng pun tak abiskan kacang pool dia, so memang aku jadi tukang habiskan. Tapi usha meja sebelah makan tauhu bakar macam best je, terus order tauhu bakar. RM4 sepinggan. Ni pun sedap!

Banyak dan kuahnya sedap. Pedas manis-manis.

Ni lah Meng, tourist guide aku. Terima kasih Meng! Gangster ni. Jaga-jaga der.

Kalau dah terliur sangat tapi jauh nak pergi, apa kata korang try masak sendiri. Ni resepi aku jumpa kat blog Masam Manis. Cuba lah! 

Friday, March 29, 2013

Mobile blogging

Ini saje nak test, blogging dari phone. App Blogger boleh didapati di Google Play. Phone aku kecik, so aku rasa mcm x puas je blogging dalam ni. Sempit. Ruang fikiran pun jadi sempit. Ok merepek.

Aku nak bersiap, jap lagi nak ke Johor Bahru. JB aku datang!

Thursday, March 28, 2013

Gambar yang hilang.

Kalau korang perasan, ada beberapa post dalam blog ni, kebanyakannya yang dari penghujung 2011 ke 2012 tak ada gambar. Sebabnya aku hosting guna gambar kat Facebook aku je. Malas nak upload banyak-bayak kali. Jadi link kat gambar tu, paste url jadi la keluar gambar kat muka blog ni.

Masalahnya, url address mungkin dah berubah dengan tingkat taraf Facebook. Jadi tinggal lah post yang tak ada gambar, broken link katanya. Nak cari balik gambar nak upload balik memang tak la kan. Haha. Jadinya, biarlah yang tak bergambar tu macam tu. Bukan best sangat pun gambar aku ambik. Muahaha.

Oh, semenjak dua menjak ni semangat nak menulis datang balik. Konsistenkah? Malas nak janji. Okbai.

Wednesday, March 27, 2013

Makan-makan di Humble Chef

Hai semua. Lama dah menyepi blog Conteng ni. Penulisnya malas sangat. Haha. Apa pun, kali ni aku nak kongsi satu tempat makan yang best dan murah. Humble Chef, rasanya ada yang pernah tengok dekat Jalan-jalan Cari Makan. Asalnya, mereka menjual hidangan pasta dan omelette di tepi jalan, guna lori yang macam orang jual cendol tu. Tak tau apa nama ntah lori tu. Sekarang ni, mereka dah ada kedai, dan harga hidangan masih sama. Bertempat di area Bukit Damansara (Plaza Damansara), restoran ni dibuka Dari hari Isnin-Sabtu, 12pm-3pm, dan 6.30pm-11.30pm. Dan tiap-tiap hari akan ada "today's special" menu, yang tak ada pada hari-hari biasa. Diorang ada tulis kat blackboard dekat dengan kaunter pesanan. So aku order 4 menu, tengok gambar kat bawah ye.


Pasta Lamb Carbonara RM5.00

Lamb Omelette RM2.50

Lamb Pita RM4

Ada satu lagi chicken sandwich RM2.50. Tak sempat ambik gambar dah sampai perut. Cuba la sendiri, pasti berbaloi. Jumpa lagi!