Billboard

Followers

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Review : KL Gangster



Bila hari rabu je, biasanya kawan-kawan satu batch akan ajak pergi tengok wayang ramai-ramai. Ye la kan, hari Rabu murah sikit. So tak ada la rabak sangat poket even tiap-tiap minggu pergi tengok wayang. Setiap keping duit seringgit tu memang berharga la bagi kitorang yang masih lagi in training. Dah kerja lain la kan. Tu dia, panjang intro.

Best! Filem arahan Syamsul Yusof kali ni memang aku salute. Kalau nak compare dengan filem-filem sebelum ni, ini yang terbaik. Babak perlawanan dalam cerita ni memang best dan penuh aksi. Kena pulak babak Aaron Aziz dengan Adi Putra lawan. Memang mengancam. Walaupun cerita aksi dan berkisarkan tentang gangster, ada pengajaran disebaliknya. Tema kemiskinan yang menghimpit seorang anak sehingga terjebak dengan kerja-kerja haram untuk meringankan beban orang tuanya boleh kita ambil untuk jadikan pengajaran. Disamping tu, lawak killer Sofi Jikan dan Zizan memang buat satu panggung berdekah. 

Overall, cerita ni memang best dan bukan cerita gaduh kosong tanpa mesej. Rating bagi aku 4/5 dan ini merupakan salah satu filem tempatan yang mesti korang tonton. =) 

Thursday, May 12, 2011

Pantas Lima



Kali ni nak review sikit pasal filem baru dari siri Fast & Furious, Fast Five. Cerita ni merupakan kesinambungan daripada filem Fast & Furious 4. Memang sambung betul-betul kat babak akhir Fast & Furious 4. Dan untuk filem ni, pihak produksi cuba lari dari tema perlumbaan jalanan yang mendominasi filem-filem siri Fast & Furious sebelum ni.

Dengan jalan cerita yang berkembang dengan baik, konflik yang mengejutkan, aksi kejar mengejar dan tembak-menembak yang mendebarkan, apa yang boleh aku kata, cerita ni merupakan yang paling best dalam siri Fast & Furious setakat ni. Watak-watak lama dalam filem sebelum ni pun ada, sekaligus buat cerita ni makin menarik.

Tak reti la aku nak buat review panjang-panjang. Korang tengok la sendiri. Dan jangan keluar panggung cepat sangat, sebab ada babak mengejutkan lepas kredit.

Wednesday, June 16, 2010

The Big Bang Theory, lawak yang genius!

Aku ada masalah dengan internet connection. Well, PC aku dalam bilik, dan kitorang berkongsi networking antara dua rumah. Router terletak kat rumah jiran, manakala aku mendapat access melalui wireless adapter yang kadang-kadang buat aku bengang sebab signal tak kuat, dan line internet pulak selalu putus-putus. Potong stim betul bila aku nak berchatting dengan Mrs. Acancapix yang away from this country. Aku boleh dirundung kemurungan bila masalah macam ni berlaku. Luckily, my classmate introduces me with The Big Bang Theory. So takde la sedih sangat kan. Huhuhu...

Sitcom ni berkisarkan kehidupan Dr. Sheldon Cooper (Ph.D.), dan Dr Leonard Hofstadter (Ph.D.), dan kawan mereka, Howard Wolowitz (M.Sc.,Eng.) serta Dr. Rajesh Koothrapali (Ph.D.) bila mana Penny, seorang gadis blonde yang hot berpindah masuk ke kawasan kediaman Seldon dan Leonard. Walaupun diorang ni terdiri dari ahli fizik dan engineer, diorang boleh dikatakan geek, sukakan video games, obses dengan komik dan sangat kontras dengan perwatakan Penny yang macam orang biasa.

Dari kiri: Howard, Sheldon, Leonard, Penny dan Raj.

Apa yang menarik, kebanyakan lawak yang terlibat dalam cerita ni berkisarkan pengetahuan saintifik, dan Penny memang totally blur dengan perwatakan geng-geng geek ni. Situasi jadi makin seronok bila Leonard cuba memenangi hati Penny. Seriously, lawak diorang memang best, tapi kena paham betul-betul baru dapat gelak. Kualiti lawak memang superb, sebab skrip diorang memang dirangka dengan fakta yang betul.

Apa yang aku boleh katakan, aku memang melekat dengan siri ni. Dah dapat satu season, rasa nak tengok sampai habis selagi larat. Untuk pengetahuan korang, cerita ni ada 3 season di saat aku menulis ni. Kat mana nak tengok, kat Youtube ada. Tapi kalau nak download pun boleh. Aku tak tau nak bagi link kat mana sebab aku ambik pun dari kawan aku. Huhu...

Anyway, this sitcom really cheer me up, and one of the best sitcom yang pernah aku tonton. Kualiti lakonan, plot dan material sangat best bagi aku. Rating, 5 out of 5!

Wednesday, May 12, 2010

Dah berapa kali aku ulang tengok


Cerita apa? The Dark Knight (2008). Memang cerita ni dah lama tayang. Aku ingat aku tengok kat wayang, dapat seat agak depan, macam nak patah tengkuk tengok sambil dongak. Cerita dah la lama, 2 jam setengah. Tapi memang berbaloi aku rasa.

Aku tak tau macam mana nak simpulkan cerita ni. Kompleks. Garapan penulis skrip memang aku cukup kagum. Plot yang berkembang secara perlahan, dengan dugaan klimaks yang memanjang, aku cukup kagum dengan pihak produksi filem ni. Berapa kali aku ingat dah sampai klimaks cerita, tapi still ada lagi kejutan.

Aku bukanlah pembaca setia komik Batman, tapi aku minat dengan watak ni. Kartun Batman Animated Series yang ditayangkan kat televisyen masa kecik-kecik dulu dah buat aku lekat dengan Batman. Sekarang kan ada Wikipedia, so aku just search pasal Batman, dan belajar. Jadi kesimpulannya, aku kenal siapa yang digelar The Caped Crusader.

Berbalik kepada cerita ni, pihak produksi berjaya menghasilkan satu tema yang 'dark' dalam filem The Dark Knight, macam yang pernah diterapkan dalam filem Batman (1989) dan Batman Returns (1992) arahan Tim Burton. Apa pun, The Dark Knight bukanlah kesinambungan bagi kedua-dua filem di atas tetapi sambungan kepada Batman Begins. Ini apa yang digelar 'reboot' dalam industri perfileman, bila mana satu siri tu diberi nafas baru. Aku kurang minat dengan siri Batman arahan Joel Schumacher. Batman Forever (1995) kira ok lagi, sampai Batman & Robin (1997), aku rasa tema 'dark' tu dah tak ada, dan lebih kepada cerita kartun gayanya. (Batman Animated Series tu pun lebih gothic dari filem ni).



Dari segi watak, aku rasa ramai yang bersetuju dengan kehebatan watak Joker lakonan mendiang Heath Ledger. Psycho. Aku tak tahu nak describe macam mana. Sangat-sangat berjaya sebagai Joker, dan aku rasa Joker terbaik sepanjang zaman (at the moment of this post). Bruce Wayne/Batman lakonan aktor British, Christian Bale pun tak menghampakan. Masih ada sense of humor, dan dia berjaya membawa watak dual-life person dengan berjaya.

Kalau tengok filem-filem Batman sebelum ni, hatta Batman Begins pun, bandar Gotham kelihatan besar, penuh dengan patung-patung gergasi, rekaan bangunan yang gothic dan 'dark'. Tapi dalam filem The Dark Knight ni, Gotham City lebih kepada bandaraya biasa. Apa pun, kita boleh tengok macam mana paniknya suatu komuniti dalam bandar bila berlakunya sesuatu yang di luar kawalan. Orang-orang yang pentingkan diri akan bertindak melulu, terdesak untuk selamatkan diri dan keluarga, dengan mengambil risiko yang tinggi. Banyak yang kita boleh belajar dari filem ni.

To summarize, this is the best Batman ever, for me. Dan aku masih tak jemu walaupun aku dah tengok banyak kali. Siapa-siapa yang ada masa lapang dan tak tau nak buat apa, aku syorkan tengok cerita ni. Hayati ceritanya betul-betul, sebab aku dah tengok beberapa kali baru betul-betul faham. Dan jangan risau kalau tak pernah tengok filem-filem yang sebelum ni, filem ni straightforward, tanpa ada banyak rujukan dengan filem yang lepas.Kenapa aku kasi review ni? Sebab aku baru tengok balik untuk kali ke berapa ntah.