Billboard

Followers

Thursday, March 24, 2011

Sifat Mengikut Bulan Islam


Tak tau la betul ke tak kan. Siapa yang kenal aku  boleh la nilai aku macam mana. Tapi rasa-rasa macam betul je. Haha... Apa pun, aku saja je try app ni sebab nak tau tarikh lahir aku dalam bulan Islam. Kalau ikut kalendar Islam, 10 Ramadhan tahun ni aku akan berusia 23 tahun. Matured you all!

Nak try, bolek klik sini : http://apps.facebook.com/sifat-lahir-islam/

Wednesday, March 23, 2011

Ride to Segamat : Day 2

Sambung lagi kisah perjalanan kitorang. Bangun pagi kat rumah Cuki, solat subuh, pastu sempat pulak layan cerita Reaper kat channel AXN. Dah habis tu, akak Cuki pulak dah sedia kan sarapan, apa lagi, makan dulu. Lepas bersalam-salaman dengan tuan rumah, kitorang ke rumah Rutet pulak untuk ambik barang, mandi dan bersiap-siap untuk balik ke Subang. Tapi alang-alang dah sampai Segamat tu, aku ajak diorang semua singgah rumah aku kat Felda Serting Hilir, Negeri Sembilan. Kira-kira sejam perjalanan jugaklah dari Segamat. Bukan apa, saja nak kenalkan kawan-kawan aku kat ibu.

Kitorang keluar dari Felda Pemanis dalam pukul 9.30. Lepas tu kitorang tunggu Kiro dan Zik dari Felda Maokil, Labis. Tak jauh sangat pun dari Segamat, tapi on the way nak ke simpang masuk ke Felda Pemanis tu, hujan turun, so diorang berhenti berteduh dulu. Diorang sampai dalam pukul 10, pastu kitorang gerak sama-sama. Lalu jalan lama, agak mencabar jugak la, dengan bukit, kereta banyak, jalan tak berapa elok. Ada la satu motor tu, tak boleh bawak slow, kalau tak minyak makan banyak. Pelik sungguh.

Sampai rumah aku dalam pukul 11.30 pagi. Lepas kenalkan parents aku, kitorang berehat kejap sementara ibu masak gulai lemak cili api ikan parang, pucuk paku tumis dengan sambal bilis. Baru jalan sikit perut dah lapar, laju je diorang makan. Tapi sambil makan dengar bunyi hissss... macam tahan pedas. Ibu tanya "Pedas ke? Ni tak pedas sangat macam biasa mak cik masak". Baru aku perasan, pedas jugak ibu masak. Mungkin sebab aku dah biasa kut, tak rasa sangat. Huhu...

Lepas makan, masing-masing sambung berehat lagi. Ada yang tido, tengok TV, pastu si Kiro boleh pulak nak tukar sproket. Ada jugak la kedai bukak hari Ahad tu. Aku dah malas nak kotorkan tangan. Ikromi pun sempat la pasang side mirror dia. Ayah aku tolong potong sikit coverset sebab tak muat. Mungkin sebab bukan coverset ori, ukuran dah lain sikit.

Ambik gambar kenangan sebelum balik. Thanks to my sister Athirah for this pic. Pandai gak ko amik gambar. Ngeh3x...
(Dari kiri: Jack, Rutet, Apek, Aku, Ikromi, Kiro, Zik dan Zaki.)

Lepas bersalam-salaman, kitorang mulakan perjalanan pulang dalam pukul 3.30. Masa ni, Jack pun ada sebab kebetulan dia kat Serting, so aku ajak dia balik sekali. jack ni pun kawan-kawan kitorang jugak, belajar sama-sama. Kali ni singgah Bahau dulu, sebab Jack nak ambik spek mata baru. Tapi hujan mula turun renyai-renyai. Jalan pun jem je dari bahau sampai ke Bukit Putus. Kitorang singgah isi minyak kat Petronas Lavender Height, Senawang. Jumpa pulak Bezit, yang jugak kawan kitorang. Sekarang perjalanan balik dah ada 9 orang. Masuk highway, sama je perginya. Ingatkan boleh la nak bawak laju sikit, tapi jem sampai ke Nilai. Lepas tu baru la ok sikit jalan.

Kitorang berhenti lagi kat RnR Dengkil untuk isi minyak dan solat Maghrib. Tapi yang tak bestnya, keluar je RnR terus hujan lebat sampai ke Subang. Masa ni dah terpisah dah kitorang. Ada yang berhenti, ada yang terus memecut laju. Aku baju hujan pun tak ada, redah je la. Tunduk sikit, takde la sakit sangat kena hujan. Huhu. Sampai rumah pukul 9, basuh baju, online kejap, terus tido...

Aik, apasal satu gambar je? Aku lupa nak ambik gambar masa hari kedua ni. Rugi, rugi...

Tuesday, March 22, 2011

Ride to Segamat : Day 1

Perjalanan bermula di pagi Sabtu 19hb March 2011 yang dingin dan redup. Risau jugak musim-musim hujan ni, dah la nak jalan jauh. Kitorang berkumpul dekat Restoran Arafah, dekat dengan rumah aku. Ride yang disertai oleh aku, Zaki, Rutet, Ikromi dan Apek ni mula meninggalkan perkarangan Restoran Arafah dalam pukul 8 pagi. Perjalanan dengan purata kelajuan 130km/j secara keseluruhannya mengambil masa 3 jam Tapi bila campur dengan berhenti isi minyak, terlepas exit highway, trafik light dan sebagainya jadi la 4 jam. Sampai rumah Rutet yang juga satu kampung dengan Cuki, iaitu adik kepada pengantin yang kitorang nak pergi kenduri ni. Cuki ni pun satu batch dengan kitorang. Lagi satu, Cuki dan rakan-rakan dia la yang buat hantaran. Kalau nak buat tempahan boleh tengok kat blog diorang, Chermin-Arts.

Sampai dalam pukul 12, kitorang rehat sekejap kat rumah Rutet. Bila dah makin lapar, pergi rumah Cuki pulak, makan kenduri. Teruk perangai.

Melantak je keje. Abis makan nasi makan kek pulak.

Yang kiri tu Cuki, pastu akak dia, ngan abang ipar dia.

Macam tengah alter pelamin pulak gaya.

Kitorang rasmi dulu.

Yang ni dengan parents pengantin pulak.

Lepas tu, nak tunggu turn pengantin bersanding lambat lagi. Mata pun dah kuyu je masing-masing. Nak dok luar panas. Last sekali bilik Cuki jadi mangsa tuk kitorang lelapkan mata. Tak senonoh kan, tido kat rumah orang kenduri...

Punya la terbongkang tido.

Bila sampai turn nak ambik gambar, sume muka ngantuk je. Hahaha...

Lepas dah ambik gambar, Rutet ajak kitorang pergi kenduri rumah kawan dia pulak. Kawan dia yang kawin. Nama Fatin ke apa ntah. Datang je terus masuk rumah ambik gambar ngan pengantin. Pelik je rasa. Dah la tak kenal. Lantak, janji boleh ambik gambar.


Lepas tu, kitorang balik ke rumah Rutet. Kat sebelah rumah dia pun ada kenduri, tapi kecil-kecilan je la. Jiran dia ada majlis akad nikah. Kitorang yang lain dah penat, so decide stay je kat rumah Rutet. Dia sorang je yang pergi. Yang lain, ada yang tido, aku pulak bukak motor, tukar minyak hitam, Zaki pulak basuh motor. Dah petang sikit, dalam pukul 6 kitorang jalan-jalan pusing Felda Pemanis. Aku tengok awek kat sini manis-manis belaka. Mungkin sebab dah nama Felda pun Pemanis ye tak? (Tapi you lagi manis la Mrs Acancapix. Ngeeee...).

Best jalan-jalan petang naik moto ni, boleh tengok ragam orang, tengok pemandangan indah, carikan jodoh untuk Zaki, ops...

Ni la rumah rutet.

Malamnya kitorang ke rumah Cuki balik. Hajat nak tolong kemas apa yang patut, tapi dah siap kemas dah pun. Kitorang tolong habiskan makanan je la. Lepas tu lepak tengok tv, cerita Mission Imposible 3. Ingatkan nak balik rumah Rutet balik, tapi memandangkan ramai yang dah terbongkang depan tv. Aku pun mula-mula ingat nak ke rumah Rutet balik, sebab bekas contact lens ada kat sana. Tapi Cuki ada bekas contact lens extra, sudahnya kitorang tido situ je la.

Sangat letih you all...

Bila aku tengok balik gambar ni rasa letih pulak, esok la aku sambung day 2 punya. Chow...

Sunday, March 20, 2011

Ride to Segamat : Teaser.

Baru je sampai dari Segamat. Bertolak semalam, harini balik Subang balik. Takde la jauh sangat, tapi sengal punggung, sakit tengkuk jugak la... Esok aku cerita detail. Ni nak bagi gambar teaser dulu...


Saturday, March 12, 2011

Indahnya!

Bangun pagi awal hari ni, pukul 6.10 dah bangun. Siap mandi lagi. Padahal malam tadi boleh tahan lambat jugak tido, pukul 1 1.30. Pelik aku, hari cuti macam ni boleh jadi rajin bangun pagi, tapi kalau hari kerja liat je nak bangun. Tapi hari ni memang indah permai la, mungkin sebab semalam satu hari dah hujan, harini cerah terang benderang jadinya sebab awan dah menurunkan segala air yang ada semalam. Tak tau la pulak kalau menjelang petang karang semua air tadi dah disejat balik, pastu hujan balik. Itu semua kuasa Allah.

Untuk tidak membazir hari yang indah ni, mari kita jalan-jalan naik motor.

Tuesday, March 8, 2011

Si putih salju


Kalau nampak mamat hensem bawak motor ni sila hon dia. Dia poyo...

Sunday, March 6, 2011

Hitam putih kehidupan


Takde modal nak update blog. Belek-belek gambar dalam handphone, rasa cam menarik je gambar ni. Mungkin sebab faktor pencahayaan, atau sebab Nawan memang kacak, atau kamera 2 megapixel handphone Sony Ericsson w810i ni yang power, atau sebab aku yang memang terer amik gambar. Entahlah...