Billboard

Followers

Showing posts with label khidmat masyarakat. Show all posts
Showing posts with label khidmat masyarakat. Show all posts

Sunday, March 21, 2010

Pakaian keselamatan: Gaya atau fungsi?

Aku terpanggil untuk buat satu post pasal keselamatan. Baru-baru ni, kawan-kawan aku ada yang terlibat dalam kemalangan motosikal. Mujur takde yang cedera parah, macam patah ke, retak tulang ke. Tapi still susah jugak nak berjalan bila dah luka, badan lebam-lebam. Tak lama lepas tu, dengar berita abang Akmal Fadli (Amal) pulak terlibat dalam kemalangan maut, juga di sebabkan menunggang motosikal. Jadi persoalannya kat sini, boleh tak kita mengurangkan risiko kecederaan yang teruk atau lebih parah, kematian? 

Jadi kat sini, aku nak kongsikan tentang beberapa pakaian keselamatan yang boleh kita gunakan untuk kurangkan risiko kecederaan dan maut bila terlibat dalam kemalangan. Sesetengah orang akan kata, "benda dah nak jadi", ataupun "suratan takdir", tapi seboleh-bolehnya kita kena berusaha untuk mengelakkan kecelakaan. Usaha dan tawakkal, selebihnya itu urusan Allah.

Alat keselamatan yang paling penting bagi penunggang motosikal ialah topi keledar, atau helmet. Benda ni paling mustahak sebab menjaga bahagian paling penting kat badan kita iaitu kepala. Ada bermacam jenis helmet yang ada di pasaran sekarang. Pilihlah yang berkualiti, dari jenama yang terbukti keberkesanannya, dan ada pengesahan. Kadang-kadang ada jugak helmet murah, yang mana span paddingnya senipis setengah inci sahaja. Kulit luarnya pun nipis. Tapi ada jugak yang bercop sirim. Tak tau la nak kata macam mana boleh lulus test. Jadi kalau nak pilih, kalau kita pegang pun dah rasa tak selamat, ringan semacam je, go for another choice. Memang selesa pakai yang ringan, tapi kalau helmet pun boleh pecah, kepala apatah lagi kan?

Dalam memilih helmet, kalau boleh pilihlah yang 'fullface', iaitu yang ada penutup mulut tu. Macam yang selalu orang pakai motor berkuasa besar pakai. Tak kisah la walaupun kita ni pakai 'kapcai' je pun. Memang sesetengah orang akan pandang serong, dan kadang-kadang berkata,"Eleh, pakai kapcai pun beria nak pakai 'fullface', macam lah bawak motor besar". Ingat jatuh pakai motor besar je ke yang sakit? Esok dah jatuh, rahang beralih, dagu berlubang, bibir sumbing, gigi patah, mana nak carik ganti? Memang tak dinafikan, harganya lebih mahal dari helmet jenis 'open face'. Tapi pelaburan untuk jangka masa panjang mampu menyelamatkan nyawa kita.


Ni contoh helmet 'open face'. Kalau dah jenama Arai, harga dah sama macam 'fullface jenama biasa-biasa.

Saturday, November 21, 2009

Mabuk darah

Tadi kat METC ada program derma darah. Sebelum ni pun pernah ada buat, tapi dari Hospital Seremban. Hari ni dari Pusat Darah Negara. Tapi yg first aritu cam best sket, sebab makan2 dia ada byk kuih2 yg sedap. Yg harini punya dia bagi roti ngan biskut je. Tapi aku bedal je pun (ni derma sebab nak makan ke hape hah?).


Sebenarnya aku ada kelas tadi, kelas Maintenance Practice ngan En. Misni. Tapi dia pun cam relax2 je harini, dalam erti kata lain malas2 je nak ajar betul2. Huhu... Hari Sabtu, sume pun mood cuti je, mana la nak ada mood blaja. Kelas start kul 8, pastu kul 10 break jap. Time ni aku gi daftar utk derma darah dulu. Mula2 kena isi borang, dia ada la tanya pasal kesihatan ke, sejarah penyakit ke dan sebagainya. Pas isi borang tu, kena gi check kumpulan darah plak. 



Time ni kemain riuh ko ye Meri