Billboard

Followers

Sunday, March 21, 2010

Pakaian keselamatan: Gaya atau fungsi?

Aku terpanggil untuk buat satu post pasal keselamatan. Baru-baru ni, kawan-kawan aku ada yang terlibat dalam kemalangan motosikal. Mujur takde yang cedera parah, macam patah ke, retak tulang ke. Tapi still susah jugak nak berjalan bila dah luka, badan lebam-lebam. Tak lama lepas tu, dengar berita abang Akmal Fadli (Amal) pulak terlibat dalam kemalangan maut, juga di sebabkan menunggang motosikal. Jadi persoalannya kat sini, boleh tak kita mengurangkan risiko kecederaan yang teruk atau lebih parah, kematian? 

Jadi kat sini, aku nak kongsikan tentang beberapa pakaian keselamatan yang boleh kita gunakan untuk kurangkan risiko kecederaan dan maut bila terlibat dalam kemalangan. Sesetengah orang akan kata, "benda dah nak jadi", ataupun "suratan takdir", tapi seboleh-bolehnya kita kena berusaha untuk mengelakkan kecelakaan. Usaha dan tawakkal, selebihnya itu urusan Allah.

Alat keselamatan yang paling penting bagi penunggang motosikal ialah topi keledar, atau helmet. Benda ni paling mustahak sebab menjaga bahagian paling penting kat badan kita iaitu kepala. Ada bermacam jenis helmet yang ada di pasaran sekarang. Pilihlah yang berkualiti, dari jenama yang terbukti keberkesanannya, dan ada pengesahan. Kadang-kadang ada jugak helmet murah, yang mana span paddingnya senipis setengah inci sahaja. Kulit luarnya pun nipis. Tapi ada jugak yang bercop sirim. Tak tau la nak kata macam mana boleh lulus test. Jadi kalau nak pilih, kalau kita pegang pun dah rasa tak selamat, ringan semacam je, go for another choice. Memang selesa pakai yang ringan, tapi kalau helmet pun boleh pecah, kepala apatah lagi kan?

Dalam memilih helmet, kalau boleh pilihlah yang 'fullface', iaitu yang ada penutup mulut tu. Macam yang selalu orang pakai motor berkuasa besar pakai. Tak kisah la walaupun kita ni pakai 'kapcai' je pun. Memang sesetengah orang akan pandang serong, dan kadang-kadang berkata,"Eleh, pakai kapcai pun beria nak pakai 'fullface', macam lah bawak motor besar". Ingat jatuh pakai motor besar je ke yang sakit? Esok dah jatuh, rahang beralih, dagu berlubang, bibir sumbing, gigi patah, mana nak carik ganti? Memang tak dinafikan, harganya lebih mahal dari helmet jenis 'open face'. Tapi pelaburan untuk jangka masa panjang mampu menyelamatkan nyawa kita.


Ni contoh helmet 'open face'. Kalau dah jenama Arai, harga dah sama macam 'fullface jenama biasa-biasa.



Ni pulak contoh helmet fullface. Yang ini jenama Sol, buatan Taiwan. Jangan kita persoalkan dari mana ia dibuat, tapi perhatikan kualitinya. Harganya dalam lingkungan RM300-400. Kalau nak jenama Arai tu, harga camni baru dapat beli yang 'open face' macam yang kat atas tu je kut.

Seterusnya, kita beralih kepada jacket pulak. Jacket ni, selain bagi perlindungan dari cuaca, ia boleh jugak melindungi tubuh badan kta dari luka bila terjatuh. Tapi pastikan material dia terdiri dari kulit ataupun fabrik sintetik yang terbukti ketahanannya macam Cordura®. Jadi kalau jatuh, takde la rompong siku, bahu berlubang dan sebagainya.

Contoh jacket kulit.



Mesh jacket yang ada padding untuk bahu dan siku.

Kalau rasa-rasa mampu nak beli, boleh tambah body armor pulak. Sekali imbas macam baju perang pun ada jugak. Biasannya armor ni terdiri daripada shoulder protector, elbow protector dan back protector.




Contoh body armor. Radikal, tapi berkesan untuk kurangkan kecederaan.

Selain dari protection untuk badan, tangan kita pun perlukan perlindungan. Kalau dah jatuh, tangan lah yang kita guna untuk stabilkan badan. Kalau tak ada perlindungan, alamat hancurlah tapak tangan. Macam kawan aku yang excident tu, ada yang pakai glove, tangan tak luka pun. Compare yang tak pakai, habis tapak tangan. Nak makan pun susah. Banyak pilihan untuk glove ni. Materialnya pun pelbagai, tapi macam yang aku cakap, pilih yang terbukti ketahanannya. Harga pun tak berapa mahal, paling murah RM30 pun boleh dapat. Tapi yang jenis ni biasanya tak ada perlindungan untuk knuckle. Kalau nak yang ok lagi, kena up sikitlah budget. Memang kebiasaanya macam tu, barang yang berkualiti datang dengan harga yang lebih tinggi.

Glove, yang ada knuckle slider.


Glove yang ni lebih perlindungan untuk pergelangan tangan.

Sekarang kita beralih ke bahagian kaki pulak. Lutut biasanya satu lagi bahagian yang terdedah kepada bahaya ketika kemalangan. Macam Zaki yang jugak terlibat dalam kemalangan tempoh hari, lutut dia habis luka, lebam-lebam. Nak jalan pun susah. Slow je bila berjalan. Kalau guna knee protector ni, sedikit sebanyak kurang la jugak kecederaan dia tu. Lagi satu, kepada yang kuat layan corner, atau bahasa lunaknya meleper macam Ikromi dan Odeng, guna knee pad ni kira takde la tempurung lutut beralih kalau jatuh.






Contoh-contoh knee protector.

Seterusnya, kasut. Kebiasaannya, kita ni malas nak pakai kasut. Leceh la, nak pakai stokin la, nak ikat tali kasut la. Tapi kalau jatuh, mau hilang tapak kaki. Kaki ni kalau dah luka, patah, memang payah la nak bergerak jawabnya. Nak jalan susah, nak berurusan dalam jamban pun payah. Seeloknya pakai la kasut kalau naik motor. Kalau nak lagi selamat pakai jenis high cut. Nak lagi selamat pakai je riding boot. Memang dah direka dengan ciri-ciri keselamatan. Ada slider, so bila jatuh, takde lah terus berhenti. Fungsi slider ni, macam kat glove tu, adalah untuk membenarkan kita menggelongsor, untuk menyerap dan mengurangkan impak perlanggaran. Kalau terus stop dari kelajuan tinggi, impak yang kuat akan mencederakan kita. Tapi kalau kita berhenti slow-slow, kurang lah impaknya. Lagi satu, riding boot/racing boot yang berkualiti biasanya binaan dia kompleks, untuk mengelakkan pergelangan kaki dari terpiuh ketika perlanggaran.


Racing boot.

Tapi kalau nak lebih selamat, go for racing suit. Terbukti kat litar lumba. Sebab tu dalam perlumbaan diorang guna suit jenis ni. Overall protection untuk badan. Kalau kita tengok dalam mana-mana perlumbaan motosikal, even diorang accident dalam kelajuan yang tinggi, kecederaan yang dialami amat minimum. Tapi memang mahal la racing suit ni. Paling murah pun RM1000++. Tapi memang padan la dengan nilai perlindungan yang ditawarkan. 


Apapun, tak dinafikan, nak beli semua protection gear ni memang makan belanja yang besar. Tapi pelaburan macam ni berbaloi dengan apa yang kita dapat kemudian. Kalau dah patah riuk, calar-balar, mana nak cari spare part. Tapi yang paling penting, cara kita menunggang jugak. Even dengan protection yang minimum, kalau kita berhati-hati insyaallah, tak ada apa-apa. Pastikan kita tahu limit kenderaan kita, dan jugak kemampuan kita sendiri untuk mengawal kenderaan tu. Kalau bawak laju-laju, tapi careless, memang mudah kemalangan terjadi. Apa yang penting, kita kena berusaha.

(Terjemahan,Surah : AR-RA'D, Ayat : 11)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Ni serba sedikit pandangan aku. Aku pun baru belajar, motor pun tak ada lagi. Tapi pengetahuan tentang keselamatan serba sedikit boleh menyelamatkan nyawa kita. Anda mampu mengubahnya.

27Feedback(s):