Setelah seharian bermain sakan, perut pun mula rasa lapar. Lepas mandi, dan solat, kitorang menuju ke kantin. Makan malam disediakan oleh pihak kem D'Rimba. Makanan ok la jugak, tapi macam tak berapa berbaloi dengan kos. Takpe la, mungkin sebab tempat pelancongan kut.
Beratur menunggu giliran.
Selesai makan nasi, tibalah aktiviti makan lagi. Kali ni menu barbecue ayam dan sausage. Aih, makan je kerja. Patut la ramai yang sihat-sihat. Aku pun sihat gak. Berat badan still maintain 55kg. Amacam, slim tak gua? Sebab kitorang ramai, ada 4 dapur ataupun tempat BBQ disediakan oleh organizer. Jadi kitorang bahagi sama rata lebih kurang la. Tapi paling best punya tempat bakar ialah geng Aliapeng la. Canggih sikit. Sekali terlebih bubuh minyak, ayam menyala lagi kuat dari arang. Haha... Gua gurau-gurau je nih, jangan ambik hati pulak.
Kipas-mengipas.
Aku tak lalu sangat nak makan, sebab dah kenyang makan nasi. Aku makan seketul je pun. Ramai lagi yang tak larat nak makan, sebab ada banyak lagi yang lebih tak bermakan sampai ke pagi. Membazir pulak rasanya. Patutnya makan malam tu tak payah, terus sumbat BBQ je. Huhu.
Selesai makan sampai kenyang, ada aktiviti penyampaian hadiah pulak. Ini untuk pemenang pertandingan volleyball antara kelas. Hadiahnya berupa hamper, dan semua kelas pun dapat. Besar kecik je beza dia. Takde hal la kan. Dah puas melantak tadi, tak berapa jalan pulak nak makan jajan-jajan dalam hamper tu.
Lepas tu, aktiviti bebas. Ada yang awal-awal dah masuk dorm dan tido, sebab keletihan. Ada yang berjiwa kental dan berbadan besi pulak, lepak tepi pantai, main gitar, borak-borak dan main unggun api. Aliapeng dengan Wan Karim pulak main light painting, iaitu satu cabang kesenian dalam bidang fotografi. Nak tau lebih lanjut boleh tanya Apeng. Dari namanya, kita boleh dapat gambaran sikit, ianya merupakan teknik melukis/menulis dengan menggunakan lampu.
Inilah hasilnya.
Dalam keseronokan malam tu, aku yang dah letih ni landing la kat khemah. Tiba-tiba leher aku rasa gatal-gatal. Aku ingat sebab sunburn, atau pun sebab kena asap. So aku pergi mandi. Selesai mandi, sama jugak. Makin merebak pulak aku rasa. Muka aku pun panas je tiba-tiba. Aku cuba tidur, tapi rimas. Muka aku mula rasa macam membengkak. Aku bagitau kat Adli, then dia tengok macam teruk je. Kawasan muka, dada dan belakang badan aku merah-merah dan bengkak. Aku syak kena gigitan serangga kut. Dulu pernah gak kena macam ni. Kena inject sedas. Tapi ni dah malam, mana nak carik klinik. So sapu dengan bedak je, sumbangan Cuki. Enchanter lagi, harum semerbak aku dimalam hari. Bedak tu, campur dengan air, kira macam bedak sejuk la. Kira ok jugak la. Sudahnya aku tido kat dorm, dengan Adzhar dan Wan Karim. Thanks a lot guys. =)
Ops, tak pakai baju pulak...
Sekian laporan part 2. Bersambung lagi di lain hari...
11Feedback(s):
Post a Comment
;)
light painting ea???emm cam best je....
awat ringan dari aku?
argh..tekanan..!
*ak pna blaja light painting tu. :D mmg mahuk!
Post a Comment