Selepas peristiwa yang mengerikan tersebut, maka Meon dan Pistol pun segeralah bersiap-siap pegi amik barang semua, siap-siap, letak kat dalam kereta aku. Aku pakai kereta apa? Sebuah Mitsubishi Lancer A172 tahun 80-an berkapasiti satu perpuluhan empat liter. Kereta ayah aku ni, tapi aku pinjam satu. Kat rumah aku ada tiga kut kereta ni, apa kes la ayah aku minat sangat model ni. Mungkin kereta ni merupakan kereta yang top masa beliau membesar dahulu kala. Tapi aku minat gak kereta ni, ada nilai-nilai retro dan sentimental value yang tak dapat nak dijelaskan.
Perjalanan pun dimulakan dengan bacaan Bismillah, seiring dengan doa semoga perjalanan kami selamat sampai. Kitorang gerak pun dah nak pukul 10 malam dah. Lambat giler. Mula2 aku drive, sampai Behrang tak silap aku, pastu Pistol plak take over. Kelajuan malar adalah 120km/j. Kereta olskool, tak boleh nak lari laju2. Tapi aku pelik gak 120 tu rasa laju giler babeng. Aku tepon ayah aku, dia cakap meter tu berat sikit. Kalau 120 tu dah 135 camtu. Amboih, yg aku lari 140 tu berapa plak kelajuan sebenarnya? Do the math. Aku malas nak kira.