Billboard

Followers

Tuesday, December 1, 2009

Indera Kayangan (12-14 Dec 2008) Part 3

Kitorang sampai Arau dalam pukul 6 pagi. Masa tu Meri yang drive. Dah sampai tu, kitorang call Pitt, suruh dia amik kitorang. Mana la tau kat mana rumah dia. Lepas tu dia suruh tunggu kat satu stesen minyak. Time ni masing-masing dah letih. Meon dah membuta siap-siap. Ad ngan Pistol dah marah-marah, sebab Pitt lambat sangat. Aku ngan Meri relax je, sambil mengarut gelak-gelak. Tapi serious letih. Dah la jauh, banyak berhenti pulak, so lambat la sampai. Masa ni azan pun dah berkumandang menandakan sudah masuknya waktu subuh bagi Negeri Perlis Indera Kayangan.


Tak lama lepas tu Pitt pun sampai (tak lama apa, bukan main letih lagi tunggu). Dia amik kitorang, lepas tu hantar kitorang kat bilik Homestay, kira macam chalet la. Ayah dia dah sewa untuk orang-orang yang datang dari jauh dan ahli keluarga yang datang menginap dulu. Sampai situ, mandi-manda kejap, solat Subuh, pastu tido. Tapi bukan direct tido je. Budak-budak ni apa-apa hal mesti nak mengarut dulu. Pistol je yang senang lelap.



Ni la tempat penginapan kitorang.



Dalam pukul 11 camtu, Pitt pun datang kejut kitorang. Kenduri start pukul 12, jadi kitorang ada lagi sejam la untuk bersiap. Cewah, macam orang penting la pulak, nak ikut time sangat. Rumah Pit dekat je dari Homestay tu. Lalu jalan yang sama, x sampai 1km pun. Lepas kitorang siap-siap, mula la operasi makan-makan kat rumah kenduri...




Lepas bersiap. Pistol takde, baru nak mandi.


Kitorang sampai rumah Pitt pun dah agak ramai orang yang datang. Masa ni jumpa ayah Pitt dulu, borak-borak kejap je sebab memang tengah busy, tetamu pun dah ramai. Menu kenduri kahwin biasa la kan, nasi beryani, tapi ada special sikit, ada cendol dan tapai. Pitt pun tak sempat nak layan kitorang. Sian dia, abis basah baju... Muahaha... Standard Pitt la kan.




Sebelum melantak.


Lepas melantak, kitorang tanya kat mana nak merayau sekitar Perlis ni. Maklum la first time sampai sini, mesti la nak tengok-tengok negeri orang kan. Selepas sesi soal jawan dan sedikit petunjuk dari tuan rumah, kami mengorak langkah memacu kereta menuju ke destinasi yang dirancang. Destinasi pertama ialah ladang anggur kat Batu Pahat. Yang ni bukan kat Johor ye. Ladang dia memang besar. Tengok buah-buah anggur yang berjuntaian tu memang geram je rasa. Rasa nak ngap terus dari pokok tu. Tapi dia bagi tengok je. Ish, geram giler tengok... Tapi ada jugak yang x dapat menahan geram lalu...



Melihat juntaian buah anggur di celahan plastik.






Amat teruja.


Lepas tengok pokok anggur, kitorang lepak tepi tasik pulak. Tasik ni terletak kat perkarangan ladang tu jugak. Besar jugak tasik ni. Aku syak air tasik digunakan untuk menyiram pepohon anggur nan mekar tu. Sebab view yang menarik, aku dan rakan-rakan mengambil gambar dengan gaya terkinja-kinja melompat seperti ninja lagaknya.



Anugerah muka photogenic semalaya.




Pistol da Rockstar.



Acan vs Meri.


Dari situ, kitorang bergerak ke Bukit Ayer pulak. Jalan dia jalan yang sama dengan ladang anggur tu. Kat sini ada jeram, tapi tak besar sangat la. Setakat nak mandi saja-saja boleh la. Nak berenang pun x lepas. cetek kut. Tapi tak tau la kalau ada tempat lain yang dalam ke. Kitorang carik spot yang agak x ramai orang. Mandi-manda lebih kurang, sejukkan badan lepas etih terkinja-kinja at tepi tasik tadi. Tapi cuaca agak mendung time ni, mujur tak hujan.





Aku, Ad, Meon.


Lepas mandi-manda, kitorang pun meneruskan perjalanan nak menuju ke Jeti Kuala Perlis pulak. On the way nak ke Jeti Kuala Perlis tu, kitorang tertarik dengan panorama sawah padi yang terbentang luas di bumi Perlis ni. On the spot terus stop kereta dan mula la sesi pengambilan gambar yang penuh berwana-warni. Tatap sahaja gambar untuk melihat keseronokan kitorang bermain-main di tepi sawah



Lancer, Meri dan Pistol.




Dihembus bayu.
Meon, Pistol, Meri dan Ad.



Tripod batu menjadi tunjang utama gambar ini.


Selesai sesi photography, kitorang teruskan perjalanan ke Jeti Kuala Perlis. Lepak kedai tepi laut, minum petang. Memang santai time ni, relax je rasa. Kitorang berempat order ABC special, kecuali Ad yang order ice blended cappuccino ke hape ntah. ABC tu memang best la, kenyang makan tu je. Tapi kitorang bedal nasi goreng jugak, letih wooo... Banyak lagi nak pakai tenaga. Jauh lagi nak berjalan ni.




Four mixed ice with ice blended with single ice blended
cappuccino at the center.


Lepas sesi makan minum tersebut, kitorang meneruskan lagi perjalanan. Tanpa hala tuju yang tetap, kitorang mengikut saja ke mana roda berputar, steering dipaut, sampai la jumpa sawah padi tepi laut. Pemandangan memang amat indah. Tempat ni terletak kat Sungai Baru. Kitorang ni mana la dapat jumpa padi, duduk pun belah-belah selatan Semenanjung Malaysia. Meri lain la, kat rumah dia ada jugak padi,. Target nak pegi jugak rumah dia, tapi tak tau la bila. Tunggu dia kawin nanti kut.


Mula-mula kitorang lepak tepi sawah padi. Masa tu ada sorang makcik tengah mengail. Pistol pun try a borak-borak dengan makcik tu. Tapi aku x paham sangat sebab tak jelas sangat dia cakap. Bunyi cakap pun ada iras-iras bunyi bahasa Siam. Tak tau la kut-kut Pistol paham plak ke kan. Dia cuba tanya makcik tu, ada ikan ke, pastu nak pakai umpan apa. Kebetulan dalam bonet kereta tu ada pancing, dia pun try la mengail. Aku malas nak amik pot, main-main amik gambar la, apa lagi.


.

Kesungguhan terpapar di wajah mereka.




Bebayang lima jejaka dilatari sawah menghijau.



Seakan pendekar lagaknya.




Pertempuran di tepi sawah.



Driver yang keletihan.


Bila matahari mula tenggelam di ufuk barat, kala horizon mula memancarkan mega-mega merah, kitorang beralih posisi ke tepi pantai pulak. Masa ni air surut, jauh sangat air ke tengah. Banyak ikan belacak terlompat-lompat atas lumpur. Memang tak terungkap dengan kata-kata la panorama indah masa tu. Kalau ada kemera yang best sikit, DSLR cam Apeng ke, seronok jugak nak snap gambar. Tapi apakan daya, aku guna kamera handphone W810i kesayangan aku tu je. Tapi ok jugak la, kualiti gambar tak menghampakan. Lama jugak kitorang lepak situ, sambil tengok pemandangan, ambik angin petang yang nyaman, makan rojak buah dan jagung bakar. Pastu datang sorang brader ni bawak anak dia jalan-jalan. Kitorang borak-borak kejap dengan dia.




Matahari terbenam.



Gangguan Ad sedikit pun tak menganggu gugat tidur Meon.




Merenung dan menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi.



Berborak dengan warga tempatan.


Bila suasana dah makin gelap, kamera aku pun dah tak mampu nak ambik gambar yg berkualiti, kami pun bergerak menuju ke rumah Pitt. Tapi bila contact Pitt, dia kata rumah dia belum clear lagi, tak habis kemas lagi. Malam tu memang kitorang plan tido rumah Pitt je, sebab Homestay tu sewa just ayah dia sewa just untuk satu hari. Jadi kami pun merayau-rayau la sekitar Kangar sampai terjumpa satu fun fair kat Kampung Bakau. Kitorang tengok-tengok je, takde permainan best untuk kitorang main. Lagi pun masing-masing dah letih.


Lama gak kitorang lepak situ, kemudian Pitt contact, tanya kitorang kat mana. Tak lama lepas tu, Pitt sampai. Dia ajak kitorang makan char kuey teow kat Batu Dua. Dia nak belanja. Kat situ memang gerai ni la yang paling popular. Memang sedap pun. Ada telur mata, kuah dia memang terasa, udang pun besar-besar, banyak pulak tu. Sejak dari tu aku terus jatuh cinta kat hidangan yang di panggil char kuey teow ni.




Makan tak pandang kiri kanan.


Lepas makan, kitorang pun bergera menuju ke rumah Pitt. Aku start kereta, terus pecut. Agak lama pastu baru perasan lampu kereta aku tak pasang. Ceit, gelojoh betul ko ni Acan. Sampai rumah Pitt, kitorang mandi-mandi kejap, borak-borak dengan ayah Pitt, main gitar karen, pastu tido...


Paginya, kitorang bersiap-siap nak balik. Lepas sarapan, kitorang ambik gambar dulu sebagai tanda kenangan dah sampai Perlis. Bukan selalu pun dapat datang sini. Terima kasih yang tak terhingga pada Pitt sekeluarga, Kalau ada rezeki, kitorang datang lagi. Hehe...



Bergambar bersama Ayah dan Mak Pitt.


Kitorang mulakan perjalanan pulang dalam pukul 9 lebih. Mula-mula Pistol drive, sampai RnR Sungai Bakap. Lepas rehat-rehat sikit, aku pulak take over, sampai Hentian Sungai Perak. Yang aku geram tu, time mula gerak, aku dok sebelah kiri, kena matahari, time aku drive pun kena matahari. Meon plak sama je ikut aku, dia pun kena gak panas. Masa ni Ad jadi co-pilot, yang lain membuta kat belakang.





Kat hentaian Sungai Perak. 
Macam letih sangat je plak diorang ni...


Lepas rehat-rehat lebih kurang, kitorang teruskan perjalanan lagi. Sampai Ipoh, kitorang keluar highway, ikut jalan biasa. Pistol take over balik lepas ni. Kitorang singgah Gopeng makan tengah hari,sebelum teruskan perjalanan balik. Masa ni bawak pun slow je, sebab masalah overheat masih menghantui kereta aku. Last skali kitorang berhenti kat Masjid Tapah, solat Jamak Asar Zohor. Time ni aku bukak bonet kereta. Tu dia, bersembur coolant kat ruang enjin. Abis merah-merah ruang enjin tu jadinya. Rupanya dah terlebih tambah air. Aku keluarkan sikit air, pastu sambung balik jalan. Meri drive time ni. Kitorang masuk semula highway kat Bidor, dengan hujan renyai-renyai. Akhirnya sampai jugak kat D'Rimba. Alhamdulillah, selamat perjalanan kitorang.


Tamat sudah hikayat perjalanan aku dan rakan-rakan ke Perlis. Banyak cabaran dan dugaan yang kitorang lalui bersama. Aku akan ingat memori ni sampai bila-bila. Touching la pulak. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kat Ad, Pistol, Meon, Meri, dan Pitt sekeluarga. Korang memang best!

7Feedback(s):