Billboard

Followers

Tuesday, December 15, 2009

Basah!


Bilik mandi yang selesa.

Mandi merupakan suatu perbuatan membasahkan tubuh badan, disertai dengan proses melumur badan dengan cecair pencuci yang digelar shower foam yang mengeluarkan bebuih lembut dan berkesan menanggalkan segala kekotoran degil yang melekat di badan setelah seharin kita bekerja, bermain mahupun belajar. Mandi boleh menjadi wajib hukumnya apabila terjadi sesuatu perkara. Yang ini tidak perlu dijelaskan dengan lanjut kerana bukan tujuan utama post ini.

Apabila kita mandi, badan terasa segar dan bersih, diiringi bebauan harum hasil dari shower foam yang telah diterangkan di atas. Terdapat pelbagai jenis shower foam dijual di pasar raya di seluruh Malaysia, hatta di pasar malam juga boleh didapati. Terpulang kepada keperluan individu untuk menilai dan memilih shower foam mengikut kehendak naluri.

Dalam  proses mandi, bilik air atau lebih enak disebut bathroom merupakan satu lokasi wajib untuk menjalankan aktiviti mandi, walaupun aktiviti tersebut boleh juga dilakukan di tepian pantai, di sungai-sungai, mahupun di tengah-tengah halaman rumah tatkala hujan membasahi bumi. Amaran! Sila pastikan tiada sesiapa yang mengintai anda mandi, atau sekiranya mahu mandi di tempat terbuka, gunalah kain basahan.

Terdapat pelbagai cara untuk mandi, salah satunya ialah dengan menggunakan gayung, mencedok air dari perigi, kolah ataupun baldi, dan menyiram tubuh badan kita. Terdapt juga bilik mandi yang dilengkapi dengan pemancur air. Penggunaan pemancur air dikatakan dapat menjimatkan penggunaan air. Ini kerana sekiranya anda menggunakan bathtub, sudah semestinya anda akan mengisi penuh tub tersebut, mencampurkan cecair sabun dan terhasillah bebuihan yang amat selesa untuk kita merendamkan tubuh badan di dalam tub tersebut. Tetapi harus diingat, pengisian penuh bathtub dengan air boleh meninggalkan impak kepada bil air dan juga poket pembayar bil tersebut.


Jangan mandi di dalam sinki,
melainkan anda masih bayi.

Mandi dengan air panas atau air sejuk? Menurut pendapat sesetengah orang, mandi dengan air sejuk di awal pagi mampu menyegarkan tubuh badan setelah bangkit dari tidur. Mandi dengan air panas pula amat selesa diwaktu pagi yg sejuk, tetapi bakal membuatkan anda lambat ke tempat kerja atau tempat belajar kerana asyik melayan kenikmatan mandi dengan air panas. Mandi dengan air panas sebelum tidur walaubagaimanapun boleh memudahkan kita untuk tidur dengan lena.

Sekian sahaja post penulis untuk kali ini. Selamat mandi dengan jaya. Nak tulis sikit je tadi, termerapu panjang lebar plak. Erk, dah nak Maghrib!

14Feedback(s):