Billboard

Followers

Sunday, December 13, 2009

Public Holiday Outing (11.12.2009)



Semalam ialah hari keputeraan Sultan Selangor, jadi cuti umum bagi rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan. Pagi tu aku tak buat apa pun, duduk rumah, basuh baju, pastu pegi rumah Apeng, tolong dia pilih layout baru untuk blog dia. Petang lepas solat Jumaat, Wan ajak gi jalan-jalan. Walaupun poket semakin nipis, tu semua tak menghalang aku untuk berjalan. Haha...


Destinasi kitorang ialah The Curve Kota Damansara. Aku takde apa pun nak carik, Wan je yg nak bershopping. Turut bersama ialah Adzhar. Misi pertama ialah nak mencari external hard disk untuk Wan. Simpan apa la kat laptop dia sampai penuh. Ish3x... Lepas beli hard disk, jalan-jalan carik baju plak. Dah letih berjalan, perut aku pun dah berbunyi-bunyi. Kitorang gi makan kat sebelah Tesco, ada kedai kecik kat tepi tu. Apa nama ntah, tak berapa nak ingat. Kitorang makan mee tomyam. memang best tomyam dia, sebab memang orang Thailand yang jual. Kaw-kaw jer rasa dia. (ni dah menitik air liur balik bila teringat.) Harga pun murah, kenyang sakan.


Makhluk dari filem Avatar. (yang mana satu?)


Robert Downey Jr. dalam filem Sherlock Holmes


Mee Tomyam.


Sedap hingga menghirup mangkuk.


Panas!


Khusyuk gila makan.

Habis makan kitorang masuk Tesco plak, Wan nak beli baju, dan bekas letak baju. Dia ni kalau shopping bleh mengakibatkan aku terasa nak tercabut kaki. Huhu... Pukul 10 lebih, kitorang keluar dari Tesco. Aku ingat dah nak balik, tiba-tiba singgah KFC pulak. Dah teringin sangat kut. Aku pun mengikut je la. Orang nak belanja kan. Huhu...

Variety Bucket.








Hantu yg bermuka cuak.


Makan sampai tak perasan bala menanti...


Sedar-sedar dah kena sungkup. Cesss!

Orang pun dah tak ramai time kitorang makan tu, selamba badak je amik gambar cam orang gila. Bila perut dah kenyang, mata pun ngantuk, kitorang pun beransur balik...

23Feedback(s):