Billboard

Followers

Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Felda Sungai Klah Trip Part 1

Sabtu, 16 April 2011 (Birthday aku weh!)  :

Perjalanan dimulakan dengan berkumpul kat port lepak kitorang masa duduk kat D'Rimba dulu, Restoran Diana kat Kota Damansara.Kitorang mulakan perjalanan dalam pukul 10.15 malam. Yang naik kereta ada yang dah gerak petangnya. Kami yang naik motor ni seramai 10 orang, terdiri dari Aku, Akbar, Rutet, Zainuddin, Zammuri, Shafiq Sahlan, Apek, Speyos, Pidut dan juga Tontoi. Kitorang jalan waktu malam, sebabnya ada yang ada hal petang tu, lepas tu malam sejuk sikit, selesa la nak bawak motor jauh-jauh. Tak ada la penat sangat kan. Lepas isi minyak, kitorang keluar dari Tol Kota Damansara masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke arah utara.

Tak berapa lama lepas tu, motor Shafiq Sahlan pulak pancit. Baru sampai Rawang. Tinggallah aku, Akbar, Rutet, dan Tontoi membantu. Yang lain-lain dah lepas ke depan, laju sangat. Pidut pulak kejar diorang, dekat 20km baru dapat jumpa balik. Last-last diorang tunggu kat Hentian Tanjung Malim je.

Berbalik kepada kitorang pulak. Masa pancit tu, ada la lagi 8km nak ke hentian Rawang. Tools aku ada, Tontoi pulak ada tiub tayar, boleh la nak ganti. Tapi masalahnya tak ada pam pulak. Jadi nak tak nak kena la jugak bawak motor yang dah kempis tayar tu. Bawak slow-slow, akhirnya sampai jugak.

Agak lama jugak la kitorang kat situ. Mula-mula cadang nak terus letak angin je, sebab tayar tu tubeless sebenarnya. Tiub yang bocor pulak bocor kat sebelah dalam, maknanya bukan sebab ada paku atau benda tajam lain, tapi sebab permukaan sport rim yang calar, lepas tu ada serpihan besi sikit. Tapi pam pulak tak kuat. Angin jenis putus-putus, bukan macam kat kedai motor tu, terus masuk je. Last-last ikut cadangan Tontoi la jugak, guna tiub. Nasib baik ada kertas pasir kat dalam bonet motor aku. Perlu sebab nak gosok kesan calar yang ada besi tajam tu, kalau tak tiub boleh bocor balik.

Yang kiri sekali Tontoi, Aku kat tengah, depan tu Rutet, yang belakang macam tengah mengenang nasib tu Shafiq Sahlan. Akbar tukang ambik gambar.

Gosok

Kitorang siap pun dah pukul 12 lebih. Sampai Tanjung Malim dah dekat pukul 1 pagi. Kesian diorang kena tunggu lama. Lepas isi minyak, kitorang teruskan perjalanan ke Felda Sungai Klah.


Kat hentian rehat Tanjung Malim.

Sebelum sampai Sungai Klah, Apek berpisah dengan kitorang, sebab dia balik Felda Trolak. Dah dekat lagi pun, jadi dia datang esoknya. Kitorang sampai rumah Adli pun dah pukul 2 lebih. Makanan pun dah tersedia, apa lagi kan. Yang dah sampai siang tadi dah siap makan, tengah lepak tengok bola. Ada jugak yang naik kereta gerak tak lama lepas kitorang mula jalan. Tapi diorang sampai dulu la kan. Tak lama lepas tu, kitorang pun ditunjukkan tempat penginapan kitorang. Ada rumah pegawai Felda yang kosong, jadi kitorang tumpang bermalam kat situ. Ramai jugak, habis penuh rumah tu dengan kitorang. Dalam pukul 3.30, aku terlena...

Wednesday, June 9, 2010

Laporan kenduri kahwin akak Shafiq Md Noor

Tu dia tajuk tak boleh blah. Laporan la sangat kan. Punya lah lama baru siap. Ok, taknak bagi alasan, mari kita mulakan penceritaan...

Hari Sabtu, lepas Subuh aku tido balik. Selsema, memang rasa nak pengsan je sepanjang hari. Aku sedar 9.20, Wan Karim hantar SMS suruh bersiap. Selesai urusan penghiasan diri, kitorang semua bergerak ke Felda Trolak Selatan lebih kurang pukul 10.30 pagi. Perjalanan makan masa dalam sejam jugak. Nak keluar highway kat Slim River pulak jam. Semua nak pergi kenduri ke?

Tuan rumah, Shafiq Md Noor

Lepas siap makan, budak-budak yang gerak semalamnya dan awal pagi tu pulak sampai. Diorang singgah rumah Hakim dulu sarapan. Yang datang sekali masa tu Am, Kim, Apek, Meon dan Mozek. Wak ngan Alep pulak, pergi kenduri rumah kawan diorang, dekat Trolak jugak. Haritu ada tiga buah rumah melangsungkan kenduri tak silap aku.

Am ngan Kim.

Md Deham ngan Meri.

Selesai diorang makan, sampai pulak budak-budak TJT. Diorang ni ex-METC. Dah selamat bekerja dengan Malaysia Airlines pun diorang ni. Tapi yang pasti salah seorang not available sebab dah di cop oleh Izan. Hahaha... Selesai semua makan, lepak bawah pokok, berborak sakan.


Ahli mesyuarat bawah pokok.

Ha, kenal  tak siapa ni? Trolak Selatan ni lah tempat beliau membesar. Besar?

Aku, dan Meon yang gelak sakan, dan Alep yang cover macho macam hero B______.
Apasal muka gua macam tu?

Time baca doa pun dok gelak lagi. Salahkan Wak...

Persembahan silat yang berat sebelah?

Pengantin sedang menonton persembahan.

Kitorang memang suka pergi kenduri ramai-ramai macam ni. =D

Credit to Am for the photos... =)

Sunday, March 14, 2010

A trip to Pangkor : Part 3 (27 & 28 February 2010)

Pagi Ahad, 28 February 2010, aku terjaga dari tidur, sebab kaki Wan dah bersilang atas kaki aku. Badan still gatal-gatal, dan badan berpeluh. Aku cek tengok cermin kat toilet, Alhamdulillah, bengkak dah surut. Kalau tak, mesti hari terakhir akan menjadi hari yang tak best, badan bengkak, kena dok dalam dorm je la. Pagi tu, lepas solat Subuh, aku pergi ke tapak khemah. Ada pagi-pagi lagi dah buat air, ada yang tido balik, ada yang siap sedia nak main air. Ayam malam semalam pun still ada lagi untuk di buat breakfast. Budak-budak yang dalam dorm pulak pakat buat maggie dalam bekas tupperware besar, makan secara berjemaah.


Monday, March 8, 2010

A trip to Pangkor : Part 2 (27 & 28 February 2010)

Setelah seharian bermain sakan, perut pun mula rasa lapar. Lepas mandi, dan solat, kitorang menuju ke kantin. Makan malam disediakan oleh pihak kem D'Rimba. Makanan ok la jugak, tapi macam tak berapa berbaloi dengan kos. Takpe la, mungkin sebab tempat pelancongan kut. 

Beratur menunggu giliran.

Friday, March 5, 2010

A trip to Pangkor : Part 1 (27 & 28 February 2010)

Allright, lepas dapat YM dengan Mrs. AcancapiX, baru la semangat nak menulis terkinja-kinja datang. (Sebenarnya sebab dia tanya mana post baru. Huhu...). 

Kitorang berkumpul kat tempat yang selalu kitorang naik bas untuk ke METC tu lebih kurang pukul 12 tengah malam. Time ni memang riuh la. Semua orang nak berborak, padahal hari-hari jumpa. (Aku pun sama je.). Sinar-sinar happening tu dah nampak dah. Ada jugak yang meniaga. Amal dengan Md. Deham buat collaboration meniaga hot dog pulak. Memang bersemangat keusahawanan la meraka ni... Sebelum bergerak, ada taklimat oleh organizer Nur'Adli dan bacaan doa oleh Hilmi serta sedikit pesanan ringkas oleh warden Azmi. Bas bergerak dalam pukul 12.45 pagi.

Sebelum berlepas.
Dari kiri: Aku, Amal, Aliapeng, Mat Yie dan Adli.

Monday, March 1, 2010

A trip to Pangkor : Teaser

Alhamdulillah, trip ke Pulau Pangkor berjaya tanpa ada sebarangan kemalangan jiwa. Memeng satu trip yang menyeronokkan bagi aku. Dan sangat meriah. Banyak benda aku nak kongsikan dengan pembaca sekalian, tapi gambar banyak lagi aku tak ambik kat budak-budak ni. Bayangkanlah, pergi 70 orang, kalau separuh ada handphone yang ada kamera, dah 35 orang punya gambar aku nak pergi ambik, belum kira yang pakai kamera digital, dslr dan compact. Kalau purata sorang ada seratus gambar, dah 3500 gambar. Tu belum kira nak edit lagi, nak upload kang internet pulak satu hal. Kadang-kadang laju, kadang-kadang setengah hari pun tak dapat nak upload 10 gambar. Ok, itu semua alasan. Haha... Anyway, tunggu update aku yang seterusnya nanti. Sebelum tu, aku hidangkan sedikit gambar pembuka selera...

Menuju ke pulau


Di tepian pantai diwaktu pagi. (Aku tak pendek, sweater tu yang buat aku nampak kerdil.)


Sebelum pulang, bergambar kenangan

Sun tanned. Nampak hot you!
(I suka la kaler kulit ni. Nak kekalkan boleh tak Mrs.Acancapix?)

Ok, sekian, gua nak ke toilet...

Saturday, January 9, 2010

Trolak-Manjung Trip (1-3 Jan 2010) Part 2


Kami tahu kami hensem.

Bangun pagi dengan misi untuk ke rumah Meon. Plan nak gerak pukul 9, jadi ada masa lagi, sempat tengok movie dulu. Cerita Momok the Movie. Habis tengok, mandi dan bersiap, Am pun sampai. Lepas makan sarapan, perjalanan pun bermula. Macam biasa, sepanjang perjalanan akan dipenuhi dengan upacara kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat, mencarut mengarut, mengilai dan segala benda yang lagha. Tolong jangan contohi kami.

Friday, January 8, 2010

Trolak-Manjung Trip (1-3 Jan 2010) Part 1






Tahun baru bermula dengan perjalanan aku ke Perak. Dari Seremban, aku naik KTM Komuter pergi KL Central. Selalu aku naik bas je pergi KL, tapi hari ni saja menggatal nak naik komuter. Sekali ramai orang, bersesak-sesak, baru padan muka. Nasib la aku dari Seremban, so awal-awal lagi aku dapat duduk. Haha... Sesampainya aku kat KL Central, aku berjalan-jalan sekejap beli barang kat Guardian, beli shaver, hair wax dengan lip balm Mentholatum for men. Lepas tu, aku naik Putra LRT, pergi Pasar Seni, sebab nak ambik bas ke Tanjung Malim kat Hentian Pudu. On the way nak ke Pudu tu aku lalu Petaling Street, hajat di hati nak beli sunglass, sebab sunglass aku hilang masa tengok drift kat Serdang hari tu. Tengok punya tengok, tak ada yang berkenan, aku teruskan berjalan ke Pudu. Sebelum tu sempat la melilau cari kedai spek, beli contact lens yg berharga RM50 sepasang. Save RM10, selalu aku beli RM60.

Monday, September 7, 2009

Letih...

Harini pukul 11 baru aku bgn. Punya la letih berjalan bulan puasa ni. Berjalan? Aku g mne? Sebenarnya bermula dgn satu tujuan murni, berbuka puasa kat rmh Azri Hakim, tp melalut2 smpai g Teluk Intan. Huhu... Tp dalam suka2 tu, ada pulak yg ditimpa musibah. Hanis a.k.a Karim telah mengalami kemalangan. Jap lg nk g tgk. Pape pun, nnt aku uppdate blk complete journey tu nnt. Sebagai pembuka selera, aku hidangkan sket gmbr2 time kat sana...
Antara hidangan yg disediakan