Billboard

Followers

Sunday, March 14, 2010

A trip to Pangkor : Part 3 (27 & 28 February 2010)

Pagi Ahad, 28 February 2010, aku terjaga dari tidur, sebab kaki Wan dah bersilang atas kaki aku. Badan still gatal-gatal, dan badan berpeluh. Aku cek tengok cermin kat toilet, Alhamdulillah, bengkak dah surut. Kalau tak, mesti hari terakhir akan menjadi hari yang tak best, badan bengkak, kena dok dalam dorm je la. Pagi tu, lepas solat Subuh, aku pergi ke tapak khemah. Ada pagi-pagi lagi dah buat air, ada yang tido balik, ada yang siap sedia nak main air. Ayam malam semalam pun still ada lagi untuk di buat breakfast. Budak-budak yang dalam dorm pulak pakat buat maggie dalam bekas tupperware besar, makan secara berjemaah.




Aku pulak, lepak tepi pantai, sambil ambik gambar serba sedikit. Tapi takde la pakai kamera DSLR macam Aliapeng tu, hatta kamera digital pun takde. Pakai kamera phone W810i tu je. Tapi best la kamera phone ni, sebab gambar still cantik walaupun hanya beresolusi 2 megapixel. Satu yang best pasal waktu pagi macam ni, combination warna langit akibat transition dari malam ke siang menghasilkan cahaya kebiru-biruan yang cantik.

Batut jadi model aku.

Cute?

Muka toya baru bangun tido. Haha... Kelihatan Aliapeng, Anoi dan Meri di situ.

Dalam pada tu, Adzhar dan Wan Karim pergi ke tempat snorkeling untuk panggil dia datang ambik kiorang guna bot. Ramai jugak yang pergi snorkeling tu. Tak mahal, cuma RM10 je. Yang tak pergi snorkeling main tanam-tanam.

Dah macam kepala kena penggal aku tengok...

Antara yang menghadiri sesi snorkeling.

Hampir suku dari jomlah yang snorkeling adalah terdiri dari budak-budak METC. Haha...

Ni pemandangan dalam air. Kamera Sap kalis air woo...

Ikromi dah jadi duyung. Jangan marah nooo... =p

Kitorang abis snorkeling dalam pukul 10.30 pagi. Not bad la. Tapi air cetek sangat, sampai keruh jadinya. Tak nampak jelas sangat dalam air. Lagi satu, kecetekan air membuatkan batu-batu karang seolah-olah timbul dari laut. Ada yang boleh berjalan dari pantai tempat kitorang bermalam tu, sampai ke pulau yang ada kat gambar first entry ni.

Selesai membersihkan diri, kena kemas tempat penginapan pulak. Mana-mana yang tido dalam khemah kena lipat khemah, yang kat dorm kena kemas barang je la. Senang kut. Erm dari pagi tak nampak Adli. Mana dia? Tido kat dorm sampai pukul 10. Letih wo jadi organizer. Pape pun, memang puas hati jugak la. Lepas siap berkemas, ada lagi briefing untuk perjalanan pulang. Lepas briefing, sementara menunggu teksi, kitorang ambik gambar kat tepi pantai dulu.

Meon, awat hang tunggik sangat?

Ni sebahagian je ni. Yang lain dah tak larat nak bergambar.

Teksi yang kitorang naik masa datang haritu tak nampak bayang pun. Mungkin sebab ramai yang angkut kaum India tu kut. Lagipun tempat kitorang macam jauh ke dalam, so diorang prefer untuk ambil orang yang dekat dengan jeti je la rasanya. Last-last kitorang naik bas mini je. Aku antara 30 orang yang terawal naik bas. Lagi 40 orang tunggu dulu. Time ni, jalan jam kat kebanyakan kawasan kat pulau ni, sebab ada perarakan oleh kaum India yang beragama Hindu. Tak habis lagi rupanya. Ingatkan semalam je dah siap. Sepanjang perjalanan, boleh la nampak diorang tengah perform kavadi macam kat Batu Caves time Thaipusam haritu.

Sampai jeti, kitorang mengalami peristiwa yang sama masa datang haritu. Punya la ramai orang. Dengan panasnya, bersesak-sesak macam tu, peluh meleleh-leleh keluar. Kaki pun lembik jadinya, dengan bawak beg camping besar gedabak aku tu. Dah beg besar, macam-macam pulak aku letak dalam tu, last-last baju banyak yang tak pakai. Buat letih je. Huhu... Tapi bila masuk dalam bot/feri/tongkang/kapal (sampai sekarang aku tak tau nak panggil apa benda ni), aircon dia memang sejuk. Lega satu badan. Lama jugak aku lepak dalam tu, lepas tu aku keluar pulak, duduk kat deck. Baru la dapat rasa angin sepoi-sepoi bahasa laut pulak. 


Ni kat deck depan. Dari kiri,Wan Shah, Piji ngan Yan.

Ni kat deck belakang, dengan Adi.

Sampai jeti, mencarik kedai air. Gila kering tekak. 100 plus setin sekali tuang habis. Lepas tu,kitorang solat Zohor dulu. Perut pulak bunyi-bunyi lepas tu. Carik kedai makan pulak. Aku makan nasi ayam dengan ABC. Gila kenyang. Lepas makan, kitorang tunggu bas kat tempat yang kitorang turun hari sebelumnya. Kat sini bersepah beg-beg ngan barang kitorang. Md Deham sempat lagi meniaga hot dog. Ntah bila masa dia buat pun tak tau. Berjiwa usahawan sungguh dia ni.

Muka muka letih...

Tokey berjaya dan bergaya.

Masuk bas, baru jalan sikit, sume lelap. Bas pun sunyi jer. Memang lena diulit mimpi la semua. 


Kitorang berhenti kat hentian rehat Ulu Bernam untuk makan malam dan solat Maghrib. Pukul 8 malam, bas sambung jalan sampai la ke Kota Damansara balik. Berakhirlah satu percutian beramai-ramai yang menyeronokkan. Tapi esoknya dah nak ke kelas. Memang azab la nak tahan ngantuk dalam kelas. Takcaya tengok la...


Ni la hasilnya...

Sekian, tamatlah hikayat A trip to Pangkor. Pemalas gila aku nak menulis. Ye la kan, sekarang musim budak-budak U nak exam la, nak mid term la, banyak lah lagi aktiviti diorang. jadi kurang sikit feedback. Bila kurang feedback, malas la aku nak tulis. Hehe... Alasan tak boleh blah kan?

29Feedback(s):