Billboard

Followers

Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Mobile blogging

Ini saje nak test, blogging dari phone. App Blogger boleh didapati di Google Play. Phone aku kecik, so aku rasa mcm x puas je blogging dalam ni. Sempit. Ruang fikiran pun jadi sempit. Ok merepek.

Aku nak bersiap, jap lagi nak ke Johor Bahru. JB aku datang!

Thursday, March 28, 2013

Gambar yang hilang.

Kalau korang perasan, ada beberapa post dalam blog ni, kebanyakannya yang dari penghujung 2011 ke 2012 tak ada gambar. Sebabnya aku hosting guna gambar kat Facebook aku je. Malas nak upload banyak-bayak kali. Jadi link kat gambar tu, paste url jadi la keluar gambar kat muka blog ni.

Masalahnya, url address mungkin dah berubah dengan tingkat taraf Facebook. Jadi tinggal lah post yang tak ada gambar, broken link katanya. Nak cari balik gambar nak upload balik memang tak la kan. Haha. Jadinya, biarlah yang tak bergambar tu macam tu. Bukan best sangat pun gambar aku ambik. Muahaha.

Oh, semenjak dua menjak ni semangat nak menulis datang balik. Konsistenkah? Malas nak janji. Okbai.

Monday, September 10, 2012

Kasihan

Lama dah aku tak menulis kat sini. Kesian blog ni. Kalaulah blog ni umpama sebuah rak, dengan segala post dalam ni sebagai bukunya, nescaya penuh berhabuk dan bersawang dah. Buku dah naik mereput, tinggal nak  makan anai-anai. Eleh macam la lama sangat tak menulis. Jomlah sarapan jap.

Saturday, February 25, 2012

Buku baru

Lamanya tak menulis. Kekok pulak rasa. Nak menaip pun tersasul guna bahasa sms, bahasa komen kat Facebook, jenis tulis singkatan-singkatan je. Dah menulis blog ni, takkan malas jugak nak menaip. Ruang terbentang luas untuk diisi dengan kata-kata, tapi dek kerana tak ada idea dan yang sebetulnya MALAS, jadi tak ada la apa-apa untuk ditulis. Cerita hidup, masih sama. Setakat ni tak ada event besar-besar, tak ada aktiviti jalan-jalan, jadi life as normal as it is, atau senang cakap plain je. Tak ada corak-corak.

Pasal study, masih lagi dalam tempoh praktikal. Tapi masuk tahun kelima ni, dah mula belajar tahap yang lebih tinggi. Kena lebih melibatkan diri dan tak segan silu bertanya engineer. Dah nama pun apprentice, kena la jadikan engineer tu macam mentor. Sekarang nak raise paperwork pun dah tak rasa janggal, nak cari manual pun tak ada la tercangak-cangak macam dulu. 

Tapi kalau nak kira, progress aku dah lag behind sikit, sebab MALAS. Ye, sifat ni harus dibuang jauh-jauh. Ada ilmu, ada pengetahuan, ada minda yang bagus, tapi malas nak amal, malas nak usaha, jadi sia-sia jugak. Hopefully dalam tahun ni dapat la selesaikan apa-apa lagi yang tinggal.

Sekian sahaja luahan perasaan dan muhasabah diri sendiri. ;-)