Billboard

Followers

Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Kenduri Kahwin Amir Pomen dan Nadia Aley

Ok, ni cerita Ahad lepas. Biasa la delay kan. Busy. Haha. Kenduri bertempat di Tampin, Negeri Sembilan. Dekat nak 20 orang jugak rasanya yang join. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik berjalan lancar, cumanya waktu balik hujan lebat mencurah-curah, memang habis basah kuyup. Apa pun, layan gambar je la k.





Ehem3x... Moto pinjam je pun. Huhu...
Oh ye, esok aku exam. Wish me luck!

Friday, May 27, 2011

Kenduri Tahlil

Semalam (26 Mei 2011) telah diadakan satu majlis kenduri tahlil untuk arwah bapa Mohamad Syafik bin Nordin yang telah pulang ke ramatullah minggu lalu. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Allahyarham. Al-Fatihah.

Jom kita tengok sikit gotong royong kitorang satu batch.

Mula-mula kerja potong bawang dan sediakan bahan. Juadahnya ialah nasi goreng kampung.


Sesi memasak pulak.


Majlis bermula. Ramai kan?

Tengok je la motor-motor yang banyak ni.

Sampai tak muat rumah, kena duduk luar.

Dah selesai semua, makan la apa lagi.

Sampai tersandar kekenyangan. =p

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga lain kali ada lagi majlis macam ni. Bacaan Yaasin tiap-tiap sebulan sekali ke, ok jugak kan. Lagi pun sekarang ni dah jarang jumpa antara kelas-kelas yang lain. Kerja kat lain-lain tempat. Kadang-kadang kerja satu kapal pun boleh tak jumpa. Jadi dengan adanya aktiviti macam ni boleh la mengeratkan silaturrahim sesama ahli batch, disamping memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Amacam, stail tak ayat?


Monday, May 9, 2011

Bila balik kampung ada kenduri lepas tu member pun ramai

Sekarang aku masih kat Serting. Cuti sampai esok, tapi maybe petang ni balik Subang la kut. Esok boleh relax sehari kat rumah. Semalam ada kenduri kahwin. Member sebaya, jiran belakang rumah. Ish, member dah makin ramai kawin. Aku bila lagi? Hahaha...

Anyway, memang happening la. Tambahan pulak kawan-kawan sepermainan time kecik-kecik dulu ada jugak. Malam sebelum kenduri lepak berborak sampai pukul 2.30 pagi. Hari kenduri pulak kitorang tolong basuh pinggan. Senang sikit kerja, duduk bawah khemah, tak ada la kena panas. Kerja pun tak letih sangat. Mengelat je bunyi kan? Tapi tuan rumah dah ada orang lain untuk buat kerja-kerja hantar lauk, serve dan angkut pinggan. Jadi tinggal la kerja basuh pinggan. Jangan main-main. Banyak kemain. Dari pukul 12 sampai pukul 2 non-stop.

Lagi satu, nak kata aku jarang balik, tak ada la sangat. Boleh kata tiap-tiap bulan aku balik. Tapi jenis balik kampung duduk rumah, kalau keluar pun pergi rumah member. Sampaikan time menolong kat kenduri tu, orang pelik tanya aku siapa. Adeh, lain sangat ke muka aku? Siap kata "ingatkan budak cina mana la tadi". Tak pe la, raya tahun ni nanti saya pergi la rumah acik-acik semua ea. Haha.

Ni gambar sikit masa kenduri semalam.

Geng basuh pinggan

Antara jemputan yang hadir

Tahniah kepada Hisyam dan pasangannya. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. =)

Apa lagi nak bebel? Cukup la kut. Kepala pening-pening pulak. Kena tido jap ni, kang petang nak balik.

Wednesday, April 20, 2011

Felda Sungai Klah Trip Part 2

Ahad, 17 April 2011: 

Aku tersedar pukul 6 pagi. Riuh rendah suara geng tengok bola balik rumah tu. Tapi malas-malas lagi nak bangun. Letih malam tadi tak hilang lagi. dah pukul 6.30 baru aku bangun solat. Lepas tu tengok luar, cuaca cantik je, jalan-jalan pun best. Terus aku mandi, siap hensem-hensem, ajak beberapa orang yang tak tido balik lepas solat jalan-jalan pusing kampung. Best!

Terbongkang

Jalan pagi

Balik dari jalan-jalan, kitorang lepak borak-borak depan rumah tempat penginapan kitorang tu. Planning lepas ni nak pergi mandi air panas ke mandi sungai. Haish, ni nak pergi kenduri ke apa ni? Bukan apa, tak selalu datang sini. Lagi pun, family Adli gunakan khidmat katering, tak ada la rewang-rewang. Kenduri pun lambat lagi. Lepas buat keputusan, kitorang sebulat suara memilih untuk mandi air panas kat Sg Klah Hot Spring. Sebelum tu, pergi makan sarapan dulu kat rumah Adli. Alep dan Jas pun sampai pagi tu. Diorang berdua je yang naik motor gerak hari Ahad. 

Mesyuarat kat tempat penginapan.

Salah seorang photographer, Ali Apeng.

Kitorang sampai Sg Klah Hot Spring dalam pukul 10.30. Dengan matahari dah mula naik, pergi mandi air panas. Memang tak jadi apa. Kejap je kitorang mandi situ, last-last pergi kolam air sejuk pulak. Best jugak la kolamnya. Besar, siap ada gelongsor lagi. Dah lama tak jadi budak-budak. Apa lagi, buat keretapi la main gelongsor. Lepas dah penat mandi, kitorang merebus telur kat kolam air panas pulak. Kolam kat sini terbahagi kepada beberapa bahagian. Yang kitorang mandi sebelum tu tak panas sangat. Yang rebus telur ni pulak suhu dia cecah 90 ke 100°c la jugak. Kalau mandi silap-silap masak daging kat badan.

Sakan main air

Weeee!!!

Dah habis mandi tu, baru la kitorang balik ke tempat penginapan, bersiap-siap untuk ke majlis kenduri. Sampai sana, ramai kawan-kawan yang baru datang dari Subang dah ada kat sana. Siap dah makan lagi. Total yang datang kenduri kahwin kakak Adli ni lebih 50 orang. Meriah kan?

Gambar kenangan bersama pengantin

Lepas tu, kitorang pun bersiap-siap la untuk balik. Tapi, belum nak balik Subang terus. Kitorang nak singgah rumah kawan kitorang, Todd kat Felda Soeharto, Selangor. Dia terlibat dalam kemalangan baru-baru ni. Alang-alang dah berjalan tu, singgah la dulu kan. Yang naik kereta gerak lambat sikit kut. Kitorang yang naik motor ni gerak dulu. Shafiq Sahlan, Zainuddin dan Zammuri pulak ada hal, jadi diorang gerak balik terus ke Subang. Tinggallah kami berlapan naik motor, termasuk Alep dan Jas. Apek yang datang sekali semalam pun balik lewat sikit.

Isi minyak kat Sungkai.

Masa kitorang ampai rumah Todd, yang naik kereta semuanya dah sampai. Masing-masing tengah melantak mihun goreng dengan air oren yang family Todd sediakan. Tengok je la gambar bawah ni, betapa meriahnya suasana kat rumah Todd. Parents dia pun happy je bila kitorang datang. Todd yang sebelum ni murung dah boleh la senyum bila kawan datang ramai-ramai camni. Kitorang doakan ko cepat sihat semula Todd. :-)

Sesak

Gambar kenangan sebelum balik.

Semuanya gerak balik dalam pukul 5 petang. Alhamdulillah, perjalanan balik lancar tanpa sebarang masalah. Hujan jugak la masa balik, tapi renyai-renyai, tu pun sekejap je. Apa pun, memang one of the best trip ever. Thanks a lot untuk family Adli, family Todd, tak dilupakan juga Alif Saad, Syuk Yassin dan juga Fakhrul Tahfiz a.k.a. Timun untuk gambar-gambar dalam blog ni. Sekian...

p/s : aku exam esok. doakan kejayaan aku ea... =)

Wednesday, March 23, 2011

Ride to Segamat : Day 2

Sambung lagi kisah perjalanan kitorang. Bangun pagi kat rumah Cuki, solat subuh, pastu sempat pulak layan cerita Reaper kat channel AXN. Dah habis tu, akak Cuki pulak dah sedia kan sarapan, apa lagi, makan dulu. Lepas bersalam-salaman dengan tuan rumah, kitorang ke rumah Rutet pulak untuk ambik barang, mandi dan bersiap-siap untuk balik ke Subang. Tapi alang-alang dah sampai Segamat tu, aku ajak diorang semua singgah rumah aku kat Felda Serting Hilir, Negeri Sembilan. Kira-kira sejam perjalanan jugaklah dari Segamat. Bukan apa, saja nak kenalkan kawan-kawan aku kat ibu.

Kitorang keluar dari Felda Pemanis dalam pukul 9.30. Lepas tu kitorang tunggu Kiro dan Zik dari Felda Maokil, Labis. Tak jauh sangat pun dari Segamat, tapi on the way nak ke simpang masuk ke Felda Pemanis tu, hujan turun, so diorang berhenti berteduh dulu. Diorang sampai dalam pukul 10, pastu kitorang gerak sama-sama. Lalu jalan lama, agak mencabar jugak la, dengan bukit, kereta banyak, jalan tak berapa elok. Ada la satu motor tu, tak boleh bawak slow, kalau tak minyak makan banyak. Pelik sungguh.

Sampai rumah aku dalam pukul 11.30 pagi. Lepas kenalkan parents aku, kitorang berehat kejap sementara ibu masak gulai lemak cili api ikan parang, pucuk paku tumis dengan sambal bilis. Baru jalan sikit perut dah lapar, laju je diorang makan. Tapi sambil makan dengar bunyi hissss... macam tahan pedas. Ibu tanya "Pedas ke? Ni tak pedas sangat macam biasa mak cik masak". Baru aku perasan, pedas jugak ibu masak. Mungkin sebab aku dah biasa kut, tak rasa sangat. Huhu...

Lepas makan, masing-masing sambung berehat lagi. Ada yang tido, tengok TV, pastu si Kiro boleh pulak nak tukar sproket. Ada jugak la kedai bukak hari Ahad tu. Aku dah malas nak kotorkan tangan. Ikromi pun sempat la pasang side mirror dia. Ayah aku tolong potong sikit coverset sebab tak muat. Mungkin sebab bukan coverset ori, ukuran dah lain sikit.

Ambik gambar kenangan sebelum balik. Thanks to my sister Athirah for this pic. Pandai gak ko amik gambar. Ngeh3x...
(Dari kiri: Jack, Rutet, Apek, Aku, Ikromi, Kiro, Zik dan Zaki.)

Lepas bersalam-salaman, kitorang mulakan perjalanan pulang dalam pukul 3.30. Masa ni, Jack pun ada sebab kebetulan dia kat Serting, so aku ajak dia balik sekali. jack ni pun kawan-kawan kitorang jugak, belajar sama-sama. Kali ni singgah Bahau dulu, sebab Jack nak ambik spek mata baru. Tapi hujan mula turun renyai-renyai. Jalan pun jem je dari bahau sampai ke Bukit Putus. Kitorang singgah isi minyak kat Petronas Lavender Height, Senawang. Jumpa pulak Bezit, yang jugak kawan kitorang. Sekarang perjalanan balik dah ada 9 orang. Masuk highway, sama je perginya. Ingatkan boleh la nak bawak laju sikit, tapi jem sampai ke Nilai. Lepas tu baru la ok sikit jalan.

Kitorang berhenti lagi kat RnR Dengkil untuk isi minyak dan solat Maghrib. Tapi yang tak bestnya, keluar je RnR terus hujan lebat sampai ke Subang. Masa ni dah terpisah dah kitorang. Ada yang berhenti, ada yang terus memecut laju. Aku baju hujan pun tak ada, redah je la. Tunduk sikit, takde la sakit sangat kena hujan. Huhu. Sampai rumah pukul 9, basuh baju, online kejap, terus tido...

Aik, apasal satu gambar je? Aku lupa nak ambik gambar masa hari kedua ni. Rugi, rugi...

Tuesday, March 22, 2011

Ride to Segamat : Day 1

Perjalanan bermula di pagi Sabtu 19hb March 2011 yang dingin dan redup. Risau jugak musim-musim hujan ni, dah la nak jalan jauh. Kitorang berkumpul dekat Restoran Arafah, dekat dengan rumah aku. Ride yang disertai oleh aku, Zaki, Rutet, Ikromi dan Apek ni mula meninggalkan perkarangan Restoran Arafah dalam pukul 8 pagi. Perjalanan dengan purata kelajuan 130km/j secara keseluruhannya mengambil masa 3 jam Tapi bila campur dengan berhenti isi minyak, terlepas exit highway, trafik light dan sebagainya jadi la 4 jam. Sampai rumah Rutet yang juga satu kampung dengan Cuki, iaitu adik kepada pengantin yang kitorang nak pergi kenduri ni. Cuki ni pun satu batch dengan kitorang. Lagi satu, Cuki dan rakan-rakan dia la yang buat hantaran. Kalau nak buat tempahan boleh tengok kat blog diorang, Chermin-Arts.

Sampai dalam pukul 12, kitorang rehat sekejap kat rumah Rutet. Bila dah makin lapar, pergi rumah Cuki pulak, makan kenduri. Teruk perangai.

Melantak je keje. Abis makan nasi makan kek pulak.

Yang kiri tu Cuki, pastu akak dia, ngan abang ipar dia.

Macam tengah alter pelamin pulak gaya.

Kitorang rasmi dulu.

Yang ni dengan parents pengantin pulak.

Lepas tu, nak tunggu turn pengantin bersanding lambat lagi. Mata pun dah kuyu je masing-masing. Nak dok luar panas. Last sekali bilik Cuki jadi mangsa tuk kitorang lelapkan mata. Tak senonoh kan, tido kat rumah orang kenduri...

Punya la terbongkang tido.

Bila sampai turn nak ambik gambar, sume muka ngantuk je. Hahaha...

Lepas dah ambik gambar, Rutet ajak kitorang pergi kenduri rumah kawan dia pulak. Kawan dia yang kawin. Nama Fatin ke apa ntah. Datang je terus masuk rumah ambik gambar ngan pengantin. Pelik je rasa. Dah la tak kenal. Lantak, janji boleh ambik gambar.


Lepas tu, kitorang balik ke rumah Rutet. Kat sebelah rumah dia pun ada kenduri, tapi kecil-kecilan je la. Jiran dia ada majlis akad nikah. Kitorang yang lain dah penat, so decide stay je kat rumah Rutet. Dia sorang je yang pergi. Yang lain, ada yang tido, aku pulak bukak motor, tukar minyak hitam, Zaki pulak basuh motor. Dah petang sikit, dalam pukul 6 kitorang jalan-jalan pusing Felda Pemanis. Aku tengok awek kat sini manis-manis belaka. Mungkin sebab dah nama Felda pun Pemanis ye tak? (Tapi you lagi manis la Mrs Acancapix. Ngeeee...).

Best jalan-jalan petang naik moto ni, boleh tengok ragam orang, tengok pemandangan indah, carikan jodoh untuk Zaki, ops...

Ni la rumah rutet.

Malamnya kitorang ke rumah Cuki balik. Hajat nak tolong kemas apa yang patut, tapi dah siap kemas dah pun. Kitorang tolong habiskan makanan je la. Lepas tu lepak tengok tv, cerita Mission Imposible 3. Ingatkan nak balik rumah Rutet balik, tapi memandangkan ramai yang dah terbongkang depan tv. Aku pun mula-mula ingat nak ke rumah Rutet balik, sebab bekas contact lens ada kat sana. Tapi Cuki ada bekas contact lens extra, sudahnya kitorang tido situ je la.

Sangat letih you all...

Bila aku tengok balik gambar ni rasa letih pulak, esok la aku sambung day 2 punya. Chow...

Sunday, June 20, 2010

Laporan kenduri kahwin akak Meon

Tafi tengah hari aku pergi kenduri kahwin kakak Meon. Kenduri ni untuk upacara menyambut menantu bagi pihak pengantin lelaki. Lokasi kat Ampang. Tu pun dah hujun-hujung Ampang. Jauh jugak weh. Kematu punggung atas motor, dah la panas. Aku menumpang motor Rutet. Total semua 11 orang dengan 7 motor. Kitorang berkumpul dekat Shell Kota Damansara sebelah McD, then gerak sama-sama dari situ.




Kitorang sampai, pengantin dah tiba. Punya la ramai orang. Kenduri kat kawasan rumah pangsa, so kena la jemput semua orang. Dengan saudara mara lagi, memang ramai. Sampai tak ada tempat duduk. 


Sebab orang still ramai dan perut pun dah lapar, ambik nasik, makan kat tempat parking motor dalam kawasan pangsapuri tu. Bab makanan memang best. Biasa la nasik minyak dan lauk-pauk kenduri. Tambahan ada ABC, mee kari, laksa dan rojak buah. Akak yang cedok nasik tu boleh bagi banyak sangat pulak, sampai aku tak larat nak makan yang lain-lain tu. Aku makan rojak buah je, pastu surrender.








Sebab kali ni kenduri untuk pihak pengantin lelaki, kitorang takde la nak pergi ambik gambar sekali dengan pengantin. Segan kut nak mintak. Huhu... Kitorang balik dalam pukul 2.30 petang, sebab nampak tanda-tanda mendung macam nak hujan. Risau jugak kalau-kalau peristiwa ribut Ahad lepas berulang balik. Sampai Kota Damansara elok cuaca terang benderang, panas sampai ke malam. Aku menaip ni pun basah berpeluh tapak tangan.

Pengantin dengan family pihak lelaki.

Okey, sekian sahaja laporan kenduri kahwin kali ni. Huh, dah banyak kenduri kahwin dah aku pergi. Ada tanda-tanda nak kahwin cepat tak agak-agak?