Billboard

Followers

Sunday, October 31, 2010

Di hari Ahad yang damai

Kaki sakit2 lagi sebab eksiden. Huh, eksiden lagi. Nak kena mandi bunga ke hape ni? Jalan pun terdengkot-dengkot. Nasib badan. Semalam satu hari tido je, nak kasi luka cepat kering kononnya. Sudahnya, malam tadi tak boleh tido pulak, sampai la ke pagi. Eh, harini macam best je kalau gi dating, tapi kaki sakit plak. Camne?

Apa kata pegi dating tapi tak payah jalan-jalan. Jimat tenaga sikit ye tak?

Saturday, October 9, 2010

Lentang Terlentang

Berikutan konvoi ke Sungai Gabai yang tak menjadi lepas pergi rumah Mimi hari tu, hari Ahad, 3hb Oktober 2010 aku ke Hutan Lipur Lentang, dekat highway Karak tu ha. Asalnya function Mozek dengan geng-geng bisnes dia, tapi sebab tak ada geng nak naik motor, dia ajak aku. Siap ditabur janji-janji manis ada awek-awek turut serta. Siot je. Ingat aku bermata keranjang? Main bola keranjang pun tak reti. Awek pun berapa kerat je. Jantan ramai la. Tapi aku ikut bukan atas dasar nak mandi sungai, apatah lagi nak mengusha awek. Aku gian nak berkonvoi. Semenjak ke Melaka minggu lepas, rasa gian je nak ride jauh-jauh. Kalau duduk rumah je hari cuti mau tepu dek tido ngan tengok tv je.

Tapi tak kan la aku sorang je kan. Dah la tak kenal kawan-kawan Mozek, tambahan pulak aku ni pemalu, macam mana aku nak bersosial dengan diorang. So aku dah mempelawa beberapa orang rakan untuk turut serta. Antaranya Tontoi, Speyos, Rutet, Zaki dan beberapa orang lagi. Sorry la kat sapa-sapa yang aku terlupa. Mozek pun message time tengah malam. Akhirnya, dapat la jugak 5 orang. Mozek, aku, Rutet bawak Md Deham, dan jugak Zaki. Kitorang berkumpul kat Restoran Arafah dulu sebelum mula bergerak pukul 8 pagi.

Kitorang singgah Kota Damansara dulu, isi minyak dan beli makanan untuk lunch. Perjalanan pergi agak lancar, dengan cuaca baik. Tak ada tanda-tanda macam hari nak hujan. Sebelum masuk highway, kitorang berhenti kat tol Highway Karak untuk tunggu lagi seorang kawan Mozek. Dari sana, kitorang gerak sama-sama then singgah kejap kat Hentian Rehat Genting Sempah. Minum dulu, isi perut yang lapar.

Dalam perjalanan dari Genting Sempah ke Hutan Lipur Lentang tu, motor Zaki ditimpa masalah. Skru yang mengikat karburetor ke manifold hilang. Mula-mula syak macam ada orang bukak. Tapi macam mustahil la pulak sebab memang susah nak bukak skru tu kalau tak bukak cover set. Kitorang tunda motor Zaki sampai ke tempat mandi tu, lepas tu bukak motor dia. Kebetulan aku bawak cable tie, so dapat la jugak buat pengikat sambungan karburetor ke manifold tu. Lepas settle semua, baru la ada semangat nak mandi.

Asal boleh je ni.
Tu dia bertambat sana sini.

Aku tak tau berapa ramai orang yang ada. Tapi memang ramai la. Aku ni jenis kalau sekali ramai-ramai memang tak bertegur la sudahnya. Segan. Tapi kalau kenal dalam grup yang kecik boleh lagi aku nak try borak. Apa pun, kitorang mandi je la. Aku masuk tak sampai 15 minit dah keluar. Tak tahan sejuk la, kulit nipis. Aku duduk atas je, tengok orang mandi, sambil ambik gambar orang buat stunt terjun-terjun. Layankan aje gambar-gambar kat bawah ni.




 Jambatan gantung. Best main lompat-lompat.

 Saloon rambut.

Kalau gua amik mesti lagi hensem gambar ni.



 Perbincangan nak tekel awek yang mana satu.

Flying kick. Power mamat yang ambik gambar nih.

Lepas tension sebab karburetor tercabut.

Lompatan berduet.

Kitorang gerak balik dalam pukul 1. Singgah dulu kat Genting Sempah sekali lagi untuk menunaikan solat Zohor, lepas tu sambung balik perjalanan. Masa balik ni memang best sebab turun bukit. Tapi cuak jugak la, sebab aku tak biasa dengan jalan ni. Dah la banyak selekoh. Apa pun, memang best layan lap. Cuma tak berani nak corner sampai cecah lutut. Pakai baju biasa je, kut terseret lutut, mau beralih tempurung lutut. Zaki dalam rosak-rosak motor dia tu boleh pulak lari sampai 140km/h.







Sampai Subang, kitorang singgah minum cendol kat Gerai Cendol/Laksa Jitra Mai cawangan Subang Perdana. Bukan calang-calang Jitra Mai ni, banyak gak cawangan diorang ni. Lepas pekena cendol pulut, masing-masing beransur pulang. Aku pulak teman Zaki pergi bengkel motor untuk menggantikan balik skru yang hilang tu. Sekian sahaja paparan hujung minggu aku untuk minggu lepas.

 Muka keletihan lepas lari 160km/h.

 Tapi bila cendol sampai, segar terus muka.

Brader ni kata, motor Lagenda memang selalu jadi masalah macam ni. So bawak-bawak la check skru karbureor motor korang. Lagi afdal bawak cable tie sebagai bekalan.

Tuesday, October 5, 2010

Open House rumah Mimi

Seri Hari Raya Aidilfitri masih ada walaupun dah minggu ke-3 bulan Syawal. 2hb Oktober 2010, Mimi sekeluarga buat open house. Jadi dia dah menjemput kitorang yang pantang kalau ada makanan je, mesti mau datang punya. Tapi tengok gak la kan. Kalau dah jauh sangat tak dapat la nak datang.

Berkumpul kat rumah Ikromi dulu.

Ramai gak kan?

Rumah Mimi terletak kat Sungai Buloh Country Resort kat Saujana Utama. Lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah aku. Majlis yang patutnya mula pukul 10, sudahnya start pukul 11 sebab biasa la kan, pukul 10 kata nak start, pukul 10 baru nak gerak. Huhu... Sebelum acara makan-memakan berlangsung, kitorang adakan majlis bacaan tahlil dan doa selamat atas permintaan tuan rumah sendiri. Lepas tu apa lagi, balun la.

Muka baik masa baca tahlil.

Tiba time makan...

Tak sempat nak toleh kiri kanan.

Kitorang bergerak pulang dalam pukul 1 tengah hari. Ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan pada tuan rumah sebab jemput kami. Kalau boleh tahun depan buat la lagi. Haha... Petangnya plan nak ke Sungai Gabai, tapi tak jadi sebab takut hari hujan... Dok rumah je la relax-relax.

Saturday, October 2, 2010

Ride to Malacca pt.2 : Meroket dalam hujan dan Kemalangan

Habis event, kitorang jalan-jalan kat perkarangan stadium. Ada banyak booth untuk disinggah. Ada yang jual souvenir, buat pameran dan macam-macam lagi la. Tengok je gambar-gambar kat bawah ni.

Boleh tiru ni.

Wave 125X Racing Boy.

Main PS2, dapat keychain Yamaha.



Muka stim wo naik motor ni. Syok berangan.

Dua karburetor tu.

Kitorang gerak balik dalam pukul 4 petang. Kali ni kitorang berempat je. Aku, Ikromi, Odeng dengan Capik. Dude memang rumah dia kat Melaka kut. Masa tu hujan dah start turun. Aku tak ada baju hujan, redah je pakai T-Shirt. Habis basah lencun. Bawak pulak 120-130 km/h, sakit je badan kena air hujan. Sejuk wooo. Sampai Senawang hujan dah reda sikit. Tapi jalan memang jam tak ingat. Kereta semua gerak slow je sampai ke Seremban.

Nak jadi cerita, kat Seremban aku terlibat dalam kemalangan. Ceritanya, aku ikut belakang Capik, then ada kereta masuk highway dari susur masuk Seremban. Capik brek, aku pulak masa tu tengok side mirror. Tengok depan dah dekat dengan dia. Aku brek, tapi hilang kawalan sebab tayar terseret, tak berapa grip sebab jalan basah. Aku langgar sebelah kanan kereta tu, tumbang ke sebelah kiri, bergolek nak masuk bawah lori kat sebelah kanan. Alhamdulillah, mujur trafik tengah slow. Lori tu pun tengah berhenti sebab jam. Aku bangun, ambik moto, lari ke tepi jalan. Lepas check badan, tak ada apa-apa. Luka sikit kat siku kiri dengan birat kat lengan kanan. Kereta tu pun tak teruk, just calar siki. Tapi Mercedes pulak tu. Nasib baik owner dia tak kisah sangat. Kepada owner tu, saya mintak maaf banyak-banyak. Motor aku pulak, side mirror kiri je pecah. Lain-lain ok Pengajaran, kalau jalan jam pastikan alert, dan jangan ikut rapat sangat dengan kenderaan kat depan.

Lepas tu kitorang sambung jalan balik, dan berhenti kat R&R Seremban. Aku cuci luka, then isi minyak, lepas tu sambung perjalanan untuk pulang ke rumah. Hujan mula turun balik, tapi kali ni renyai-renyai je. Kali ni memang aku menggigil kesejukan, dengan menahan sakit lagi. Kitorang keluar highway ikut Tol Sungai Besi. Jumpa lagi geng Belang 150. Diorang lepak rehat kat situ. Kitorang berhenti kejap, Capik nak jumpa member dia. Tapi member dia tak ada, ikut geng lain. Lama gak tunggu, member dia tak sampai. Lepas borak-borak kejap dengan brader geng Belang tu, kitorang gerak balik ke rumah masing-masing.

Lepak dengan geng Belang 150R.

 Siku berlubang. Buruk siku ke camni?

Ni birat kat lengan kanan.

Memang best konvoi ni, tapi pastikan sentiasa alert, dan berhati-hati. Kalau nak laju tengok keadaan. Pastikan selamat, dan tau kemampuan dan had kenderaan kita. Apa pun, malang memang tak berbau, dan kemalangan boleh terjadi bila-bila masa je. Macam post aku sebelum ni, kalau boleh pakai la pakaian keselamatan. AKu nak beli jacket pun tak mampu lagi. Baru ada glove je. Kira ok jugak la, kalau tak mau berlubang jugak tapak tangan. Apa pun, aku enjoy dengan ride ke Melaka ni, dan banyak pengajaran yang aku belajar. Ni dah rasa gian pulak nak berkonvoi. Bila lagi geng?