Billboard

Followers

Sunday, February 27, 2011

Supermoto Championship @ Elite Speedway

Tadi pagi aku ke Shah Alam. Hajat nak cari low cam untuk motor aku dengan ditemani oleh abang C.D.I. Makan sarapan dulu kat restoran Khalifah sebelah Stormbikers Seksyen 7 Shah Alam. Boleh pulak terjumpa member sekolah aku kat SBPIJ dulu, Acap Md Zin. Pas borak-borak kejap, misi mencari bermula. Dari Shah Alam membawa ke Klang tak jumpa-jumpa. Ada la dalam 10 kedai kitorang tanya. Cari pulak hari Ahad, kedai lain banyak tutup. Mana nak jumpa. Last-last singgah rumah Capik kat Kg. Raja Uda, tukar minyak hitam motor, pastu lepak borak-borak. Si Capik ni pulak rajin je nak berjalan, dan kebetulan ada event at Elite Speedway USJ, yang kat highway Elite tu. So dengan perut kosong kitorang ke sana.

Sampai sana hujan la pulak. Tapi sempat pekena char kuey teow dulu kat gerai tepi-tepi trek tu. Marveles la dengan hujan dan perut lapar. Tapi aku makan slow-slow, barulah menikmati rasa char kuey teow tu. Amacam, falsafah tak gua? Dah siap makan, hujan pun dah berhenti, event pun start balik. Hujan lalu je pun, so trek takde la basah mana. Aku tak tau kategori apa, tapi yang nyata, 2 orang adik beradik yang berumur 10 dan 13 tahun dah berjaya mengalahkan rata-rata peserta yang lagi tua dari diorang. Tapi motor diorang memang power la kan. Training siap kat California, USA lagi. Memang keturunan kaya-raya. Kalau aku dilantik jadi CEO jap lagi, nescaya aku support adik-adik aku suh diorang main supermoto ke, motocross ke, cubprix ke. Berangan sudah...

Cerita banyak tak guna, datang la kalau nak tengok bestnya main motocross atas trek asphalt (bahasa kampung : jalan tar). Event harini pun baru permulaan untuk memperkenalkan sukan supermoto ni kat Malaysia. Next event mungkin kat Sepang dengan trek ikut spesifikasi supermoto iaitu tarmac (trek jalan tar) + gravel (jalan tanah).

Aksi bermula


Ni la budaknya. Bertuah sungguh ada orang sponsor.

Akal fikiran Capik tak boleh diduga. Ntah-ntah di sarung rim ngan tayar ni kat motor dia.

Ni lah abang C.D.I macho bergaya. Tengah cari skandal. Sape nak jadi skandal dia boleh contact aku.

Ni pulak Capik. Muka market, save sikit. Pun tengah cari skandal.

Amacam, sekali gua tulis panjang baru padan muka korang nak baca.

P/S: Untuk adik-adik abang, kalau korang minat nak berlumba doakan abang korang ni cepat kerja, gaji besar, kaya raya, confirm aku support korang. Hahaha...

Tuesday, February 22, 2011

Instinct...

Tadi petang ada exam enjin CF6-50 fasa 1. Esok masuk fasa 2 pulak. Belajar lagi seminggu lepas tu exam. Apa pun, sekarang ni rasa lapang la sikit lepas dah exam. Kalau tak rasa terbeban je bawak informasi dalam kepala. Bila dah jawab exam macam dah curahkan semua je rasa. Kalau macam tu makin kosong la otak jadinya ek? Haha... Mengarut sudah.

Semalam sebelum study aku dengan Yan pergi melawat Ikromi. Dia terlibat dalam kemalangan. Lepas tu, on the way balik, Yan nak ke tempat lain. Tapi dalam hati aku terasa macam Yan akan terlibat dalam kemalangan pulak. Tak tau kenapa tiba-tiba rasa macam tu. Sampai rumah, lepas solat Maghrib, tiba-tiba Yan call, dia kata dia eksiden.

Kuat betul instinct aku. Ke hanya kebetulan? Wallahualam...

Thursday, February 17, 2011

Highway star

Hari Isnin haritu, aku dan kawan-kawan berkumpul kat kedai makan dekat dengan Sunway Piramid. Memang tiap-tiap Isnin malam Selasa kitorang lepak situ, berborak, kongsi pendapat tentang motor masing-masing, pasal aktiviti permotoran dan macam-macam lagilah. Tiap kali jumpa mesti ada belajar sesuatu yang baru. Apa yang positif, sekarang ni aku dah boleh repair moto sendiri sikit-sikit. Tau la jugak nak buat apa. Biasalah, sekarang ni tak ramai orang yang jujur. Kalau repair moto kat kedai mau kena charge lain macam harga dia.

Tapi Isnin lepas best sikit, sebab Selasanya cuti sempena kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Jadi lepas berborak kitorang pergi jalan-jalan naik moto ke Putrajaya. Bukan ada apa-apa pun, just buat photoshoot serba sikit, pastu makan kat kedai mamak, then balik. Sampai rumah pun dah Subuh. Mandi, solat, pastu tido. Ni serba sikit gambar masa kat Putrajaya.




The highway stars... Aku je tak power, dok belakang. Huhu.


Tuesday, February 8, 2011

Kerja dikala cuti

Start dari hari Khamis, 3hb sampai la hari Ahad 6hb Februari lepas, aku tak bercuti. Sebenarnya ada tawaran untuk kerja lebih masa, atau orang kampung panggil overtime, jadi aku pun ambik la kesempatan ni untuk dapat pendapatan lebih. Kalau nak ikutkan, trainee tak boleh ambik overtime, tapi sebab kekurangan staff dan kapal terbang pulak perlu disiapkan cepat, so kali ni dibolehkan la kitorang ambik overtime.

Rate aku tak tau berapa. Banyak ke sikit, aku tak kisah sangat kut. Tapi kalau dapat banyak alhamdulillah, rezeki. Lepas la nak beli baju-bajuan ke, nak solek motor ke, kan? Kan? Kerja pun tak banyak sangat sebenarnya, dah hampir siap pun. Cuma ada beberapa masalah sikit dekat starter enjin, oil cooler dan humidifier. 

Dan hari ni, baru lah kapal tu akan terbang semula. Kapal terbang Boeing 747-400 milik Saudi Arabian,  registration number TF-AMV dijangka terbang petang ni. Masa aku nak balik pun semua tengah bersiap untuk towing kapal terbang keluar hangar. Destinasi tak tau la pulak ke mana. Balik Arab semulalah kut. Dan esok, aku ditugaskan kat Hangar 1, line 1. Tempat baru, pengalaman baru. Apa pun, layan dulu gambar-gambar ni.

Masa ni pasang panel kat pyloon. 

Ni pulak kitorang observe LAE tukar weather radar, dan tengok test yang dia buat. 

Ni pulak masa towing kapal keluar hangar ke ground run bay, iaitu tempat untuk test enjin. 

Besar kan? 

Tunggu in charge buat check serba sikit. 

Ni lori tangki yang top up minyak kat kapal terbang. 

Ni lah pemandangan luar Line 8, Hangar 3.

Okeh, sekian sahaja. Marilah pergi makan malam. 

Wednesday, February 2, 2011

Bekerja di Hangar

Ni bukanlah first time aku bekerja kat hangar. Masa still kat METC dulu, ada juga kena hantar ke Line 7, Hangar 2 untuk praktikal sekejap. Ada la dalam 2 minggu lebih. Sekarang ni secara officialnya, aku dah jadi Trainee MAS, tidak lagi pakai baju praktikal merah. Kena gelar "askar merah" kut masa tu. Sebab kitorang punya baju tu menyerlah sangat. Orang lain kat hangar tu baju diorang masih lagi dalam tema biru.

Sekian lama kena attach kat mechanical workshop, dah sampai masa kitorang kerja kat kapal terbang pulak, start dari 1 Februari. Kali ni kena attach kat Line 8, Hangar 3. Sebelah je dengan tempat aku kerja haritu. Aku dengan Nizam ditugaskan kat forward cargo. Pada yang tak tau, ruangan cargo ni ialah tempat untuk letak luggage dan barang-barang penumpang yang besar. Sebab kapal tu tengah nak di pasang balik lepas siap diselenggara, so kitorang pasang panel pintu kargo, ball mat kat lantai, pasang cover siling cargo bay dan beberapa komponen lain.

Ni serba sedikit pemandangan tempat kerja aku.

Dalam cargo bay.

Benda ni mengalirkan udara sejuk. Aircond la senang cerita.

Melepaskan lelah seketika.

Itu sahaja untuk hari ini. Esok tak tau kena attach kat mana. Esok? Ya, esok aku tak cuti, kerja lebih masa. Huhu...

Happy Chinese New Year to all Chinese friends and bloggers. =)