Billboard

Followers

Tuesday, February 8, 2011

Kerja dikala cuti

Start dari hari Khamis, 3hb sampai la hari Ahad 6hb Februari lepas, aku tak bercuti. Sebenarnya ada tawaran untuk kerja lebih masa, atau orang kampung panggil overtime, jadi aku pun ambik la kesempatan ni untuk dapat pendapatan lebih. Kalau nak ikutkan, trainee tak boleh ambik overtime, tapi sebab kekurangan staff dan kapal terbang pulak perlu disiapkan cepat, so kali ni dibolehkan la kitorang ambik overtime.

Rate aku tak tau berapa. Banyak ke sikit, aku tak kisah sangat kut. Tapi kalau dapat banyak alhamdulillah, rezeki. Lepas la nak beli baju-bajuan ke, nak solek motor ke, kan? Kan? Kerja pun tak banyak sangat sebenarnya, dah hampir siap pun. Cuma ada beberapa masalah sikit dekat starter enjin, oil cooler dan humidifier. 

Dan hari ni, baru lah kapal tu akan terbang semula. Kapal terbang Boeing 747-400 milik Saudi Arabian,  registration number TF-AMV dijangka terbang petang ni. Masa aku nak balik pun semua tengah bersiap untuk towing kapal terbang keluar hangar. Destinasi tak tau la pulak ke mana. Balik Arab semulalah kut. Dan esok, aku ditugaskan kat Hangar 1, line 1. Tempat baru, pengalaman baru. Apa pun, layan dulu gambar-gambar ni.

Masa ni pasang panel kat pyloon. 

Ni pulak kitorang observe LAE tukar weather radar, dan tengok test yang dia buat. 

Ni pulak masa towing kapal keluar hangar ke ground run bay, iaitu tempat untuk test enjin. 

Besar kan? 

Tunggu in charge buat check serba sikit. 

Ni lori tangki yang top up minyak kat kapal terbang. 

Ni lah pemandangan luar Line 8, Hangar 3.

Okeh, sekian sahaja. Marilah pergi makan malam. 

6Feedback(s):