Billboard

Followers

Friday, February 26, 2010

Menuju ke Pulau Pangkor



Malam ni, dalam pukul 12.30 malam, kitorang penuntut-penuntut METC Batch 07 akan menuju ke Pulau pangkor untuk satu aktiviti percutian yang julung-julung kali diadakan. Lagipun ni last year kitorang kat METC, jadi kira event cuti besar-besaran la untuk kitorang. Lepas ni mesti busy punya, dengan assessment kit la, exam la, practical la, jadi sekarang ni la nak enjoy masa yang ada. 

Okey, checklist aku...

Pakaian. Takkan aku nak balik pakai seluar baju basah lak kan? Maunya bergaram lantai bas.

Tanpamu ku tak dapat melihat dengan jelas. Contact lens case, solution dan bag simpan.

Spek (di kala contact lens dah kering) dan sunshades (untuk bergaya di tepi pantai di samping market muka konon leh ngorat awek yang sedang mandi pakai bikini).

Aku tido kat khemah, so sleeping bag amat diperlukan.

Perkakasan mandi dan grooming.

Dan mee segera untuk kecemasan.

Nantikan cerita sensasi di Pulau Pangkor sekembalinya ku dari sana... =)

Thursday, February 25, 2010

METC 1 Charity Drive


Dengan kelajuan internet yang agak memberangsangkan, walau dalam keletihan sebab basuh kereta time METC 1 Charity Drive siang tadi pun aku jadi semangat nak post entry malam ni. Lihatlah betapa pentingnya kelajuan internet dalam  hidupku. Dah, jangan nak meraban. Seperti yang telah diwar-warkan oleh Aliapeng dalam entry beliau sebelum ni, hari ini telah berlang sungnya METC 1 Charity Drive untuk Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Agathians dan Rumah Amal Kasih Bestari, macam yang korang boleh tengok kat banner atas tu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh para staff METC, para instructor, dan penuntut-penuntut METC sendiri. Antara aktivitinya ialah car wash, jualan, serta karaoke. Jadi kepada yang tak terlibat dalam jualan macam aku, kena basuh kereta la. Mari kita lihat serba sedikit pemandangan sekitar event yang berlangsung. 

Speyos beraksi membasuh kereta.

Meon si tukang sembur.

Pakar membasuh motor, Wan Shah dan juga rakan-rakan.


Ok, ada cerita segan sikit masa nak ambik gambar budak berdua ni. Mula-mula diorang posing tepi kereta. Lepas tu ada la stewardess lalu, budak ni pun pandang la. Bila diorang dah pandang, aku pun pandang la, tapi tak perasan lak ada General Manager METC kat belakang kitorang. Sekali dia tegur, "korang tengok apa ha?". Budak berdua tu plak tinggalkan aku. Siot jek. Aku tak toleh belakang, terus gi tempat lain. Cis, malu gua...

Gambar istimewa untuk Cik Vanilla Ais, Nazwan yang sedang mempolish kereta. Haha...

Antara kenderaan staff METC yang kami basuh termasuklah Kelisa Miss Jehan, CRV Dahshat En. Wan Idris a.k.a. Vanderstone, motor GT128 Wak driver, dan Waja debutebalgiler En. Mokhtar.

CRV Dahshat.


Debu tebal yang dikumpul sebulan sebab nak suruh kitorang basuh, siap boleh tulis-tulis lagi.

Apih dan Adli yang menjual ice blended. 
Diorang ni geng dengan Zainuddin sekali. (Din, gambar ko takde lak, haha...)


Aliapeng menjual baju dan gambar, Meri dengan kerepek-kerepek yang dibawa khas dari Terengganu, serta Am, Cuki dan rakan2 dari Chermin Arts membawakan bakul dari anyaman kertas surat khabar berkongsi di bawah satu gerai. Sap cuba menenangkan Cuki yang keletihan. Kelihatan juga Anoi yang menjual buku-buku sumbangan Miss Yang.

Akak-akak senior (diorang dah start practical kat MAS) dengan jualan keropok lekor, goreng pisang dan ais krim Malaysia.

Letih wooo...

Okey, sekian sahaja laporan dari Acancapik.

p/s: kepada rakan-rakan yang tak disebutkan nama dan tiada gambar, harap maaf. gua malas nak snap banyak-banyak. haha...



Friday, February 19, 2010

Ah Longkah ini?


Tragik tak kalau kereta korang kena simbah cat macam ni? Tapi benda ni betul-betul terjadi kat kawan aku, Pitt. Kesian dia, kereta baru jugak la. Satria Neo CPS. Mengikut tuan empunya kereta, dia tak ada hutang dengan sapa-sapa. Tapi gejala menyimbah cat merah ni memang cenderung ke arah golongan Ah Long. Mungkinkah kerana berebut tempat parking? Kenapa tak jumpa terus je bincang elok-elok? Ataupun bagi note ke. Hm, ntah la, aku pun taktau.



Tuan kereta yang kesedihan.

Jadi kami beramai-ramai mengambil inisiatif untuk membersihkan kesan cat tersebut. Naib la kena kat cermin je, mudah sikit la nak tanggalkan guna thinner. Kalau kat body? Mau dengan cat-cat kereta pun hilang, kereta kaler besi je.

Mandur projek, Sariyzayan

Antara yang membantu. Rutet, Mat Yie dan Adzhar.


Tak dilupakan juga, Adli, Abe, Meon dan Nazwan. Diorang dah blah time aku nak ambik gambar ni. Kepada Pitt, banyakkan bersabar ok.

Thursday, February 4, 2010

Kelas Dialek Anak Negeri 2

Ya murid-murid, sudah sekian lama saya tak mengajar dialek Negeri Sembilan kepada anda semua. Kalau sebelum ni kita belajar menyebut suku kata dalam loghat Negeri Sembilan, tapi hari ini kita akan belajar beberapa perkataan yang bunyinya berlainan dari perkataan bahasa melayu yang lain. Baiklah, ayuh kita mulakan!

1. Nonggok : Duduk
    contoh ayat : Ekau ni tau nonggok yo. Poei la ko bondang tu, nolong mano yang patut.
                        (Engkau ni tahu duduk saja. Pergi la ke bendang tu menolong mana yang patut.)

2. Apik : Endah/Hirau
    contoh ayat : Tu la kau, den cakap buek tak apik yo, kan dah kono.
                        (Tu la kau, aku cakap buat tak endah je, kan dah kena.)

3. Locut: Baling
    contoh ayat : Agak-agak ado yang memokak kek dopan rumah tu, ekau locut yo ngan batu.
                        (Agak-agak ada yang memekak kat depan rumah tu, kau baling je dengan batu.)

4. Capuk : Bertompok-tompok/Tak rata
    contoh ayat :  Dah capuk bona cat keto kau ni.
                         (Dah bertompok-tompok benar cat kereta kau ni.)

5. Bega: Degil
    contoh ayat : Apo la bega bona budak ni. Banyak kali den posan, jangan bergurau ngan lombu tu.
                        (Apa la degil benar budak ni. Banyak kali aku pesan, jangan bergurau dengan lembu tu.)

6. Ontok-ontok : Duduk diam-diam.
    contoh ayat : Dah, ontok-ontok yo kek situ, biar den yang setel an.
                        (Dah, duduk diam-diam je kat situ, biar aku yang settle kan.

7. Bongak/Mongak: Tipu
    contoh ayat : Ekau jangan nak mongak den. Bukan den tak tau ekau ni goma mengono an orang.
                        (Engkau jangan nak menipu aku. Bukan aku tak tau kau ni gemar mengenakan orang.)

8. Bongka : Bangun (dari tidur)
    contoh ayat : Bongka doreh! Dah tongah hari ni.
                        (Bangun cepat! Dah tengah hari ni.)


Allright, ni saja pelajaran untuk hari ini. Cikgu nak bagi latihan sikit, sila jawab sejujurnya ya. Jangan meniru jawapan murid-murid lain tau.

Terjemahkan ayat di bawah kepada loghat negeri sembilan.

1. Engkau ni dah besar, patutnya bertanggungjawab la sikit. Ni tak, tau duduk je tak buat kerja. Dah berapa                   kali aku pesan tapi kau degil, cakap aku semua kau buat tak endah je.

2. Mana Samad ni? Tak bangun lagi ke? Nak kena baling dengan selipar ke baru nak bangun?

3. Cat kereta ni dah tak rata la aku tengok. Aku ingat nak cat baru, tapi setakat ni takde duit lagi la.

4. Kalau nak skodeng orang ni, kena duduk diam-diam.

Itu sahaja latihannya. Untuk rujukan, boleh refer kat post Kelas dialek anak negeri. Kepada pembaca yang lebih tahu, komen dan teguran anda amatlah dihargai. Aku kadang-kadang lupa jugak, dah lama tak bercakap dalam dialek ni.

p/s: dilarang memplagiat isi kandungan entry ini tanpa kebenaran

Tuesday, February 2, 2010

Kenapa saya suka menulis blog?


Klik gambar ini untuk syarat-syarat penyertaan.

Sebagai menyahut seruan Cik Niny untuk menyertai contestnya, maka dengan berbesar hati aku telah menyambut pelawaan tersebut dengan blog terbuka. Amboih, rajin lak aku menyertai contest ye. (sebenarnya aku takde idea nak update blog ni. ngeeee...)


Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah, “Kenapa saya suka menulis blog?”. Cewah, macam time skolah la pulak, sertai perbahasan. Aku tak reti la der. Gigil kut depan orang ramai. Sesungguhnya aku seorang yang penyegan. 

Ya, mengapa saya suka menulis blog? Sebab saya seorang yang agak pemalu untuk meluahkan pendapat dengan medium percakapan. Jadi sebab itu, blog merupakan satu medium yang sesuai untuk melontarkan segala pendapat dan luahan rasa yang terpendam. Kadang tu, ada benda yang terlalu rumit untuk diterangkan dengan bait-bait perkataan, dan selalunya ayat aku jadi lintang pukang sebab apa yang aku fikir aku nak cakap lagi laju daripada kemampuan mulut aku.

Selain itu, dengan berblog juga, aku boleh berkongsi pengalaman hidup, dan mengenali lebih mendalam tentang diri aku sendiri. Bila nak menulis, aku selalunya akan jadi diri sendiri, menyingkap kedalam jiwa , menyelami dasar dan lubuk hati, meluahkan sejujurnya apa yang terpendam. Hah kau, puitis dan bersastera lak aku hari nih. 

Ni gambar aku, berblog sambil makan. Dicilok dari entry

Kesimpulannya kat sini, aku selesa berkongsi pendapat dan cerita dengan berblog. Tapi tak bermakna aku tak reti berborak kat luar. Kalau dah kenal lama boleh jadi loyar buruk + mengarut tak berhenti, sampai ada orang cakap aku suka membebel... Mungkin sebab ni aku suka tulis blog kut?  =p

p/s: Mrs.AcanCapix's mum still in hospital. Hopefully she will recover sooner.