Dengan kelajuan internet yang agak memberangsangkan, walau dalam keletihan sebab basuh kereta time METC 1 Charity Drive siang tadi pun aku jadi semangat nak post entry malam ni. Lihatlah betapa pentingnya kelajuan internet dalam hidupku. Dah, jangan nak meraban. Seperti yang telah diwar-warkan oleh Aliapeng dalam entry beliau sebelum ni, hari ini telah berlang sungnya METC 1 Charity Drive untuk Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Agathians dan Rumah Amal Kasih Bestari, macam yang korang boleh tengok kat banner atas tu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh para staff METC, para instructor, dan penuntut-penuntut METC sendiri. Antara aktivitinya ialah car wash, jualan, serta karaoke. Jadi kepada yang tak terlibat dalam jualan macam aku, kena basuh kereta la. Mari kita lihat serba sedikit pemandangan sekitar event yang berlangsung.
Speyos beraksi membasuh kereta.
Meon si tukang sembur.
Pakar membasuh motor, Wan Shah dan juga rakan-rakan.
Ok, ada cerita segan sikit masa nak ambik gambar budak berdua ni. Mula-mula diorang posing tepi kereta. Lepas tu ada la stewardess lalu, budak ni pun pandang la. Bila diorang dah pandang, aku pun pandang la, tapi tak perasan lak ada General Manager METC kat belakang kitorang. Sekali dia tegur, "korang tengok apa ha?". Budak berdua tu plak tinggalkan aku. Siot jek. Aku tak toleh belakang, terus gi tempat lain. Cis, malu gua...
Gambar istimewa untuk Cik Vanilla Ais, Nazwan yang sedang mempolish kereta. Haha...
Antara kenderaan staff METC yang kami basuh termasuklah Kelisa Miss Jehan, CRV Dahshat En. Wan Idris a.k.a. Vanderstone, motor GT128 Wak driver, dan Waja debutebalgiler En. Mokhtar.
CRV Dahshat.
Debu tebal yang dikumpul sebulan sebab nak suruh kitorang basuh, siap boleh tulis-tulis lagi.
Diorang ni geng dengan Zainuddin sekali. (Din, gambar ko takde lak, haha...)
Aliapeng menjual baju dan gambar, Meri dengan kerepek-kerepek yang dibawa khas dari Terengganu, serta Am, Cuki dan rakan2 dari Chermin Arts membawakan bakul dari anyaman kertas surat khabar berkongsi di bawah satu gerai. Sap cuba menenangkan Cuki yang keletihan. Kelihatan juga Anoi yang menjual buku-buku sumbangan Miss Yang.
Akak-akak senior (diorang dah start practical kat MAS) dengan jualan keropok lekor, goreng pisang dan ais krim Malaysia.
Letih wooo...
Okey, sekian sahaja laporan dari Acancapik.
p/s: kepada rakan-rakan yang tak disebutkan nama dan tiada gambar, harap maaf. gua malas nak snap banyak-banyak. haha...
17Feedback(s):
Post a Comment
gigih btol die wat keje ea..
haha..:D
hahahak
ko curi tulang ek..
ish ish ish
Post a Comment