Billboard

Followers

Friday, February 26, 2010

Menuju ke Pulau Pangkor



Malam ni, dalam pukul 12.30 malam, kitorang penuntut-penuntut METC Batch 07 akan menuju ke Pulau pangkor untuk satu aktiviti percutian yang julung-julung kali diadakan. Lagipun ni last year kitorang kat METC, jadi kira event cuti besar-besaran la untuk kitorang. Lepas ni mesti busy punya, dengan assessment kit la, exam la, practical la, jadi sekarang ni la nak enjoy masa yang ada. 

Okey, checklist aku...

Pakaian. Takkan aku nak balik pakai seluar baju basah lak kan? Maunya bergaram lantai bas.

Tanpamu ku tak dapat melihat dengan jelas. Contact lens case, solution dan bag simpan.

Spek (di kala contact lens dah kering) dan sunshades (untuk bergaya di tepi pantai di samping market muka konon leh ngorat awek yang sedang mandi pakai bikini).

Aku tido kat khemah, so sleeping bag amat diperlukan.

Perkakasan mandi dan grooming.

Dan mee segera untuk kecemasan.

Nantikan cerita sensasi di Pulau Pangkor sekembalinya ku dari sana... =)

14Feedback(s):