Billboard

Followers

Wednesday, July 28, 2010

Hari-hari terakhir yang...

Boring! Aku bangun setiap pagi untuk mandi, solat, dan pergi METC untuk sign attendance sahaja. Dah sampai tak buat apa. Duduk kat library, online, tido, sampai lesu badan.

Nak update hari-hari pun boleh, sebab kat library ni ada PC. Tapi masalahnya bila nak update kena la letak gambar-gambar yang mampu menarik perhatian pembaca. Gambar aku yang macho misalnya. PC aku dah hantar kat rumah baru. Aku tak selesa pulak nak bawak gambar tu ke METC, then upload kat PC library, sebab nampak poyo plak bila orang lalu lalang tengok aku dok mengarang cerita ntah hape-hape.

Rasa macam nak balik rumah je, tapi baru pukul 10:51 pagi. Haish...

p/s: tak sabar gua nak tayang rumah kat korang semua. hahaha...

Friday, July 23, 2010

Denyutan demi denyutan

Au tak tau la kenapa la lambat sangat gigi geraham bongsu aku ni tumbuh. Dari tahun lepas sampai la sekarang, tak habis-habis lagi keluar. Time sakit tu keluar sikit, pastu malu-malu, berenti kejap. Elok la tak sakit. Time dia nak keluar tu, memang tak boleh blah rasa. Nak makan pun tak selera.

Sakit wooo gigi bongsu tumbuh ni. Boleh membawa kepada demam. Aku sekarang nak makan pun kunyah ala kadar pastu telan. Tak mengikut sunnah kunyah 40 kali sebelum telan sungguh. Dah macam ular pun ada. Ngap, telan. Badan rasa lemah-lemah je sebab perlu lebih tenaga untuk menghadam, sebelum makanan ditukar semula jadi tenaga.

Nak hilang sakit kemam panadol kat gigi yang sakit tu. Pahit weyh...

Sunday, July 4, 2010

Argentina kena titik


VS


Tu dia, kena titik 4-0. Memang cun la German main. Tak sia-sia perut gua lapar. Sebab lapar la gua ajak Azha keluar nak makan kat Warung Kak Siti, tapi kecewa sebab semua meja dah penuh. Ada jugak kelibat penonton dengan kerusi tanpa meja. Tak ketinggalan ada yang berdiri, lepak atas moto tengok tang jauh. Tapi kat situ gua syak line-line Argentina yang ramai. Masa tu baru start lagi second half. Gua ajak Azha lepak Subaidah, tapi ramai jugak. TV kecik, orang dok tengok sampai keluar kedai. Pasang la projektor, baru la kontemporari.

Tak jadi lepak Subaidah, kita lepak Soya Station pulak. Gua ushs tang jauh, cun-cun je seat dekat dengan skrin. Sekali perking tengok skrin cacat. Bawah ada tompok-tompok putih halus, gambar tak sharp. Apa ada hal, janji bola tak nampak macam pisang sudah. Gua order Char Kuey Teow Special dengan kopi ais. Walaupun perut lapar, tapi sebab tengok bola tak rasa sangat. Tak berapa lama lepas tu German bantai sebijik lagi.

Order pun sampai. Gua dapat Char Kuey Teow Kuah Cair Telur Mata Macam Hangus. Bedal, perut lapar rupa tak pedulik, asal sedap sudah. Gua makan relax-relax, gol lagi sebijik. Kali ni Azha tak angkat tangan. "Eh, gol ea?". Camtu pulak reaksi dia. Mungkin sebab teruk sangat tompokan kat skrin tu. Tapi memang cun itu gol. Unexpected kata orang keturunan bekas penjajah. Dah nak habis match, Argentina mati-mati gak berusaha nak gol. Sekali kena counter dengan German, sebijik lagi. 4-0. Gua puas hati. Perut pun kenyang...

Thursday, July 1, 2010

Sekian lama

Dah berapa hari aku tak update. Minggu ni agak busy, sebab sibuk mengecat rumah baru. Makan masa jugak sebab kitorang kelas habis lewat petang, pukul 5.30 baru sampai rumah. Nak mandi, solat, makan malam lagi, pukul 9 baru gerak ke rumah baru. Setting segala macam barang, bancuh cat, semua makan masa. Tiap-tiap malam balik pukul 2.30, tido pukul 3.30, then bangun pukul 6.20. Sampai semalam, memang kepala aku dah tak boleh tahan, buat kerja sambil tahan sakit kepala macam nak pecah.

Surrender aku. Nasib baik bilik aku dah siap, memandangkan saiz yang kecik. Siap touch up, aku baring kat sofa. Wan ngan Adzhar sambung lagi buat rak dan shelf untuk bilik masing-masing. Punya lena aku tido, diorang bertukang pun aku tak sedar. Sorry la ea, lain kali aku cuci lebih sikit. =p

Dan mungkin kitorang akan dapat housemate yang baru, selain aku, Adzhar dan Wan Karim. Dia pun tak berapa confirm lagi, tapi aku amat berbesar hati kalau dia nak duduk ngan kitorang. Siapakah dia? Nantikan...