Billboard

Followers

Sunday, May 29, 2011

Karnival Himpunan Sejuta Belia Negara 2011 @ Putrajaya

Semalam aku pergi Karnival Himpunan Sejuta Belia Negara kat Putrajaya. Memang owsem giler. Karnival yang bertempat di Presint 2 & 3 Putrajaya ni dah berjaya buat kaki aku sengal-sengal sebab berjalan hampir sehari suntuk. Bayangkan je la, dari pukul 11 pagi sampai 8 malam kat sana. Tu pun tak habis cover lagi semua booth yang ada. Cakap banyak pun tak guna. Baik korang pegi harini.Best!


Teman seangkatan. Dari kiri : Odeng, Zik, dan Kiro

Banyak aktiviti yang dianjurkan sempena meraikan Hari Belia ni. Kebanyakannya memang menarik minat para remaja lah kan. Bagus ada aktiviti macam ni, at least para remaja ada tempat untuk menunjukkan bakat masing-masing. Punya la banyak sampai terlupa nak ambik gambar. Banyak sangat, letih beb.

Ada cub prix.

Ada banyak booth.

Ada pameran kereta klasik.

Ada pameran polis.

Ada orang nyanyi-nyanyi.

Ada ramai orang.

Ada jualan motor.

Ada orang berangan.

Dan banyak lagilah. Ada cerita best pulak pasal kunci motor. Aku tak perasan tertinggal kunci motor kat motor. Menonong je nak pergi tengok cub prix. Bila dah nak solat Zohor baru perasan kunci motor tak ada. Pergi balik ke motor, mana la tau ada ke tertinggal kat situ, tapi tak ada jugak. Nasib baik motor ada lagi. At last pergi balai polis bergerak, nak buat laporan. Tengah buat laporan, ada datang polis bagi kunci, tapi bukan kunci aku pulak. Ada satu lagi balai polis bergerak, jadi diorang suruh aku pergi balai polis yang kedua, mana la tau kalau-kalau ada ke kunci kat sana. Sekali ada pulak kunci tu. Alhamdulillah, lega hati aku. Huhu. Mana taknya, nak buat roadtax satu hal, ni nak balik lagi tak tau macam mana. Terima kasih banyak-banyak pada orang yang bertanggungjawab menyerahkan kunci tu kat pihak polis. Dan terima kasih jugak kepada abang-abang polis yang banyak membantu. Allah sahajalah yang membalas jasa kalian.

Ok, siap sudah. Ni tengah fikir nak pergi ke tak harini. Kaki kata penat, badan suruh rehat, tapi hati nak pergi.

Friday, May 27, 2011

Kenduri Tahlil

Semalam (26 Mei 2011) telah diadakan satu majlis kenduri tahlil untuk arwah bapa Mohamad Syafik bin Nordin yang telah pulang ke ramatullah minggu lalu. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Allahyarham. Al-Fatihah.

Jom kita tengok sikit gotong royong kitorang satu batch.

Mula-mula kerja potong bawang dan sediakan bahan. Juadahnya ialah nasi goreng kampung.


Sesi memasak pulak.


Majlis bermula. Ramai kan?

Tengok je la motor-motor yang banyak ni.

Sampai tak muat rumah, kena duduk luar.

Dah selesai semua, makan la apa lagi.

Sampai tersandar kekenyangan. =p

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga lain kali ada lagi majlis macam ni. Bacaan Yaasin tiap-tiap sebulan sekali ke, ok jugak kan. Lagi pun sekarang ni dah jarang jumpa antara kelas-kelas yang lain. Kerja kat lain-lain tempat. Kadang-kadang kerja satu kapal pun boleh tak jumpa. Jadi dengan adanya aktiviti macam ni boleh la mengeratkan silaturrahim sesama ahli batch, disamping memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Amacam, stail tak ayat?


Wednesday, May 25, 2011

Angkasawan

Tukar kerja la, cam glamour je jadi angkasawan ni.


Ok, tipu je. Kena pakai overall sebab masuk fuel tank. 

Monday, May 23, 2011

Expedisi Gunung Nuang (27 Feb - 1 Mac 2009)

Dah lama tak camping. Tengok balik gambar trip ke Gunung Nuang ni, rasa rindu nak duduk dalam hutan, merasa kedamaian suasana rimba, bunyi air terjun, menghirup udara segar, mandi air yang sejuk dan nyaman. Trip ni dah lama, so aku pun tak berapa nak ingat pasal detail dia. Apa pun, ni la trip paling ramai yang kitorang organize sendiri. Memang happening. Aku harap ada lagi la peluang untuk kita camping sama-sama lagi macam ni.

Kat kaki gunung.

Menuju puncak.

Puncak kejayaan.

Empangan tragedi. Kesian kat Akbar. Nasib baik jatuh dalam kolam kecik je. Huhu...


Sunday, May 22, 2011

Tak tau?

Terasa lama gila tak cuti. Padahal baru sekali Sabtu Ahad je aku kerja overtime. Tapi dah cuti ni, tak tau nak buat apa la pulak. Hm...

Thursday, May 19, 2011

Sekali untung daaa...

Semalam time lunch, ada jamuan makan tengah hari untuk krew Cabin Interior Maintenance Line 7. Jamuan ni sempena meraikan siapnya kapal yang kitorang restore tu. Memang happening, dan cukup buat aku terharu bila ada yang kata kitorang antara best trainee yang diorang pernah kerja. Thanks a lot guys, dan kerja ngan korang memang best! Hope kita dapat kerja sama-sama lagi satu hari nanti. :-)

Tu dia, meriah kan?

Muka gembira dapat makanan. Haha...

Bila perut berat, mata pun lelap. Tak pe la, tido pun time break kan. 

Banyak betul nasi ngan ayam tu, sampai ke malam aku kenyang. Dahsyat.

Wednesday, May 18, 2011

Teringin sangat

Tadi kat Facebook Zainuddin letak gambar sawah padi. Suddenly aku teringat pasal trip ke Perlis few years ago. Suddenly teringat nak tengok balik gambar. Bila tengok satu-satu, rasa rindu pulak nak main kat tepi sawah padi, ambik gambar sunset yang cantik, dengan latar belakang sawah padi yang menghijau.

Lebih-lebih lagi bila aku racun Timun sampai dia bersemangat nak ke sana. Sudahnya bila dia dah semangat aku balik yang teracun nak pergi. Nampaknya kena mengumpul duit lagi la ni. Ot, oh Ot...

Ni one of pictures yang aku rasa best. Gambar bayang-bayang aku ngan Meon. Romantik kan? Hahaha...


Kalau rasa nak tau lebih lanjut pasal trip tu, boleh la tengok pos aku yang lama. Indera Kayangan Trip. Ada tiga part tu....

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Sempena hari guru, saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya. Tidak dilupakan ibu dan ayah saya yang banyak membentuk saya supaya menjadi manusia yang berguna. Terima kasih juga pada rakan-rakan yang pernah memberi ajaran-ajaran berguna, nasihat-nasihat, ajar repair motor, ajar repair komputer, dan macam-macam lagi ilmu yang bermanfaat. Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian di atas segala ilmu yang bermanfaat tersebut.

Dan pada rakan-rakan yang bakal bergelar guru, jadilah guru yang berjasa pada agama, bangsa dan negara. Didiklah anak-anak muridmu sehingga mereka berjaya, kerana setiap ilmu yang bermanfaat darimu bakal dihadiahkan dengan balasan pahala di akhirat kelak. InsyaAllah... :-)

Thursday, May 12, 2011

Pantas Lima



Kali ni nak review sikit pasal filem baru dari siri Fast & Furious, Fast Five. Cerita ni merupakan kesinambungan daripada filem Fast & Furious 4. Memang sambung betul-betul kat babak akhir Fast & Furious 4. Dan untuk filem ni, pihak produksi cuba lari dari tema perlumbaan jalanan yang mendominasi filem-filem siri Fast & Furious sebelum ni.

Dengan jalan cerita yang berkembang dengan baik, konflik yang mengejutkan, aksi kejar mengejar dan tembak-menembak yang mendebarkan, apa yang boleh aku kata, cerita ni merupakan yang paling best dalam siri Fast & Furious setakat ni. Watak-watak lama dalam filem sebelum ni pun ada, sekaligus buat cerita ni makin menarik.

Tak reti la aku nak buat review panjang-panjang. Korang tengok la sendiri. Dan jangan keluar panggung cepat sangat, sebab ada babak mengejutkan lepas kredit.

Monday, May 9, 2011

Bila balik kampung ada kenduri lepas tu member pun ramai

Sekarang aku masih kat Serting. Cuti sampai esok, tapi maybe petang ni balik Subang la kut. Esok boleh relax sehari kat rumah. Semalam ada kenduri kahwin. Member sebaya, jiran belakang rumah. Ish, member dah makin ramai kawin. Aku bila lagi? Hahaha...

Anyway, memang happening la. Tambahan pulak kawan-kawan sepermainan time kecik-kecik dulu ada jugak. Malam sebelum kenduri lepak berborak sampai pukul 2.30 pagi. Hari kenduri pulak kitorang tolong basuh pinggan. Senang sikit kerja, duduk bawah khemah, tak ada la kena panas. Kerja pun tak letih sangat. Mengelat je bunyi kan? Tapi tuan rumah dah ada orang lain untuk buat kerja-kerja hantar lauk, serve dan angkut pinggan. Jadi tinggal la kerja basuh pinggan. Jangan main-main. Banyak kemain. Dari pukul 12 sampai pukul 2 non-stop.

Lagi satu, nak kata aku jarang balik, tak ada la sangat. Boleh kata tiap-tiap bulan aku balik. Tapi jenis balik kampung duduk rumah, kalau keluar pun pergi rumah member. Sampaikan time menolong kat kenduri tu, orang pelik tanya aku siapa. Adeh, lain sangat ke muka aku? Siap kata "ingatkan budak cina mana la tadi". Tak pe la, raya tahun ni nanti saya pergi la rumah acik-acik semua ea. Haha.

Ni gambar sikit masa kenduri semalam.

Geng basuh pinggan

Antara jemputan yang hadir

Tahniah kepada Hisyam dan pasangannya. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. =)

Apa lagi nak bebel? Cukup la kut. Kepala pening-pening pulak. Kena tido jap ni, kang petang nak balik.

Tuesday, May 3, 2011

Aku kan bawak motor je...

Tadi nak balik kena langgar la pulak dengan Estima.



Arrow merah tu kereta Estima. Relax je tak berhenti kat garisan kuning tu. Tau la aku bawak motor. Mungkin dia tak nampak kut. Tengah mengelamun ke, baca massage ke, mana nak perasan kan. Pulak tu motor aku kapcai, kecik je compare ngan Estima dia tu, mana perasan. Dah langgar, keluar kereta kata aku laju sangat. WTH?

Alert ye lain kali kalau nak keluar simpang. Aku dah slow k, sebab nak masuk simpang tu. Tapi boleh jadi sebab Estima tu besar, dia brek pun lambat. Tak pe la, salah aku kut. Aku kan bawak motor je...

Kena beli side mirror lagi. Hurm...

p/s : Aku RESPECT orang yang bawak kereta besar-besar tapi still boleh bagi laluan kat kenderaan kecil yang lain.

Sunday, May 1, 2011

Hari mengingati kerja

Di hari pekerja ni, eloklah jugak aku bercerita pasal kerja aku sehari-hari time praktikal ni. Bermula dari hari Jumaat 22hb April lepas, kitorang dipindahkan pulak ke line 8.5. Sebenarnya tak ada pun line 8.5 ni. Tapi sebab ada ruang kosong antara line 8 dan 9 kat hangar 3 ni, muat la nak letak satu kapal lagi untuk buat maintenance. Tapi maintenance kecik-kecik je la. Lagi pun kapal 9M-MPH, Boeing 747-400 ni dah nak siap pun. Aku kerja kat kargo untuk kesekian kalinya.

Jom tengok sikit apa yang aku dah buat.

Siling tu dah dipasang balik. Sebelum pasang memang berselirat wayar kat atas tu.

Dinding tepi pun siap pasang jugak.

Yang ni belum siap lagi. Ada blanket kitorang bawak keluar, nak kena ganti yang baru. Panas beb dalam ni.

Yang ni E & E Bay. Pusat bagi kebanyakan peralatan elektronik, komputer dan sistem pendawaian kapal terbang.

Tengok bawah, nampak tayar.

Patutnya aku nak OT harini. Tapi macam letih je. Dok rumah je la rehat. Selamat hari pekerja!