Billboard

Followers

Tuesday, January 25, 2011

Baju yang best

Baru-baru ni, ada dilancarkan bas untuk wanita sahaja. Sebelum tu ada coach train untuk wanita. Tujuannya? Untuk elakkan masalah sosial, untuk lindungi wanita. Tapi bagi aku, kalau sorang wanita tu manjaga aurat dia, tak jadi kut masalah macam ni. Segelintir tu, pakai tudung, tapi singkat. Pakai baju tutup semua, tapi ketat pulak. Belum yang terbelah sini, tersingkat sana. Lelaki, suka la tengok. Siapa tak nak, orang dah tayang kan? Aku pun lelaki, aku tau la kan.

Jadi sebenarnya dah elok garis panduan yang dah ditetapkan Allah. Dia maha Mengetahui, so apa yang diperintahkan-Nya tu bersebab. Bagi aku, kalau perempuan tu tutup aurat mengikut garis panduan, tak ada kut lelaki nak pandang dengan bernafsu. Lain la kalau perempuan tu memang berniat nak menayang. Yang tu tak boleh nak kata apa la kan. Tapi cuba kita renung-renungkan potongan ayat ni. Bismillahirrahmanirrahim. "Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Tapi orang kita ni, bila pakai baju labuh ni, mula la kata, kolotlah, tak up to date lah. tak cantiklah. Bagi aku cantik je. Nampak manis, bawak jumpa mak ayah pun kompon lulus jadi calon menantu. Sini aku nak promote kedai online yang ada jual jubah muslimah, design menyamai jubah Jordan. Aku tengok minah arab pakai kat Time Square tu, nampak anggun bergaya je. Terpikat tau.

Kedai ni usaha salah seorang sahabat aku dengan rakan kongsi dia yang lain. So kalau korang berminat boleh la contact diorang. Boleh usha design kat blog ni, Dress Code.

p/s: bukan niat untuk menyingung perasaan sesiapa, hanyalah ingatan untuk kita sesama insan, dan untuk diri aku sendiri. mana yang baik sama-samalah kita kongsi. =)

Saturday, January 22, 2011

Formspring

Dah lama aku ada akaun ni. Tapi tak tau nak guna camne. Ke aku tak tau nak guna sebab tak ada orang nak tanya aku? Korang nak tanya ke? http://formspring.me/acancapik

Thursday, January 20, 2011

Sehari yang cuti

Lama gila tido. Dah bangun pagi, tido balik. Sedar, lelap balik. Tengok jam dah pukul 12 lebih, matahari pun dah tegak atas langit. Serius jharini memang tak ada plan nak buat apa-apa. Sebab cuti sehari je pun kan. Esok nak kena pegi kelas pulak. Patu Sabtu Ahad cuti balik. Kalau tak ada kelas memang confirm aku balik kampung je terus.

Cakap pasal kampung, semalam dapat berita dari kawan dan parents aku, pasal kematian abang kepada kawan rapat aku yang terlibat dalam kemalangan. Mari la kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk dia.

So, apa plan korang hari ni?

Monday, January 10, 2011

AJL?

Macam pelik plak aku tulis pasal AJL. Sebab aku bukan 'into' sangat ngan artis-artis ni, kecuali la underground. Huhu. Mungkin gak sebab Ana Raffali ni asalnya dari underground, mula bergerak dengan gig, so aku minat la kan. 


Tahniah Ana Raffali! Gabra gak dia time bagi ucapan kan. First time kut, berdebar-debar. Huhu...
Tapi Mrs.AcanCapix plak geram sebab Yuna tak menang. =p

Jenguk2 la blog Ana Raffali. (tapi macam jarang update jek. huhu...)