Billboard

Followers

Friday, December 31, 2010

Ringkasan 2010

January : Kembali dari cuti tahunan, pergi kenduri kahwin abang Meon kat Manjung Perak, trip ke Chilling dan permulaan blog aku jadi popular.



February : Saat-saat sedih sebab Mrs. AcanCapix akan meninggalkan tanah air, perjalanan sehari untuk bagi hadiah kat dia, dan trip METC Batch 07 ke Pulau Pangkor.

Kenangan di Pulau Pangkor

March : Bulan yang tak ada aktiviti berjalan sebab concentrate kat subjek berat dan bersedia untuk exam bulan April dan berita sedih bila dapat tahu parents kawan aku meninggal dalam kemalangan jalan raya. 

April : Masalah dalam hubungan jarak jauh mula terasa, exam Gas Turbine Engine, bulan yang serba tak kena kat aku.


May : Kenduri kahwin kat Serting, jumpa balik kawan-kawan masa kecik, terasa seronok bila dapat berkumpul balik ramai-ramai. Sambutan birthday aku yang terlewat, dan birthday Mrs.AcanCapix. Hubungan kembali pulih.




June : Kenduri kahwin kakak Shafiq Md Noor kat Trolak, Perak. Ribut melanda D'Rimba Kota Damansara dan jugak proses mencari rumah sewa masa praktikal nanti.



July: Mula memindahkan barang ke rumah baru. Final exam Module 11, Aircraft System. Bulan terakhir kat METC. Zaman kemerosotan blog aku. Post semakin berkurangan.


August : Bermula lembaran baru dalam hidup, memulakan on job training kat MAS, dan kehadiran bulan Ramadhan.


September : Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan trip ke Melaka tengok Cub Prix. 




Oktober : Seri Syawal masih ada, open house kat rumah Mimi, trip ke Hutan Lipur Lentang, dan kepulangan Mrs.AcanCapix ke tanah air.




November : Kenduri kahwin sepupu aku. Tak ada event besar, tak ada jalan-jalan. Hari-hari dengan rutin yang sama. Semangat nak berblog makin luntur.

December : Ride ke Felda Maokil, Johor. Dapat toolbox, duduk sorang-sorang kat rumah sebab member semua dah balik bercuti, sampai la ke saat ni, aku kat Serting Hilir.

Dah setahun lebih aku berblog. Bila baca balik kisah lama, banyak benda yang dah berlaku, banyak pengalaman yang dah kita pelajari, segala suka duka, konflik dengan diri sendiri, dengan kawan-kawan, semuanya mendewasakan kita. Blog ni lah diari aku, dan aku takkan berhenti menulis. Semoga tahun depan membawa lembaran baru dalam hidup kita semua. Pada kawan-kawan dan para bloggers sekalian, ampun maaf dipinta andai tersalah tulis, terguris perasaan mana-mana pihak. Aku hanyalah insan biasa. Selamat tinggal tahun 2010, selamat datang 2011. =)

Thursday, December 30, 2010

Rumah cantik

Rumah siapa yang cantik? Rumah sewa kitorang la. Huhu. Biasa la rumah bujang, kadang-kadang je baru nak kemas. Tak tau la angin apa, malam-malam mengemop lantai pulak. Boring sangat kut, dah tak tau nak buat apa sorang-sorang. Ataupun dah mula rimas sangat tengok lantai berdaki. Mungkin jugak sebab nak masuk tahun baru ni, so rumah pun nak nampak baru la. Huhu...

Kan kilat tu...

Ruang tamu.

Barulah rupa dapur.

Esok nak balik Serting. Yeay! Doakan aku selamat sampai... =)

Kemenangan milik Malaysia


Aku tengok bola sorang-sorang kat rumah, bila gol pun jerit sorang-sorang. Gila sayu. Huhu... Tapi dengar jugak la jiran-jiran menjerit bila Safee Sali membolos gol lawan pada minit ke 53. Apa yang aku boleh katakan, pasukan Malaysia bermain dengan bagus. Walaupun terdapat sedikit gangguan, yang mana muka Khairul Fahmi kena pancar dengan laser, tapi dia still cool, dan sampai habis dia dapat menjalankan tugas sebagai penjaga gol dengan baik.

Pasukan Indonesia pun tak kurang menyerlah dengan 2 gol, tapi tak cukup untuk mengatasi 3 gol dari perlawanan sebelum ni. Apa yang aku nampak, dua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Professionalism diorang terserlah, bila ada kekasaran atau ada yang injured, kedua-dua pasukan saling membantu. Mungkin yang extreme tu penyokong-penyokong fanatik je, sampai keluar dakwaan bukan-bukan, siap ada demonstrasi lagi kat depan hotel tempat penginapan pasukan Malaysia.

Tahiah buat squad kebangsaan Malaysia!

p/s: Kat Utusan kata Jumaat ni cuti. Boleh balik kampung awal sikit. Hehe...

Monday, December 13, 2010

Hidup segan mati tak mahu.

Kesian dah aku tengok blog ni. Saban hari tanpa post berkualiti yang baru. Hidup dalam putaran yang sama kadangkala buat aku jadi kebuntuan. Hilang punca dan idea untuk menulis. Ada jugak kadang-kadang benda baru dalam hidup, tapi rasa macam tak menarik pulak kalau aku tulis.

Blogwalking, satu benda yang dah lama aku tinggalkan. Ada la beberapa blog yang aku komited nak baca, tu pun kalau ternampak ada update. Makin lama aku jadi makin malas membaca. Mungkin sebab dah tak rasa keseronokan berblog barangkali.

Apa pun, blog ni masih ada, masih akan aku update kalau ada apa-apa yang aku rasa menarik, walaupun seminggu sekali, sebulan sekali...

Wednesday, December 8, 2010

Pegi sorang-sorang, balik ramai-ramai.

Perjalanan ni sangatlah tak dirancang. Last minit punya keputusan. Sebab apa, malam tu semua budak rumah aku tak ada. Lagi pun aku fikir, dok rumah je tak berhasil, baiklah aku pegi rumah Kiro kat Felda Maokil tu. Boleh gak tengok-tengok dia repair moto, bleh blaja. Kata orang, menuntut ilmu biar sampai ke negara China. Ni Maokil tu kat Labis je pun, still dalam Malaysia, takat naik motor 3 jam setengah tu apa ada hal. (Tapi pinggang rasa cam nak patah gak la...).

Aku gerak hari Sabtu, dalam 6.30 pagi. Gila awal, matahari pun tak berapa naik lagi. Dah la mendung semacam, sejuk pulak tu. Masa jalan tu dah rasa cam nak patah balik je. Tapi alang-alang dah jalan tu, teruskan je. Tapi time jalan tu motor semput semacam, lari pun 100km/j, bila nak sampai? Aku berhenti kat USJ, bukak motor, repair sikit, baru la ok. Dapat la maintain 120km/j. Masa tu pun berbelah bagi gak, nak balik ke nak teruskan, tapi bagi aku, sekali dah melangkah, jangan pandang belakang. Amacam, sastera kan gua?

Sampai Seremban, hujan mula turun renyai-renyai. Sebab renyai-renyai je aku teruskan jalan. Berpandukan SMS Kiro, aku dapat carik rumah dia. Sampai dalam pukul 11.30 pagi dengan keadaan basah lencun, aku mandi jap, kemudian bukak motor. Punya komited nak setting sampai ke Johor kan? Berhenti jap makan tengah hari, mak dia masak ikan asam pedas. Memang sedap, lagi-lagi tengah hujan camtu. Sambung balik sampai ke senja. Pastu malam lepak-lepak sambil borak-borak dengan kawan baru. Kiro ni pun aku baru kenal masa gi FNF MBC aritu. Dia sekampung dengan Rapie. Dalam pukul 1 pagi camtu, terus pengsan....

Esoknya, kitorang ambik gambar kenangan kat perkarangan rumah Kiro. Besar rumah dia, laman pun luas, sebab rumah corner lot Memang cun la lokasi pengambaran. Lagipun, bukan selalu 3 generasi Wave 125 jumpa macam ni. Sorang satu generasi.


Dari kiri : Motor Rapie, Wave 125X; motor Kiro, Wave 125S; dan motor aku, Wave 125R.

Aku pakai baju biru, sebelah tu Rapie.

Sebelum mulakan perjalanan pulang ke KL, kitorang alas perut dulu dengan nasi lemak yang mak Kiro masak. Sedap masakan mak ni, rasa macam nak balik kampung plak rasa. Lagi-lagi bila menaip dalam keadaan lapar. Ish... Kitorang mulakan perjalanan dalam pukul 12 tengah hari. Singgah kejap kat Tangkak, isi minyak, then masuk highway ikut susur masuk dari Tangkak. Berhenti kejap kat Ayer Keroh, isi minyak dan makan lunch, pastu teruskan lagi perjalanan sampai Seremban. Kat Seremban rehat lama sikit, solat, minum-minum, sambil tengok-tengok konvoi motor-motor lain.

Ni pulak Kiro.

Motor ni sangat kuat... Kalau jumpa kat highway boleh la try menyakat dia.

Lepas tu sambung jalan balik, singgah rumah Kiro kat Shah Alam, makan malam, then ke Ara Damansara pulak, borak kejap ngan Pak Tam sambil minum-minum. Pastu baru la balik rumah. Bayankan berapa banyak aku berjalan. 2 hari tu rasa sangat lama kat aku. Dah la Isnin keje, tapi memandangkan Selasa cuti, so aku tak kisah sangat. Sekian laporan jalan-jalan kali ni.

Monday, November 29, 2010

Mandi buih.

Motor kemain berdebu lagi. Ye la kan, nak basuh sendiri tak ada tempat. Rumah pulak kat atas sekali. Takkan nak pikul bawak turun air guna baldi. Kena ulang alik dalam 5 kali jawabnya tido sepanjang hari la lepas tu. So hantar cuci kedai je, sediakan RM5, settle.

Sexy u main sabun

Dah malam, tak nampak kilat la pulak =p .

Tuesday, November 23, 2010

Bila motor terbakar


Motor terbakar? Bukan motor aku la. Technician tempat aku praktikal tu punya motor. Tadi masa aku nak balik tengok dia terkial-kial start motor. Aku tanya apsal, dia kata takleh start, maybe sebab karburetor masuk air. Tadi pun hujan je sepanjang hari.

Alih-alih senja tadi dia call, mintak tolong tunda motor pergi bengkel. Macam tak percaya pulak bila dia kata motor terbakar. Puncanya, dia dah buang petrol kat karburetor, nak buang air yang termasuk kat situ. Pastu dia check plug. Masalahnya check dengan minyak still meleleh sikit-sikit. Apa lagi menyambar la. Nasib baik cepat ambik fire extinguisher. Kalau tak memang tinggal rangka je kut.

Wan Shah dengan aku pergi sana, tunda sampai depan Skypark, lepas tu bapak dia datang bawak pomen. Sebab dah terbakar, fuel filter abis cair. Buang, sambung direct fuel line ke karburetor, boleh pun start.

So pengajaran kat sini, dah buang petrol tu kasi kering dulu petrol sebelum check plug. Apa-apa hal nak buat fikir dulu apa yang mungkin jadi.

Saturday, November 13, 2010

We're not just bikers, we're brothers.


Okeh, setelah tido sepanjang hari, baru dapat mood balik. Tadi pas tak jadi nak tulis tu, keluar pergi bank. Tapi tutup plak. Makin menambahkan kebengangan aku je. So ubatnya tido. Dah tido mimpi macam-macam, lupa masalah..

So semalam sebenarnya aku pergi Friday Night Fever (FNF), satu gathering  yang dihadiri oleh ahli-ahli forum motosikal terbesar Malaysia, iaitu Malaysian Bikers Community (MBC). Dari petang lagi member-member aku yang aktif kat forum tu, macam Timon, Zaki dan Ikromi dah pakat-pakat nak pergi. Ada yang ajak, tapi sebab aku tak pernah pergi, lagi pun baru lagi kat forum tu, macam segan-segan je nak lepak ngan diorang. Tapi pas Maghrib, Zaki telefon ajak pegi, terus aku decide nak pegi. Sekali ngan kitorang, Ikromi dan Rafi, junior kitorang kat METC dulu. Tak tau la eja nama dia camne, malam tadi baru start borak ngan dia. Haha.

Lokasi FNF ni kat Kelana Jaya, sebelah Giant. Lepak ramai-ramai, masa sampai pusing dulu, salam semua orang. Dah jadi macam adat pulak. Tapi bagus la, boleh la kenal muka-muka forumers yang biasa tau kat nickname je, muka tak tau. Semalam aku dapat beberapa kawan baru. Baru kenal dah borak macam kenal 2-3 tahun. Best gak, tak la rasa kekok walaupun first time datang. Dah masing-masing minat motor, tanya soalan pasal motor, pasal teknikal motor, so memang masuk la kalau borak.

Aku sampai dalam pukul 9 lebih, borak punya borak sampai pukul 2 gak la. Ikut hati nak lepak lama lagi, tapi ramai yang dah balik. Time aku balik tu pun, tinggal 4-5 orang je kat kedai. Masa mula-mula tu ada la dekat 30 orang kut. Tu pun rasa aku dalam 0.075% jer dari ahli-ahli MBC yang lain sebab kalau tengok ahli berdaftar lebih dari 40 000 orang. Sekali dah pegi rasa nak pegi lagi. So minggu depan, takde pape boleh pegi lah. Banyak ilmu lagi nak kena menuntut ni. Menuntut resepi kelajuan. Hehe...

Apa pun, best dapat kenal diorang. Dan sesuai dengan motto diorang, 'we're not just bikers, we're brothers', semua ahli memang kamceng, tak kira la pakai moto apa pun. Sekian, laporan aktiviti malam semalam untuk korang.

Dah tulis banyak terdelete pulak. Hampeh!

Takde mood la nak tulis. Dah panjang berjela aku tulis pasal semalam, mouse buat hal. Nak baru nak scroll bantai dia select all pastu delete. Pastu button save now terus tulis saved. Huh! Sakit hati sungguh.

Sunday, October 31, 2010

Di hari Ahad yang damai

Kaki sakit2 lagi sebab eksiden. Huh, eksiden lagi. Nak kena mandi bunga ke hape ni? Jalan pun terdengkot-dengkot. Nasib badan. Semalam satu hari tido je, nak kasi luka cepat kering kononnya. Sudahnya, malam tadi tak boleh tido pulak, sampai la ke pagi. Eh, harini macam best je kalau gi dating, tapi kaki sakit plak. Camne?

Apa kata pegi dating tapi tak payah jalan-jalan. Jimat tenaga sikit ye tak?

Saturday, October 9, 2010

Lentang Terlentang

Berikutan konvoi ke Sungai Gabai yang tak menjadi lepas pergi rumah Mimi hari tu, hari Ahad, 3hb Oktober 2010 aku ke Hutan Lipur Lentang, dekat highway Karak tu ha. Asalnya function Mozek dengan geng-geng bisnes dia, tapi sebab tak ada geng nak naik motor, dia ajak aku. Siap ditabur janji-janji manis ada awek-awek turut serta. Siot je. Ingat aku bermata keranjang? Main bola keranjang pun tak reti. Awek pun berapa kerat je. Jantan ramai la. Tapi aku ikut bukan atas dasar nak mandi sungai, apatah lagi nak mengusha awek. Aku gian nak berkonvoi. Semenjak ke Melaka minggu lepas, rasa gian je nak ride jauh-jauh. Kalau duduk rumah je hari cuti mau tepu dek tido ngan tengok tv je.

Tapi tak kan la aku sorang je kan. Dah la tak kenal kawan-kawan Mozek, tambahan pulak aku ni pemalu, macam mana aku nak bersosial dengan diorang. So aku dah mempelawa beberapa orang rakan untuk turut serta. Antaranya Tontoi, Speyos, Rutet, Zaki dan beberapa orang lagi. Sorry la kat sapa-sapa yang aku terlupa. Mozek pun message time tengah malam. Akhirnya, dapat la jugak 5 orang. Mozek, aku, Rutet bawak Md Deham, dan jugak Zaki. Kitorang berkumpul kat Restoran Arafah dulu sebelum mula bergerak pukul 8 pagi.

Kitorang singgah Kota Damansara dulu, isi minyak dan beli makanan untuk lunch. Perjalanan pergi agak lancar, dengan cuaca baik. Tak ada tanda-tanda macam hari nak hujan. Sebelum masuk highway, kitorang berhenti kat tol Highway Karak untuk tunggu lagi seorang kawan Mozek. Dari sana, kitorang gerak sama-sama then singgah kejap kat Hentian Rehat Genting Sempah. Minum dulu, isi perut yang lapar.

Dalam perjalanan dari Genting Sempah ke Hutan Lipur Lentang tu, motor Zaki ditimpa masalah. Skru yang mengikat karburetor ke manifold hilang. Mula-mula syak macam ada orang bukak. Tapi macam mustahil la pulak sebab memang susah nak bukak skru tu kalau tak bukak cover set. Kitorang tunda motor Zaki sampai ke tempat mandi tu, lepas tu bukak motor dia. Kebetulan aku bawak cable tie, so dapat la jugak buat pengikat sambungan karburetor ke manifold tu. Lepas settle semua, baru la ada semangat nak mandi.

Asal boleh je ni.
Tu dia bertambat sana sini.

Aku tak tau berapa ramai orang yang ada. Tapi memang ramai la. Aku ni jenis kalau sekali ramai-ramai memang tak bertegur la sudahnya. Segan. Tapi kalau kenal dalam grup yang kecik boleh lagi aku nak try borak. Apa pun, kitorang mandi je la. Aku masuk tak sampai 15 minit dah keluar. Tak tahan sejuk la, kulit nipis. Aku duduk atas je, tengok orang mandi, sambil ambik gambar orang buat stunt terjun-terjun. Layankan aje gambar-gambar kat bawah ni.




 Jambatan gantung. Best main lompat-lompat.

 Saloon rambut.

Kalau gua amik mesti lagi hensem gambar ni.



 Perbincangan nak tekel awek yang mana satu.

Flying kick. Power mamat yang ambik gambar nih.

Lepas tension sebab karburetor tercabut.

Lompatan berduet.

Kitorang gerak balik dalam pukul 1. Singgah dulu kat Genting Sempah sekali lagi untuk menunaikan solat Zohor, lepas tu sambung balik perjalanan. Masa balik ni memang best sebab turun bukit. Tapi cuak jugak la, sebab aku tak biasa dengan jalan ni. Dah la banyak selekoh. Apa pun, memang best layan lap. Cuma tak berani nak corner sampai cecah lutut. Pakai baju biasa je, kut terseret lutut, mau beralih tempurung lutut. Zaki dalam rosak-rosak motor dia tu boleh pulak lari sampai 140km/h.







Sampai Subang, kitorang singgah minum cendol kat Gerai Cendol/Laksa Jitra Mai cawangan Subang Perdana. Bukan calang-calang Jitra Mai ni, banyak gak cawangan diorang ni. Lepas pekena cendol pulut, masing-masing beransur pulang. Aku pulak teman Zaki pergi bengkel motor untuk menggantikan balik skru yang hilang tu. Sekian sahaja paparan hujung minggu aku untuk minggu lepas.

 Muka keletihan lepas lari 160km/h.

 Tapi bila cendol sampai, segar terus muka.

Brader ni kata, motor Lagenda memang selalu jadi masalah macam ni. So bawak-bawak la check skru karbureor motor korang. Lagi afdal bawak cable tie sebagai bekalan.

Tuesday, October 5, 2010

Open House rumah Mimi

Seri Hari Raya Aidilfitri masih ada walaupun dah minggu ke-3 bulan Syawal. 2hb Oktober 2010, Mimi sekeluarga buat open house. Jadi dia dah menjemput kitorang yang pantang kalau ada makanan je, mesti mau datang punya. Tapi tengok gak la kan. Kalau dah jauh sangat tak dapat la nak datang.

Berkumpul kat rumah Ikromi dulu.

Ramai gak kan?

Rumah Mimi terletak kat Sungai Buloh Country Resort kat Saujana Utama. Lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah aku. Majlis yang patutnya mula pukul 10, sudahnya start pukul 11 sebab biasa la kan, pukul 10 kata nak start, pukul 10 baru nak gerak. Huhu... Sebelum acara makan-memakan berlangsung, kitorang adakan majlis bacaan tahlil dan doa selamat atas permintaan tuan rumah sendiri. Lepas tu apa lagi, balun la.

Muka baik masa baca tahlil.

Tiba time makan...

Tak sempat nak toleh kiri kanan.

Kitorang bergerak pulang dalam pukul 1 tengah hari. Ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan pada tuan rumah sebab jemput kami. Kalau boleh tahun depan buat la lagi. Haha... Petangnya plan nak ke Sungai Gabai, tapi tak jadi sebab takut hari hujan... Dok rumah je la relax-relax.

Saturday, October 2, 2010

Ride to Malacca pt.2 : Meroket dalam hujan dan Kemalangan

Habis event, kitorang jalan-jalan kat perkarangan stadium. Ada banyak booth untuk disinggah. Ada yang jual souvenir, buat pameran dan macam-macam lagi la. Tengok je gambar-gambar kat bawah ni.

Boleh tiru ni.

Wave 125X Racing Boy.

Main PS2, dapat keychain Yamaha.



Muka stim wo naik motor ni. Syok berangan.

Dua karburetor tu.

Kitorang gerak balik dalam pukul 4 petang. Kali ni kitorang berempat je. Aku, Ikromi, Odeng dengan Capik. Dude memang rumah dia kat Melaka kut. Masa tu hujan dah start turun. Aku tak ada baju hujan, redah je pakai T-Shirt. Habis basah lencun. Bawak pulak 120-130 km/h, sakit je badan kena air hujan. Sejuk wooo. Sampai Senawang hujan dah reda sikit. Tapi jalan memang jam tak ingat. Kereta semua gerak slow je sampai ke Seremban.

Nak jadi cerita, kat Seremban aku terlibat dalam kemalangan. Ceritanya, aku ikut belakang Capik, then ada kereta masuk highway dari susur masuk Seremban. Capik brek, aku pulak masa tu tengok side mirror. Tengok depan dah dekat dengan dia. Aku brek, tapi hilang kawalan sebab tayar terseret, tak berapa grip sebab jalan basah. Aku langgar sebelah kanan kereta tu, tumbang ke sebelah kiri, bergolek nak masuk bawah lori kat sebelah kanan. Alhamdulillah, mujur trafik tengah slow. Lori tu pun tengah berhenti sebab jam. Aku bangun, ambik moto, lari ke tepi jalan. Lepas check badan, tak ada apa-apa. Luka sikit kat siku kiri dengan birat kat lengan kanan. Kereta tu pun tak teruk, just calar siki. Tapi Mercedes pulak tu. Nasib baik owner dia tak kisah sangat. Kepada owner tu, saya mintak maaf banyak-banyak. Motor aku pulak, side mirror kiri je pecah. Lain-lain ok Pengajaran, kalau jalan jam pastikan alert, dan jangan ikut rapat sangat dengan kenderaan kat depan.

Lepas tu kitorang sambung jalan balik, dan berhenti kat R&R Seremban. Aku cuci luka, then isi minyak, lepas tu sambung perjalanan untuk pulang ke rumah. Hujan mula turun balik, tapi kali ni renyai-renyai je. Kali ni memang aku menggigil kesejukan, dengan menahan sakit lagi. Kitorang keluar highway ikut Tol Sungai Besi. Jumpa lagi geng Belang 150. Diorang lepak rehat kat situ. Kitorang berhenti kejap, Capik nak jumpa member dia. Tapi member dia tak ada, ikut geng lain. Lama gak tunggu, member dia tak sampai. Lepas borak-borak kejap dengan brader geng Belang tu, kitorang gerak balik ke rumah masing-masing.

Lepak dengan geng Belang 150R.

 Siku berlubang. Buruk siku ke camni?

Ni birat kat lengan kanan.

Memang best konvoi ni, tapi pastikan sentiasa alert, dan berhati-hati. Kalau nak laju tengok keadaan. Pastikan selamat, dan tau kemampuan dan had kenderaan kita. Apa pun, malang memang tak berbau, dan kemalangan boleh terjadi bila-bila masa je. Macam post aku sebelum ni, kalau boleh pakai la pakaian keselamatan. AKu nak beli jacket pun tak mampu lagi. Baru ada glove je. Kira ok jugak la, kalau tak mau berlubang jugak tapak tangan. Apa pun, aku enjoy dengan ride ke Melaka ni, dan banyak pengajaran yang aku belajar. Ni dah rasa gian pulak nak berkonvoi. Bila lagi geng?