Perjalanan ni sangatlah tak dirancang. Last minit punya keputusan. Sebab apa, malam tu semua budak rumah aku tak ada. Lagi pun aku fikir, dok rumah je tak berhasil, baiklah aku pegi rumah Kiro kat Felda Maokil tu. Boleh gak tengok-tengok dia repair moto, bleh blaja. Kata orang, menuntut ilmu biar sampai ke negara China. Ni Maokil tu kat Labis je pun, still dalam Malaysia, takat naik motor 3 jam setengah tu apa ada hal. (Tapi pinggang rasa cam nak patah gak la...).
Aku gerak hari Sabtu, dalam 6.30 pagi. Gila awal, matahari pun tak berapa naik lagi. Dah la mendung semacam, sejuk pulak tu. Masa jalan tu dah rasa cam nak patah balik je. Tapi alang-alang dah jalan tu, teruskan je. Tapi time jalan tu motor semput semacam, lari pun 100km/j, bila nak sampai? Aku berhenti kat USJ, bukak motor, repair sikit, baru la ok. Dapat la maintain 120km/j. Masa tu pun berbelah bagi gak, nak balik ke nak teruskan, tapi bagi aku, sekali dah melangkah, jangan pandang belakang. Amacam, sastera kan gua?
Sampai Seremban, hujan mula turun renyai-renyai. Sebab renyai-renyai je aku teruskan jalan. Berpandukan SMS Kiro, aku dapat carik rumah dia. Sampai dalam pukul 11.30 pagi dengan keadaan basah lencun, aku mandi jap, kemudian bukak motor. Punya komited nak setting sampai ke Johor kan? Berhenti jap makan tengah hari, mak dia masak ikan asam pedas. Memang sedap, lagi-lagi tengah hujan camtu. Sambung balik sampai ke senja. Pastu malam lepak-lepak sambil borak-borak dengan kawan baru. Kiro ni pun aku baru kenal masa gi FNF MBC aritu. Dia sekampung dengan Rapie. Dalam pukul 1 pagi camtu, terus pengsan....
Esoknya, kitorang ambik gambar kenangan kat perkarangan rumah Kiro. Besar rumah dia, laman pun luas, sebab rumah corner lot Memang cun la lokasi pengambaran. Lagipun, bukan selalu 3 generasi Wave 125 jumpa macam ni. Sorang satu generasi.
Dari kiri : Motor Rapie, Wave 125X; motor Kiro, Wave 125S; dan motor aku, Wave 125R.
Aku pakai baju biru, sebelah tu Rapie.
Sebelum mulakan perjalanan pulang ke KL, kitorang alas perut dulu dengan nasi lemak yang mak Kiro masak. Sedap masakan mak ni, rasa macam nak balik kampung plak rasa. Lagi-lagi bila menaip dalam keadaan lapar. Ish... Kitorang mulakan perjalanan dalam pukul 12 tengah hari. Singgah kejap kat Tangkak, isi minyak, then masuk highway ikut susur masuk dari Tangkak. Berhenti kejap kat Ayer Keroh, isi minyak dan makan lunch, pastu teruskan lagi perjalanan sampai Seremban. Kat Seremban rehat lama sikit, solat, minum-minum, sambil tengok-tengok konvoi motor-motor lain.
Ni pulak Kiro.
Motor ni sangat kuat... Kalau jumpa kat highway boleh la try menyakat dia.
Lepas tu sambung jalan balik, singgah rumah Kiro kat Shah Alam, makan malam, then ke Ara Damansara pulak, borak kejap ngan Pak Tam sambil minum-minum. Pastu baru la balik rumah. Bayankan berapa banyak aku berjalan. 2 hari tu rasa sangat lama kat aku. Dah la Isnin keje, tapi memandangkan Selasa cuti, so aku tak kisah sangat. Sekian laporan jalan-jalan kali ni.
1 Feedback(s):
Post a Comment
Post a Comment