Billboard

Followers

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Penjara Pudu dirobohkan



Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun dirobohkan semalam, 21 June 2010, jam 10 malam. Aku tak faham kenapa satu peninggalan sejarah yang bermakna macam ni senang-senang je dirobohkan untuk projek komersial. Nak buat shopping complex ke hape ntah. Tak cukup-cukup lagi tempat nak bagi manusia lalai dan leka. Bagi aku, setiap benda ada nilai nostalgia yang tersendiri, dan bukan semua orang faham untuk menghayati apa yang tersirat. Mungkin orang yang membuat keputusan untuk merobohkan bangunan ni hanya melihat ia sebagai bangunan buruk, yang mencemarkan pandangan, dan lebih elok dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan yang boleh mendatangkan duit. Duit memang berkuasa sekarang ni, dan lebih bernilai dari nilai sejarah yang boleh membangkitkan jati diri seorang warganegara...

Serious aku touching. Bangunan ni tak salah apa-apa pun...

Sunday, June 13, 2010

Seakan dilanda taufan

Sedang aku leka tengok video kat Youtube, tiba-tiba kilat sabung menyabung, ribut bertiup kencang. Aku off PC, then pergi tutup tingkap bilik. Pandangan aku terpaku bila tengok beberapa keping atap genting terbang melayang macam kepingan kertas je. Aku tengok pokok tumbang, dan serpihan atap genting berterabur atas jalan. Keluar dari bilik, budak-budak ni tengah kecoh. Atap genting yang melayang tu pun antara yang ada kat atas bumbung rumah aku. Habis bocor, air masuk dari celah siling. Ribut tu kejap je, lepas tu reda.

Bila turun bawah, boleh tahan jugak kesannya. Memang atap genting banyak yang jatuh bersepah. Sebelum ni ada jugak ribut, tapi tak pernah kuat macam ni. Aku tengok banyak jugak kereta yang pecah cermin dan kemek sana-sini. Korang tengok la sendiri kadar kemusnahan yang berlaku.

Dah macam kat oversea lak Ad ni.

Kemek dan cermin retak seribu.

Uh, tak tau nak kata apa, memang dahsyat.





Pokok-pokok tumbang.


Atap-atap genting berterbangan.




Bala apakah ini? Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami Ya Allah...

Wednesday, May 12, 2010

Benda HARAM dihalalkan

Kerajaan dah luluskan lesen pertaruhan sempena kejohanan bolasepak Piala Dunia 2010. Maknanya, kerajaan Malaysia, yang merupakan sebauh negara ISLAM dah meluluskan sesuatu yang sudah terang-terangan termaktub sebagai HARAM dalam hukum Islam. Alasan? Kalau kerajaan tak luluskan pun, pertaruhan haram still akan berlaku jugak. Apa rasionalnya meluluskan lesen judi ni? Bila duit dah beraja di mata, buang segala hukum, dosa neraka tolak tepi, yang penting perut terisi. Bala Allah nanti siapa yang tanggung? Bukan pemimpin je yang kena, satu negara pun boleh melingkup. Aku nak tulis panjang lebar tak reti,tapi apa yang rakyat macam kita boleh buat? Fikir-fikirkanlah. Bangunlah dari kesenangan yang mengaburi mata kita...

Sumber

Kenapa tak ada berita ni kat TV, Berita Harian dan Utusan?