Billboard

Followers

Tuesday, September 28, 2010

Ride to Malacca pt.1 : Meroket, Absorber Patah dan Cub Prix.

26hb September 2010, jam 8.30 pagi, aku, Ikromi dan Odeng mula meninggalkan perkarangan Pangsapuri Jasmin. Destinasi kitorang ialah Stadium Hnag Jebat, Melaka. Ni memang plan semalam, harini terus pergi. Mulanya aku ingat nak pergi Mempaga, Pahang sebab ada open house kat rumah Alep. Tapi nak pergi geng pun member semua tak confirm, bila Ikromi ajak pergi tenok Cub Prix kat Melaka malam tu aku terus je decide nak ikut. Cuak jugak nak pergi, motor aku bukan laju pun, nak ikut geng motor power.

Kawan-kawan kromi dah lama tunggu dekat Hentian R&R Seremban. Masa tu ada konvoi Suzuki Belang 150R tengah lepak isi minyak kat situ. Memang penuh stesen minyak tu dengan diorang. Masa diorang nak start gerak, memang bergegar la stesen tu dengan bunyi motor diorang. Motor dah la power, gerak pulak ramai-ramai, memang macho giler lah.

Kat Petronas R&R Seremban.

Lepas isi minyak, kitorang pun start gerak. Kawan-kawan Ikromi ada 3 orang. Capik, Dude dengan brader EX5.Tak tau pulak nama dia, Masing-masing pakai Honda Wave 125S dan EX5. so kitorang berenam la konvoi. Nak kejar geng Belang tu memang dah tak terkejar dah. Dari Jasmin asalnya aku pakai bubble jacker, ala, jacket yang kembung2 tu, macam orang main ski selalu pakai. Tapi sebab gelembung tu, motor jadi tak berapa laju, rintangan kuat.Nak ikut Odeng dengan Ikromi, masing-masing laju je, Last-last aku tak pakai la jacket tu. Pakai glove je. Atas highway macam-macam gaya ada nak kasi laju punya pasal. Tunduk tahap maksimum, tertonggeng-tonggeng atas motor nak potong angin . Posisi ni Ikromi panggil meroket. Nak taknak kena la aku ikut. Aku mana reti bawak motor laju-laju ni. Tapi tak ikut kang tertinggal, aku mana tau jalan (alasan tak boleh blah).

Tapi dek kelajuan tu, motor jadi problem. Keluar highway kat Simpang Ampat, rasa lembik je bahagian belakang. Tengok-tengok absorber belakang sebelah kiri dah patah. Jadi monoshock sekejap motor aku. Kitorang pergi umah sorang lagi kawan Ikromi kat Duyong, Melaka, Hafizumi nama dia. Gerak slow je sebab motor dah problem. Pengajaran. Check condition motor sebelum merembat jauh-jauh, laju-laju. Sampai rumah member Ikromi tu, lepak sekejap borak-borak, lepas tu pergi kedai spare part. Dude dengan brader EX5 balik rumah dulu, hantar barang. Sampai kedai, tukar terus absorber belakang. Kalau teruskan mau patah pulak yang sebelah lagi. Nasib baik murah jugak, RM60 je.

Absorber patah bahagian bawah. Jatuh spring tu.

Lepak kat rumah Hafizumi kat Duyong.

Bukak kedai kat tepi kedai.

Ni absorber baru.

Siap motor, kitorang sambung gerak ke Stadium Hang Jebat. Tapi sebelum tu pegi makan dan solat kat R&R mana ntah. Tempat lori dengan bas berhenti rehat. Kawasan tu dah dekat dah dengan stadium. Lepas makan, hujan turun renyai-renyai. Kitorang sampai stadium dalam pukul 3. Jumpa Zaki kat booth Yamaha. Siap pakai baju Yamaha lagi. Best la diorang Yamaha support konvoi. Dapat baju, makan McD siap duit minyak lagi. Honda bila ntah nak support. Support la sikit, kasi meriah industri permotoran.


 Pemandangan sekitar perkarangan stadium.

Masa sampai tu kategori CP115 baru nak mula. Nak tengok dekat perkarangan stadium tu pemandangan tak berapa cun pulak, sebab ramai sangat orang. Habis CP115 aku dengan Ikromi naik bukit sebelah belakang trek. Baru la nampak jelas. Tapi habis basah lencun badan dengan peluh. Hujan pun dah berenti, trek pun kering. Yang lain menyusul panjat bukit sambil mengah-mengah. Tak lama lepas tu kategori CP130 pulak mula. Kategori ni best sikit sebab motor memang power compare dengan kategori CP115. Tapi trek dia banyak lurus, tak best sangat sebab tak dapat tengok diorang ambik korner. Best wo tengok motor kecik ambik korner. Aku rasa kalau Rossi naik moto GP tu kat trek ni mau langgar devider.


Amaran, lumba motor adalah bahaya.

Setakat ni dulu, esok tunggu post pasal trip balik yang penuh pancaroba. Jumpa lagi!

Wednesday, September 22, 2010

Beraya kat Serting

Ni koleksi gambar raya kat Serting. Biasa la kan kalau datang raya, bergossip liar je la kerja. Hohoho...

Ni kat rumah Ernita. Tuan rumah yang pakai baju hijau. 

Raya ke tengok TV?

Ni pulak kat rumah Abe a.k.a Helmi.

Ni pun kat rumah Abe jugak.

Ni kat rumah Cepah

Tuan rumah mesti la dok depan sekali ye tak?


Ni pulak kat rumah aku, makan soto lagi. Rugi a korang tak datang raya rumah aku. =p

Last sekali, rumah Ayu Suboh. Gambar posing tak boleh blah...

Cerita? Malas nak cerita la. cerita zaman kanak-kanak je pun.

Monday, September 20, 2010

Karok

Hari raya ke 7, kitorang pergi karaoke kat Kiara Square, Bahau. Dah makin maju aku tengok Bandar Bahau ni. Kiara Square tu pulak kurang sikit je dari Time Square. Ok aku tipu je. Tapi kira best gak la. Ada jugak la panggung wayang dengan tempat karaoke. Macam tahun lepas pergi karaoke kat situ jugak, tapi kat k-box. Orang panggil karaoke jamban sebab tempat kecik je. ali ni sewa satu bilik, RM20 sejam. Berbaloi jugak rasanya. Sound system pun best. Mula-mula sejam je, pastu macam tak puas hati je, terus tambah lagi sejam. Keluar dah tak boleh bercakap, suara habis.



Lepas habis karaoke, pergi sembahyang Zuhur dulu, lepas tu pergi makan sup, untuk memulihkan semula suara yang hilang. Kedai ni agak tersorok sikit, tapi penuh dengan orang. Sebabnya? Sup dia memang well known dek orang-orang sekitar Bahau ni. Sup dia berempah, kalau makan memang tangkap leleh punya lah. Kena duduk dekat dengan kipas wooo...

Muka kelaparan lepas tak ada suara.

 Ni dia sup kambing. Terbaikkk habaq hang...

Cendol pulut pun best gak.

Gerai kecik je, tapi ramai orang.

Ni ha lokasinya. Kalau korang datang Bahau cari la tempat ni. Pandai-pandai korang la ye.

Balik rumah, sambung beraya...

Saturday, September 18, 2010

Beraya di kampung

Ok, mari bercerita pasal sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Aku balik Kampung L.B.J. hari Khamis petang, dalam pukul 4.30 macam tu. Pagi tu rasa macam nak ponteng je, sebab kerja pun separuh hari. Tapi bangun pagi rasa tak sedap hati, berbelah bahagi, terus aku sarung baju kerja. Tak pe la, balik L.B.J. pun sejam je. Tak payah nak terkejar-kejar. Aku sampai pukul 5.30. Mak ayah aku dah ada kat sana. Malam tu buka puasa makan nasi ambang dalam dulang. Huhuhu...


Makan gilir-gilir ni. 

Pagi 1 Syawal disambut dengan penuh kesyukuran. Cewahhh... Bangun pagi, mandi, pakai baju raya, pergi sembahyang raya. Cuaca redup-redup mendung je hari tu. Balik rumah, bermaaf-maafan dengan kaum keluarga, pastu jalan-jalan raya. Aku tak reti nak jalan raya sendiri. Sekali pergi jalan raya rumah jiran satu family ramai-ramai. Memang habis la kuih raya rumah orang kitorang rembat. Hahaha...

Cucu-cucu atuk dan nenek.


Abaikan budak baju hijau tu...

Raya kedua, malamnya buat BBQ pulak. Ayam ada, ikan ada, kambing pun ada. Perut meragam pun buat tak layan je. Makan selagi termampu. Huh, buruk lantak sungguh ye tak?

Memoghun namo eh...




Tak ke mana sangat pun dok kat kampung ni. Ada la jugak raya rumah member sekolah dulu, Afendi. Rumah dia ni dekat je dengan rumah Pak Teh aku. Then hari raya ketiga pulak pergi Kuala Selangor, rumah Mak Ngah sebelah ayah. Petangnya aku balik Serting. Tamatlah cerita raya kat kampung. Ha, belum habis lagi, ada cerita raya kat Serting pulak... Tungguuuu...



Sementara tu, sedikit paparan video bila dah habis raya kat rumah orang. Masing-masing mula la tengok angpau dapat berapa ringgit.

Wednesday, September 15, 2010

Aku kat rumah

Aku still kat Serting Hilir lagi. Cuti sampai Ahad ni. Dah ada internet ni tak ada mood pulak nak update. Masih dalam mood raya mungkin. Sakit perut pun tak elok lagi. Dari hari raya first melantak macam-macam, maunya tak sakit perut. Aku tengah mengumpul bahan lagi nak update blog. Sekali harung je la aku update, amacam?

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan khas buat semua


Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan, para bloggers dan sesiapa sahaja yang membaca blog yang tak seberapa ni. Sedar tak sedar dah setahun aku berblog. Macam-macam cerita dan pengalaman aku dah ceritakan kat para pembaca semua. Dan dikesempatan ini jugak, aku nak minta maaf banyak-banyak atas segala salah silap, mana-mana tulisan yang tak menyenangkan dan menyingung perasaan dan apa-apa yang tak sedap di mata korang.

Selamat menyambut hari raya dengan penuh keberkatan, kemeriahan, kegembiraan dan segala ke_an lagi lah...

Kepada yang berada jauh di negara orang, jangan sedih-sedih, bukan selalu dapat raya kat negara orang kan. =)