Billboard

Followers

Tuesday, September 28, 2010

Ride to Malacca pt.1 : Meroket, Absorber Patah dan Cub Prix.

26hb September 2010, jam 8.30 pagi, aku, Ikromi dan Odeng mula meninggalkan perkarangan Pangsapuri Jasmin. Destinasi kitorang ialah Stadium Hnag Jebat, Melaka. Ni memang plan semalam, harini terus pergi. Mulanya aku ingat nak pergi Mempaga, Pahang sebab ada open house kat rumah Alep. Tapi nak pergi geng pun member semua tak confirm, bila Ikromi ajak pergi tenok Cub Prix kat Melaka malam tu aku terus je decide nak ikut. Cuak jugak nak pergi, motor aku bukan laju pun, nak ikut geng motor power.

Kawan-kawan kromi dah lama tunggu dekat Hentian R&R Seremban. Masa tu ada konvoi Suzuki Belang 150R tengah lepak isi minyak kat situ. Memang penuh stesen minyak tu dengan diorang. Masa diorang nak start gerak, memang bergegar la stesen tu dengan bunyi motor diorang. Motor dah la power, gerak pulak ramai-ramai, memang macho giler lah.

Kat Petronas R&R Seremban.

Lepas isi minyak, kitorang pun start gerak. Kawan-kawan Ikromi ada 3 orang. Capik, Dude dengan brader EX5.Tak tau pulak nama dia, Masing-masing pakai Honda Wave 125S dan EX5. so kitorang berenam la konvoi. Nak kejar geng Belang tu memang dah tak terkejar dah. Dari Jasmin asalnya aku pakai bubble jacker, ala, jacket yang kembung2 tu, macam orang main ski selalu pakai. Tapi sebab gelembung tu, motor jadi tak berapa laju, rintangan kuat.Nak ikut Odeng dengan Ikromi, masing-masing laju je, Last-last aku tak pakai la jacket tu. Pakai glove je. Atas highway macam-macam gaya ada nak kasi laju punya pasal. Tunduk tahap maksimum, tertonggeng-tonggeng atas motor nak potong angin . Posisi ni Ikromi panggil meroket. Nak taknak kena la aku ikut. Aku mana reti bawak motor laju-laju ni. Tapi tak ikut kang tertinggal, aku mana tau jalan (alasan tak boleh blah).

Tapi dek kelajuan tu, motor jadi problem. Keluar highway kat Simpang Ampat, rasa lembik je bahagian belakang. Tengok-tengok absorber belakang sebelah kiri dah patah. Jadi monoshock sekejap motor aku. Kitorang pergi umah sorang lagi kawan Ikromi kat Duyong, Melaka, Hafizumi nama dia. Gerak slow je sebab motor dah problem. Pengajaran. Check condition motor sebelum merembat jauh-jauh, laju-laju. Sampai rumah member Ikromi tu, lepak sekejap borak-borak, lepas tu pergi kedai spare part. Dude dengan brader EX5 balik rumah dulu, hantar barang. Sampai kedai, tukar terus absorber belakang. Kalau teruskan mau patah pulak yang sebelah lagi. Nasib baik murah jugak, RM60 je.

Absorber patah bahagian bawah. Jatuh spring tu.

Lepak kat rumah Hafizumi kat Duyong.

Bukak kedai kat tepi kedai.

Ni absorber baru.

Siap motor, kitorang sambung gerak ke Stadium Hang Jebat. Tapi sebelum tu pegi makan dan solat kat R&R mana ntah. Tempat lori dengan bas berhenti rehat. Kawasan tu dah dekat dah dengan stadium. Lepas makan, hujan turun renyai-renyai. Kitorang sampai stadium dalam pukul 3. Jumpa Zaki kat booth Yamaha. Siap pakai baju Yamaha lagi. Best la diorang Yamaha support konvoi. Dapat baju, makan McD siap duit minyak lagi. Honda bila ntah nak support. Support la sikit, kasi meriah industri permotoran.


 Pemandangan sekitar perkarangan stadium.

Masa sampai tu kategori CP115 baru nak mula. Nak tengok dekat perkarangan stadium tu pemandangan tak berapa cun pulak, sebab ramai sangat orang. Habis CP115 aku dengan Ikromi naik bukit sebelah belakang trek. Baru la nampak jelas. Tapi habis basah lencun badan dengan peluh. Hujan pun dah berenti, trek pun kering. Yang lain menyusul panjat bukit sambil mengah-mengah. Tak lama lepas tu kategori CP130 pulak mula. Kategori ni best sikit sebab motor memang power compare dengan kategori CP115. Tapi trek dia banyak lurus, tak best sangat sebab tak dapat tengok diorang ambik korner. Best wo tengok motor kecik ambik korner. Aku rasa kalau Rossi naik moto GP tu kat trek ni mau langgar devider.


Amaran, lumba motor adalah bahaya.

Setakat ni dulu, esok tunggu post pasal trip balik yang penuh pancaroba. Jumpa lagi!

6Feedback(s):