Billboard

Followers

Saturday, September 18, 2010

Beraya di kampung

Ok, mari bercerita pasal sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Aku balik Kampung L.B.J. hari Khamis petang, dalam pukul 4.30 macam tu. Pagi tu rasa macam nak ponteng je, sebab kerja pun separuh hari. Tapi bangun pagi rasa tak sedap hati, berbelah bahagi, terus aku sarung baju kerja. Tak pe la, balik L.B.J. pun sejam je. Tak payah nak terkejar-kejar. Aku sampai pukul 5.30. Mak ayah aku dah ada kat sana. Malam tu buka puasa makan nasi ambang dalam dulang. Huhuhu...


Makan gilir-gilir ni. 

Pagi 1 Syawal disambut dengan penuh kesyukuran. Cewahhh... Bangun pagi, mandi, pakai baju raya, pergi sembahyang raya. Cuaca redup-redup mendung je hari tu. Balik rumah, bermaaf-maafan dengan kaum keluarga, pastu jalan-jalan raya. Aku tak reti nak jalan raya sendiri. Sekali pergi jalan raya rumah jiran satu family ramai-ramai. Memang habis la kuih raya rumah orang kitorang rembat. Hahaha...

Cucu-cucu atuk dan nenek.


Abaikan budak baju hijau tu...

Raya kedua, malamnya buat BBQ pulak. Ayam ada, ikan ada, kambing pun ada. Perut meragam pun buat tak layan je. Makan selagi termampu. Huh, buruk lantak sungguh ye tak?

Memoghun namo eh...




Tak ke mana sangat pun dok kat kampung ni. Ada la jugak raya rumah member sekolah dulu, Afendi. Rumah dia ni dekat je dengan rumah Pak Teh aku. Then hari raya ketiga pulak pergi Kuala Selangor, rumah Mak Ngah sebelah ayah. Petangnya aku balik Serting. Tamatlah cerita raya kat kampung. Ha, belum habis lagi, ada cerita raya kat Serting pulak... Tungguuuu...



Sementara tu, sedikit paparan video bila dah habis raya kat rumah orang. Masing-masing mula la tengok angpau dapat berapa ringgit.

0Feedback(s):