Billboard

Followers

Wednesday, April 28, 2010

Rythms Del Mundo

Ahad lepas, masa study untuk exam hari Isnin lepas, sebab dah rasa tepu sangat nak mengadap note, aku cuba mendapatkan halwa telinga sebagai peneman aku belajar. Tapi aku bukan jenis yang belajar sambil dengar lagu pun. Aku perlukan suasana senyap sunyi untuk tumpukan kan study. Tapi dah lama sangat sunyi, mata pun naik ngantuk pulak la kan. Teringat nak dengar balik lagi-lagu dari Kaiser Cheifs, so aku download la lagu I Predict A Riot, Ruby, dan Modern Way. Dah siap, bila dengar balik, lagu Modern Way tu lain pulak rentaknya, macam lagu cuban/salsa/latin/mambo. Tertarik dengan kelainan tu, aku tengok balik details pasal lagu tu.

Lagu tu merupakan salah satu lagu dalam album Rythms Del Mundo. Satu album kolaborasi antara Buena Vista Social Club dengan track artis-artis dari UK dan US, macam Dido, Arctic Monkeys, U2, Coldplay, Sting, Jack Johnson, Maroon 5, Franz Ferdinand, Kaiser Chiefs dan lain-lain. Album ni ada kesinambungannya yang berjudul Rythms Del Mundo classic.


Ni cover album Rythms Del Mundo, ada 16 tracks semuanya.

Clocks - Coldplay - 5:01
Better Together - Jack Johnson - 3:27
Dancing Shoes - Arctic Monkeys - 2:29
One Step Too Far - Dido & Faithless - 3:17
As Time Goes By - Ibrahim Ferrer - 3:10
I Still Haven't Found What I'm Looking For - U2 & Coco Freeman - 4:53
She Will Be Loved - Maroon 5 - 4:05
Modern Way - Kaiser Chiefs - 3:58
Killing Me Softly - Omara Portuondo (cover song of Roberta Flack) - 4:27
Ai no Corrida - Vania Borges feat. Quincy Jones - 4:30
Fragilidad - Sting - 4:17
Don't Know Why - Vania Borges (cover song of Norah Jones) - 3:10
Hotel Buena Vista - Aquila Rose & Idania Valdez - 3:27
The Dark of the Matinee - Coco Freeman feat. Franz Ferdinand - 3:58
High and Dry - El Lele de Los Van Van feat. Radiohead (samples) - 5:14
Bonus Track. Casablanca (As Time Goes By) - Ibrahim Ferrer & Omara Portuondo - 3:10


Ni pulak cover album Rhytms Del Mundo Classic, ada 19 tracks semuanya.

Hotel California - The Killers
Cupid - Amy Winehouse
Imagine - Jack Johnson
Under Pressure - Keane
Walk On The Wild Side - Editors
I Heard It Through The Grapevine - Kaiser Chiefs
(I Can't Get No) Satisfaction - Cat Power
Under The Boardwalk - The Rolling Stones
Runaway - The Zutons
Because The Night - KT Tunstall
Bohemian Rhapsody - Augusto Enriquez
For What It's Worth - OneRepublic
Big Yellow Taxi - Aquila Rose & Idana Valdes
Beat It - Fall Out Boy & John Mayer
Purple Haze - RDM
Smells Like Teen Spirit - Shanade
Are You Ready For Love - The Kooks
Mi Cherie Amour - Eros Ramazzotti
Stairway To Heaven - Rodrigo y Gabriela

Kat sini aku nak share lagu Maroon 5 - She Will Be Loved versi Rythms Del mundo. Hope you'll enjoy it. =)


p/s : dear, nanti kita dengar lagu ni bawah bulan sambil bertango ea... huhu...

Thursday, April 22, 2010

Lelaki berperut buncit lepas kahwin. Benar atau mitos?

Haritu masa berforum kat MBC, aku terbaca post berkaitan masalah keboroian lelaki lepas kahwin. Sebelum ni pun aku pernah baca pasal benda ni. Jadi aku nak share kan kat sini.

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?


ISTERI BAHAGIA,


Hulu Langat.




JAWAPAN 


Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga. 


Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah?. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!


Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.


Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim? dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.


Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu? atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.


Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air  isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.


Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.


Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga. 


Pada lelaki yang dah berkahwin, betul ke? Dan pada yang dah belum kahwin, korang tak kisah ke kalau boroi? Camne ni, aku taknak boroi. Tapi takkan tak kahwin pulak kan? Bakal isteriku, jangan la masak banyak-banyak ea. Biar cukup-cukup perut je masak tu. Nak maintainkan pinggang 29 ni. Huhu...

Monday, April 12, 2010

Burger Keju Berganda



Minggu lepas tiba-tiba aku mengidam nak makan Double Cheeseburger. Lagi-lagi bila ternampak flyers McD yang ada kat surat khabar. Pergi kelas pagi-pagi pun nampak McD kat Terminal 3 Subang Airport tu. Makin la rasa nak mengunyah kepingan daging tu membuak-buak. Kalau tengok gambar burger tu lama-lama kecur je air liur. Nasib baik tak meleleh-leleh. Makin hari makin tak tertahan. Pankreas terasa gatal-gatal nak merembeskan jus pankreas untuk menghadam karbohidrat, protein dan lemak dalam burger tu. Haih, macam perempuan mengandung lak aih. Silap-silap bini aku mengandung, aku lak yang mengidam.

Semalam ajak Cuki gi makan. Beli set large, terbungkang kekenyangan... Alhamdulillah...



p/s: dalam mood kerinduan yang teramat sangat sebab lost contact kejap ngan Mrs.AcanCapix... huuuuuuuuuu...

Sunday, April 11, 2010

Hobin jang hobin!


Tahniah buek pasukan Negeri Sembilan sobab monang Pialo FA tadi. Walaupun den tak berapo in bona nak nengok bola, tapi sebagai seorang anak jati N9, sudah semosti eh den berbanggo deongan kemonangan ni. Dan biaso lah, bilo dah monang, ado la penyokong pihak yang kalah koba, monang nasib, kalah penalti yo pun. Tapi kut dah kalah penalti pun, tu sumo sobab skill goalkeeper ngan orang yang sepak bola tu jugak an. Apo-apo lah, den bukan ghoti bona pasal bola ni. Apo pun, tahniah sekali laei den ucap an. Hobin jang hobin!

Friday, April 2, 2010

Kehilangan


Pagi tadi, masa naik bas nak pergi kelas, aku dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Din Beramboi akibat demam denggi berdarah. Takziah untuk mereka sekeluarga. Macam tak percaya,kita dah kehilangan seorang pelawak yang best kat Malaysia ni. Allah lebih sayangkan beliau.

Pagi-pagi, on the way nak ke kelas, biasanya dalam bas akan bukak radio Era. Riuh pagi bersama Aznil dan Din Beramboi. Bila dengar lawak dia pagi-pagi, terasa ceria je nak mulakan hari. Kitorang pun pakat gelak ramai-ramai dalam bas. Rasa seronok je. Lawak dia memang spontan habis. Aku rasa, nak tiru cara dia berlawak pun tak boleh. Dan setiap kali dengar ulangan Sawancara atau Drama Sebabak, aku masih boleh gelak lagi walaupun 2-3 kali dah dengar. Itu belum aksi dia dalam spontan. Lagi la aku sakit perut sebab gelak.

Apa yang pasti, kehilangan arwah amatlah dirasai oleh semua orang. Tapi beliau akan terus terpahat dalam ingatan kita semua, sebagai salah seorang pelawak yang berkaliber. Marilah kita sama-sama berdoa agar roh beliau dicucuri Rahmat Yang Maha Esa. Al-Fatihah...