Billboard

Followers

Tuesday, December 29, 2009

Gian

Yaaaa.... Aku kembali! Hamboih, seronok tak hengat bila jari dapat menari-nari atas keyboard nih. Cuti dah habis? Belooommmm... Maybe aku akan balik awal, hari Jumaat mungkin, sebab ada plan untuk ke rumah Meon hari Sabtu ni.

Aku online kat CC je ni. Dah gian sagt. Rasa sengal2 jer tak dapat menaip. Kat rumah tak ade sambungan internet lak. Kebosanan yang melampau telah mendorong aku untuk ke CC harini. Ok, apa motif aku post harini? Sekadar nak melepas gian aku yang dah lama tak merapu. Muahaha...

Sunday, December 20, 2009

Bila tiga orang budak Negeri Sembilan berbual (dan seorang pelakon tambahan)


Seperti sebelumnya, modus operandi kali ini juga sama seperti entry yang lepas, bila mana aku meletakkan status seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, dan menjadi perbualan spontan antara aku, Apex dan Sepet. Pelakon pembantu pun ada sebagai Hantu Bini Apak. Kamera ready, 3...2..1.. Action!

Saturday, December 19, 2009

Lui Selatan



06hb Jun 2009, ada kenduri kat rumah Wak. Ramai gak budak-budak METC ni turun membantu. Ada yang stay kat rumah aku, ada yang stay kat rumah Jack. Esoknya pulak pergi PD. Best gilo!

Wednesday, December 16, 2009

Sebongkah rezeki.

Pagi ini aku bangun seperti biasa. Memulakan rutin harian ku mencari makanan untuk disumbangkan kepada koloni ku, yang kemudiannya akan diagih-agihkan sesama ahli koloni. Kami bekerja keras setiap hari, mencari rezeki di atas muka Bumi ciptaan Ilahi. Susana masih gelap dan sejuk. Hujan yang turun semalam membuatkan aku sedikit liat untuk memulakan tugas. Tetapi sebagai pekerja yang berhemah, dan memikirkan tanggungjawab yang besar untuk seluruh koloni, aku kembali bersemangat. Ye la, karang aku tak kerja tak makan la aku. Kemungkinan ahli koloni juga akan memboikot aku. Aku tak mahu digelar anti-sosial.

Tuesday, December 15, 2009

Basah!


Bilik mandi yang selesa.

Mandi merupakan suatu perbuatan membasahkan tubuh badan, disertai dengan proses melumur badan dengan cecair pencuci yang digelar shower foam yang mengeluarkan bebuih lembut dan berkesan menanggalkan segala kekotoran degil yang melekat di badan setelah seharin kita bekerja, bermain mahupun belajar. Mandi boleh menjadi wajib hukumnya apabila terjadi sesuatu perkara. Yang ini tidak perlu dijelaskan dengan lanjut kerana bukan tujuan utama post ini.

Sunday, December 13, 2009

Drift @ MAEPS. Serdang (05 Dec 2009)



Sabtu minggu lepas aku, Ikromi dan Odeng telah berkunjung ke Malaysian Agriculture Exposition Park Serdang (MAEPS). Kat sini berlangsungmya Saturday Night Drift yang dianjurkan oleh Feinto-D. Untuk maklumat lanjut tentang event yang diorang anjurkan bleh check kat sini. Format event ni ialah free run. Setiap kereta yang nak masuk dikenakan bayaran RM50. Untuk syarat-syarat lain boleh rujuk link di atas.

Public Holiday Outing (11.12.2009)



Semalam ialah hari keputeraan Sultan Selangor, jadi cuti umum bagi rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan. Pagi tu aku tak buat apa pun, duduk rumah, basuh baju, pastu pegi rumah Apeng, tolong dia pilih layout baru untuk blog dia. Petang lepas solat Jumaat, Wan ajak gi jalan-jalan. Walaupun poket semakin nipis, tu semua tak menghalang aku untuk berjalan. Haha...

Saturday, December 12, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest.



Terasa menarik plak contest ni. Perasan kat beberapa blog yang aku follow join contest ni. Kalau korang berminat, klik sini untuk syarat-syarat penyertaan.

Dipersembahkan mahakarya AcanCapik...

Thursday, December 10, 2009

Kelas Dialek Anak Negeri

Disebabkan ada permintaan dari pembaca yang mahukan post tentang dialek Negeri Sembilan (N9) berikutan entry aku haritu, maka aku akan memenuhi permintaan tersebut. Ok murid-murid, baca doa dulu sebelum belajar ye...

Wednesday, December 9, 2009

Terjemahan Google

Hari ni letih sangat. Nak makan pun takde selera. Aku menghadap PC je dari balik tadi. Tunggu Isyak masuk, lepas ni aku nak tidur teruslah.Menghadap PC buat apa ye? Aku baca-baca blog orang, balas komen, ber'Facebook' dan main Airline Manager. Dalam aku baca blog tu, teringat kat post Nissa-Elhumaira yang ada cakap pasal Google translate. Macam menarik je kan, boleh la orang luar baca dan faham blog aku ni. Jadi aku pun try la search "google translate" kat ruangan search.



Kekenyangan membawa kemengantukan.

Tadi aku pegi makan kat Pizza Hut. Duit dah tak berapa nak ada, tapi bab makan-makan ni, tak berkira sangat aku. Yang penting mesti sedap dan tak berapa mahal (tapi pizza ni mahal la jugak, rabak poket gu. huuuu). Dari minggu lepas Piji ajak makan pizza, jadi untuk tak mengahampakan permintaan ramai aku pun bersetuju. Piji awal-awal dah message aku jadi ke tak. Aku set jer, ikut Wan Karim la, dia organizer. Aku bersiap-siap pukul 8 lebih, sebab pukul 8.30 diorang kata nak gerak. Aku text Wan, dia tak balas plak. Pegi rumah dia dibantainya membuta. Cesss... Berbual lebat.

Dengan mamai-mamai aku tanya jadi tak, dia tak jawab terus gi mandi. Jadi la tu. Kalau tak mesti aku menulis tentang kehampaan dalam kelaparan... Last-last pukul 9 lebih jugak baru gerak. Aku satu kereta dengan Adzhar & Wan, dan 4 orang lagi iaitu Ekbal dan Apih 1 moto, Piji ngan Cuki 1 moto lagi. Sampai sana, pilih meja yg paling tepi tingkap, pastu mengarut tak habis-habis. Aku tak tau la apa pandangan masyarakat kat kami. Lantak la, yang penting happening giler.


Muka kelaparan.

Tuesday, December 8, 2009

Sambung Merivet

Harini aku sambung balik kerja merivet semalam. Semalam segala lubang dah siap, countersunk pun dah ready, harini masukkan countersunk rivet dalam lubang dan tembak secukup rasa dengan rivet gun. Settle. Nak tengok rupa paras kerja aku, tengok la gambar kat bawah tu. Tak berapa kemas la. Pagi-pagi badan tak panas lagi, buat kerja pun tak berapa nak elok. (Ahhh, itu semua alasan!)



Monday, December 7, 2009

Rivet

Harini aku start buat projek riveting. Projek first ni simple jer, drill lubang kat 2 keping plet aluminium, pastu rivet kan mereka berdua. Harini aku setakat dapat buat lubang je. Try gak rivet kat plet kosong yang terbuang. Menggigil-gigil tangan pegang drill gun. Bukan aku ada parkinson, tapi memang lumrah merivet, penuh dengan gegaran dan bunyi bising...

Sunday, December 6, 2009

Bila dua orang budak Negeri 9 berbual.

Perbualan antara aku dan Apek di Facebook sekitar 12 malam 25 November 2009.

Situasi : Seorang pemuda terbau Maggi Mee yang dimasak oleh jirannya.

Apex Shahriman: Waktu-waktu macam ni la jiran sebelah nak masak Maggi kari. Betul2 menguji ketahan fizikal, mental dan psikologi. Haha.

Muhammad Shafiq Khaerlan: Poei amik mangkuk doreh...

Apex Shahrimanhahah: Bawak mangkuk & cawan. Sampai umah dio nanti buleh bancuh Nescafe 3in1. Haha.

Friday, December 4, 2009

Birthday Adzhar

29hb November 2009, genaplah umur Adzhar 20 tahun. Aku pun tak ingat birthday mamat ni. Haha... Wan Karim yang bagitau, pastu plan nak buat party malam balik dari cuti raya haji haritu. Tapi Adzhar ni bukan reti nak balik awal, sudahnya aku makan berdua dengan Wan je malam tu.


Birthday boy.

Esoknya, aku & Wan keluar pagi-pagi beli kek, pastu aku pilih Pak Li Kopitiam sebagai lokasi sambutan birthday ni. Kecil-kecilan je pun, kami bertiga je. Beli kek pun kecik je. Lepas beli kek, aku tinggal kat kopitiam tu, Wan balik apartment pegi ambik Adzhar. Dia tido lagi time tu. Pranknya, konon-konon kami bertiga nak pegi makan, tapi aku tak jadi keluar, so diorang pergi berdua je. Bila sampai kedai, aku dah ada. Tak tau la dia terkejut ke tak, kalau ikut hati lagi teruk aku nak kenakan. Tak cukup masa dan budget je. Huhu...

Wednesday, December 2, 2009

Ani Sup Utara

Sebelum balik kampung masa Raya Aidil Adha haritu. aku, Adzhar & Wan Karim pegi makan kat Ani Sup Utara. Sebelum ni pun aku pernah dengar tentang kewujudan restaurant ni, cuma tak pernah je makan kat sini. Aku makan baru-baru ni kat Seksyen 8 Kota Damansara. Outlet ni baru je bukak. Untuk pengetahuan korang semua, restaurant ni ada banyak cawangan lain.

Mulanya Adzhar cakap kat situ ada promotion bukak kedai, RM2 sahaja untuk sup dan air. Tapi kami sampai tu pun dah lewat, promotion dah habis, dan orang pun dah tak ramai. Masa tu dalam pukul 11 malam macam tu. Tapi alang-alang dah sampai tu, makan la jugak.


Suasana kedai yang menarik dengan warna-warna tenang dan santai.

Tuesday, December 1, 2009

Indera Kayangan (12-14 Dec 2008) Part 3

Kitorang sampai Arau dalam pukul 6 pagi. Masa tu Meri yang drive. Dah sampai tu, kitorang call Pitt, suruh dia amik kitorang. Mana la tau kat mana rumah dia. Lepas tu dia suruh tunggu kat satu stesen minyak. Time ni masing-masing dah letih. Meon dah membuta siap-siap. Ad ngan Pistol dah marah-marah, sebab Pitt lambat sangat. Aku ngan Meri relax je, sambil mengarut gelak-gelak. Tapi serious letih. Dah la jauh, banyak berhenti pulak, so lambat la sampai. Masa ni azan pun dah berkumandang menandakan sudah masuknya waktu subuh bagi Negeri Perlis Indera Kayangan.


Tak lama lepas tu Pitt pun sampai (tak lama apa, bukan main letih lagi tunggu). Dia amik kitorang, lepas tu hantar kitorang kat bilik Homestay, kira macam chalet la. Ayah dia dah sewa untuk orang-orang yang datang dari jauh dan ahli keluarga yang datang menginap dulu. Sampai situ, mandi-manda kejap, solat Subuh, pastu tido. Tapi bukan direct tido je. Budak-budak ni apa-apa hal mesti nak mengarut dulu. Pistol je yang senang lelap.



Ni la tempat penginapan kitorang.