Billboard

Followers

Wednesday, December 2, 2009

Ani Sup Utara

Sebelum balik kampung masa Raya Aidil Adha haritu. aku, Adzhar & Wan Karim pegi makan kat Ani Sup Utara. Sebelum ni pun aku pernah dengar tentang kewujudan restaurant ni, cuma tak pernah je makan kat sini. Aku makan baru-baru ni kat Seksyen 8 Kota Damansara. Outlet ni baru je bukak. Untuk pengetahuan korang semua, restaurant ni ada banyak cawangan lain.

Mulanya Adzhar cakap kat situ ada promotion bukak kedai, RM2 sahaja untuk sup dan air. Tapi kami sampai tu pun dah lewat, promotion dah habis, dan orang pun dah tak ramai. Masa tu dalam pukul 11 malam macam tu. Tapi alang-alang dah sampai tu, makan la jugak.


Suasana kedai yang menarik dengan warna-warna tenang dan santai.



Restaurant ni memang cantik, dengan limpahan lampu dan susun atur meja yang teratur memang nampak kemas dan menarik. Makan pun selesa, tak kira kat dalam mahu pun open air. Menu pilihan kami ialah sup tulang, sup daging dan sup perut. Untuk hidangan sup sahaja, RM4.50 sahaja bagi setiap mangkuk kecuali sup tulang, RM7.50. Kami tambah dengan set nasi, tambah lagi RM1.30 bagi setiap pinggan. Untuk minuman pulak, aku order laicikang panas, harganya RM3, Wan order sirap bandung cincau yang berharga RM3 juga manakala Adzhar pula hanya mahukan air oren free balance promotion sebelum tu.


Kat belakang tu air bandung cincau, dan yang kat
depan tu laicikang.


Hidangan kami bertiga.


Muka menghayati keenakan hidangan.



Hmmm... Memang sedap!


Memang terasa kelainan dari kedai-kedai yang lain. Memang cukup rasa la senang cakap. Cicipan pertama je dah buat selera makan membuak-buak. Rasa pedas dia memang ngam-ngam dengan selera aku. Tu pun dah buat telinga panas, kepala gatal, badan berpeluh. Fuhhh, memang kaw la. Laicikang tu pun sedap jugak. Banyak bahan-bahan dalam laicikang tu, dan rasa dia memang puas hati la. Jadi kepada sesiapa yang terasa nak makan sup, bolehlah berkunjung ke kedai ni. Di jamin puas hati. Nak lagi best ajak aku sekali. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

13Feedback(s):