Billboard

Followers

Wednesday, December 16, 2009

Sebongkah rezeki.

Pagi ini aku bangun seperti biasa. Memulakan rutin harian ku mencari makanan untuk disumbangkan kepada koloni ku, yang kemudiannya akan diagih-agihkan sesama ahli koloni. Kami bekerja keras setiap hari, mencari rezeki di atas muka Bumi ciptaan Ilahi. Susana masih gelap dan sejuk. Hujan yang turun semalam membuatkan aku sedikit liat untuk memulakan tugas. Tetapi sebagai pekerja yang berhemah, dan memikirkan tanggungjawab yang besar untuk seluruh koloni, aku kembali bersemangat. Ye la, karang aku tak kerja tak makan la aku. Kemungkinan ahli koloni juga akan memboikot aku. Aku tak mahu digelar anti-sosial.

Dalam kegelapan tersebut, tiba-tiba cahaya putih memancar seluruh pelusuk alam, menerangi kegelapan yang menyelubungi kami sebentar tadi. Kedengaran bunyi riuh rendah suara orang berbual, dan derapan tapak kaki melangkah memenuhi ruang di sekitar tempat tinggal ku. Lazimnya begitu. Kadang-kadang suasana sunyi, kadang-kadang riuh rendah. Kami sudah biasa dengan keaadan sebegitu.

Baru dua tiga langkah aku menapak, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suasana riuh dari ahli koloni. Aku menoleh ke arah sumber bunyi tersebut. Dengan tidak semena-mena aku terlihat sebongkah objek berwarna gelap tiba-tiba berada di depan pintu masuk koloni ku. Aku berasa hairan. Rasanya tadi tak ada pun. Setelah memastikan keadaan agak selamat, beberapa ahli koloni kami yang boleh dikatakan otai mula memeriksa objek tersebut. Objek tersebut mengeluarkan aroma yang wangi. Seakan-akan bau kopi. Kami mula memanjat-manjat objek tersebut. Sesetengah dari rakan kami merasa objek tersebut kerana aromanya yang begitu menyelerakan. Manis! Oh, sesungguhnya kami telah mendapat sumber makanan yang mencukupi untuk seminggu! Syukur kepada Tuhan, kerana telah mengurniakan kami rezeki yang tidak terhingga ini. Kami mula membahagi tugas, dan bekerjasama mengambil sedikit demi sedikit untuk kami pindahkan ke dalam gudang simpanan makanan kami.


Bermulanya tugas berat kami.

Kami tercari-cari dari mana datangnya bongkah besar ini. Seluruh sudut pandangan bermula dari horizon hinggalah ke zenith aku intai, barulah aku dapat mengenal pasti siapakah yang telah bermurah hati meletakkan bongkah rezeki ini di hadapan koloni kami. Dua makhluk ciptaan Allah, dipercayai salah seorang daripada mereka bernama Sariyzayan, manakala seorang lagi bernama Azle merupakan orang yang kami cari. Sesungguhnya kami sekoloni amat berterima kasih kepada mereka. Tak perlu lah kami bersusah payah mencari makanan di tempat yang jauh. Dua minggu yang lepas, mereka berdua jugalah yang telah meletakkan bongkah besar seperti ini untuk makanan kami. Bezanya pada warna dan rasa. Warna putih, seakan-akan barli dan mint rasanya.


Bergotong royong sesama ahli koloni.

Sudah lewat petang. Mereka yang memenuhi ruang tadi telah beredar, dan cahaya mulai hilang. Mungkin sudah sampai masanya mereka beredar dari situ. Tetapi bongkah rezeki yang ditinggalkan masih besar, masih mampu untuk membekalkan makanan kepada kami sekoloni untuk tempoh masa yang lama. Segala puji bagi Allah, yang telah mengurniakan rezeki kepada kami.


Aku baru kilat sesungut aku, nampak hensem tak?

'Aku' di dalam artikel di atas adalah salah seeokor semut yang terlibat dalam urusan mengangkut gula-gula Kopiko untuk disimpan di dalam gudang makanan koloni mereka. Marilah kita mencontohi semut, yang rajin dan bekerjasama dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan...

13Feedback(s):