Billboard

Followers

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

Dapat jugak kacang pool!

Seperti yang dimaklumkan, dari hari Jumaat haritu aku berkunjung ke Johor Bahru. Jalan-jalan cari makan, sambil jumpa teman baru, Meng. Okay, kacang pool ni memang aku dah lama teringin. Sebelum ni tak pernah merasa, tapi dengar orang cerita je buat aku kecur liur nak mencuba. Kacang pool ni kuah, yang ramuannya terdiri dari kacang pool, daging cincang dan rempah-rempah, enak dimakan bersama roti bakar. Dalam kuah tu sebelum dihidang akan diletakkan sekali hirisan bawang besar, cili dan telur mata. Cakap banyak pun tak guna, try sendiri la der. Oh lokasinya, food court depan balai bomba Larkin, cari sign Kacang Pool Haji. Menurut kawan-kawan aku, ni antara yang famous dan sedap. Semangkuk siap roti bakar RM4 sahaja. Sangat berbaloi. So kalau jalan-jalan area JB jangan miss makan kacang pool ni. 

Cari signboard ni.

Ni dia rupanya. Tengok gambar ni dah menitik air liur balik terbayang rasanya. Haish.

Air ni beli kat kedai sebelah. Meng minum air kelapa laut, aku punya Ais Jelly.

Lepas habis makan tu, aku rasa macam nak tambah je lagi satu kacang pool. Dan si Meng pun tak abiskan kacang pool dia, so memang aku jadi tukang habiskan. Tapi usha meja sebelah makan tauhu bakar macam best je, terus order tauhu bakar. RM4 sepinggan. Ni pun sedap!

Banyak dan kuahnya sedap. Pedas manis-manis.

Ni lah Meng, tourist guide aku. Terima kasih Meng! Gangster ni. Jaga-jaga der.

Kalau dah terliur sangat tapi jauh nak pergi, apa kata korang try masak sendiri. Ni resepi aku jumpa kat blog Masam Manis. Cuba lah! 

Wednesday, March 27, 2013

Makan-makan di Humble Chef

Hai semua. Lama dah menyepi blog Conteng ni. Penulisnya malas sangat. Haha. Apa pun, kali ni aku nak kongsi satu tempat makan yang best dan murah. Humble Chef, rasanya ada yang pernah tengok dekat Jalan-jalan Cari Makan. Asalnya, mereka menjual hidangan pasta dan omelette di tepi jalan, guna lori yang macam orang jual cendol tu. Tak tau apa nama ntah lori tu. Sekarang ni, mereka dah ada kedai, dan harga hidangan masih sama. Bertempat di area Bukit Damansara (Plaza Damansara), restoran ni dibuka Dari hari Isnin-Sabtu, 12pm-3pm, dan 6.30pm-11.30pm. Dan tiap-tiap hari akan ada "today's special" menu, yang tak ada pada hari-hari biasa. Diorang ada tulis kat blackboard dekat dengan kaunter pesanan. So aku order 4 menu, tengok gambar kat bawah ye.


Pasta Lamb Carbonara RM5.00

Lamb Omelette RM2.50

Lamb Pita RM4

Ada satu lagi chicken sandwich RM2.50. Tak sempat ambik gambar dah sampai perut. Cuba la sendiri, pasti berbaloi. Jumpa lagi!

Tuesday, December 4, 2012

Fareed Line Clear - Nasi Kandaq


Aku kalau bab makan ni, sekali dah terlintas dalam kepala kecuq teruih ayaq liuq. Mesti nak pi makan jugak apa yg terlintaih tu. Kalau tak dapat buleh meroyan, ayaq liuq meleleh, tidoq tak lena. Nasi kandaq ni satu hal jugak. Jauh pulak, tapi sedap, murah pulak tu. Sanggup naik moto sampai Sg.Buloh dalam 15 minit dari rumah aku sebab nak pi makan nasi ni. Cakap banyak tak guna. Terai dulu noohhh...

Untuk lokasi dan lebih detail hangpa suma terai tengok sini. http://www.omar.my/2010/02/nasi-kandar-fareed-line-clear/

Sunday, September 4, 2011

Soto ayam resepi ibu saya

Harini aku nak berkongsi resepi soto ayam. Resepi ni sudah semestinyalah diajarkan oleh bonda tercinta, Pn. Niti. Mula-mula sekali sediakan bahan-bahan.

Ayam
Bawang putih
Halia
Rempah sup bunjut
Tauge
Suhun
Daun bawang
Daun sup
Garam
Ajinamoto
Ketupat/nasi impit


Masak ketupat/nasi impit dulu. Lepas tu, sediakan ayam, kemudian rebus dengan halia dan bawang yang diketuk, dan masukkan sup bunjut. Rebus sampai mendidih, masukkan garam dan perasa secukup rasa. Kecikkan api, rebus sampai ayam empuk.


Sambil-sambil tunggu ayam tu empuk, potong suhun kecik-kecik, lepas tu goreng sampai dia kembang macam gambar tu ha.



Kemudian, bila ayam dah empuk, toskan, lepas tu goreng pulak. Goreng tak payah lama sangat, sebab ayam tu dah masak dah pun kan. Tinggal nak kasi dia kering sikit. Lepas dah goreng tu, siat-siat ayam tu.

Letakkan daun bawang dan daun sup sikit dalam air rebusan ayam tadi. Kira dah jadi sup la ni. Tauge pulak, celur dalam air panas, lepas tu toskan. Nak lagi kick, buat cili kicap. Tumbuk cili api, lepas tu letak kicap.

Dah siap semua, letak dalam mangkuk, ikut la selera korang nak letak ayam lebih ke, ketupat lebih ke, cili lebih ke. Oh ye, selalu ibu aku buat ada kacang goreng, aku malas nak goreng kacang. Kira jadi la ni. Huhu. Selamat mencuba!

Tuesday, August 16, 2011

Sirap beluluk

Tadi berbuka puasa dengan buah beluluk letak dalam air sirap. Memang marveles la. Buah beluluk ni nama lain dia buah kabung, buah kantor atau buah enau, mengikut tempat. Orang jawa pulak panggil kolang-kaling. Aku beli 1/2 kg dari Abang Leman kat tempat kerja aku. Baru makan separuh, tapi memang puas hati. Simpan sikit, esok boleh buat lagi. Siapa nak meh datang buka rumah aku. Cepat sebelum aku ubah fikiran untuk habiskan malam ni jugak. Haha.

Sejukkk...

Buah yang belum dimasuk dalam sirap

Ilustrasi pokok kabung.

Pokok kabung di habitat sebenar.

Sedikit info, pokok kabung ni nama saintifik dia Arenga Pinnata. Selain dari buahnya yang boleh dimakan, nira dari pokok kabung boleh jugak dijadikan gula yang dikenali sebagai gula kabung/enau. Buahnya rasa kenyal, macam jeli. Sedap kalau letak dalam ABC. Biasanya dijual dalam bentuk bergula ataupun mentah. Kat pasar-pasar boleh la jumpa kut. Lagi satu, buah ni gatal kalau tak diproses betul-betul. Jadi kepada sesiapa yang berhasrat nak ambik dan proses sendiri buah beluluk ni dari pokok, rujuklah pada yang pakar. Aku tau makan je. Best yob!

Thursday, June 23, 2011

Buffet @ Island BBQ Steamboat Restaurant


Kali ni aku nak share satu lagi tempat makan yang best iaitu Island BBQ Steamboat Restaurant. Tempatnya dekat sangat dengan rumah aku. Cuma dalam sikit dari mainroad, jadi tak berapa perasan sangat ada tempat makan kat dalam tu. Restaurant tu pun baru dibuka bulan 4 haritu. Memang banyak pilihan makanan, plus ada grill skali. Cuma dessert tak banyak sangat. Kalau ada ice cream mesti lagi best. Hehe. Kami datang berlima. Aku, Meon, Hilmi, Abe dan Minhat. Jom tengok gambar kasi kecur air lius sikit.

Cari signboard ni.

Suasana open air.

Tak peduli dah orang ambik gambar


Sebelum.

Selepas.

Restaurant ni dibuka tiap-tiap hari kecuali hari Isnin, bermula dari pukul 6 petang sampai 11 malam. Harga yang ditawarkan hanyalah RM19.90 sahaja. Memang berbaloi. Elok kosongkan perut sebelum makan. Kang rasa rugi pulak tak makan bersungguh-sungguh. Hehe... Untuk tempahan atau pertanyaan, korang boleh rujuk kat link ni. http://islandbbqsteamboat.wordpress.com/.

Adeh, mengah... Tak larat dah rasanya... Cukup la aku cerita. Adios!

Thursday, June 9, 2011

Jom buat banana milkshake.

Kalau chatting dengan Mrs. Acancapix, topik pasal makanan mesti tak lari punyalah. Ada je cerita resepi baru. Tau la duduk oversea, banyak belajar masak. Jeles sungguh. Bila la nak masak untuk orang kat sini ntah. =p.

Semalam terbukak cerita pasal milkshake. Harini terasa nak try pulak. Senang je nak buat. Jom kita tengok apa bahan-bahan dia.

Sebab buah yang ada dalam fridge hanyalah pisang, jadi aku buatlah banana milkshake. Lain-lain bahan ialah susu dan ais. Ais tu better pecahkan supaya senang hancur bila kita blend. Nak lagi sedap letak icecream.

Pisang tu potong-potong supaya senang hancur.

Letak semuanya dalam blender. Nak manis letak gula sikit. Sikit je tau, kang kencing manis pulak. Pastu blend sampai smooth. Aku buat tadi tak cukup smooth sebab blender aku tak cukup power nak kisar ketulan ais yang besar. Kena hancurkan ais sampai jadi ketulan kecil baru jadi smooth.

Dah siap. Selamat mencuba!

Tuesday, October 5, 2010

Open House rumah Mimi

Seri Hari Raya Aidilfitri masih ada walaupun dah minggu ke-3 bulan Syawal. 2hb Oktober 2010, Mimi sekeluarga buat open house. Jadi dia dah menjemput kitorang yang pantang kalau ada makanan je, mesti mau datang punya. Tapi tengok gak la kan. Kalau dah jauh sangat tak dapat la nak datang.

Berkumpul kat rumah Ikromi dulu.

Ramai gak kan?

Rumah Mimi terletak kat Sungai Buloh Country Resort kat Saujana Utama. Lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah aku. Majlis yang patutnya mula pukul 10, sudahnya start pukul 11 sebab biasa la kan, pukul 10 kata nak start, pukul 10 baru nak gerak. Huhu... Sebelum acara makan-memakan berlangsung, kitorang adakan majlis bacaan tahlil dan doa selamat atas permintaan tuan rumah sendiri. Lepas tu apa lagi, balun la.

Muka baik masa baca tahlil.

Tiba time makan...

Tak sempat nak toleh kiri kanan.

Kitorang bergerak pulang dalam pukul 1 tengah hari. Ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan pada tuan rumah sebab jemput kami. Kalau boleh tahun depan buat la lagi. Haha... Petangnya plan nak ke Sungai Gabai, tapi tak jadi sebab takut hari hujan... Dok rumah je la relax-relax.

Monday, September 20, 2010

Karok

Hari raya ke 7, kitorang pergi karaoke kat Kiara Square, Bahau. Dah makin maju aku tengok Bandar Bahau ni. Kiara Square tu pulak kurang sikit je dari Time Square. Ok aku tipu je. Tapi kira best gak la. Ada jugak la panggung wayang dengan tempat karaoke. Macam tahun lepas pergi karaoke kat situ jugak, tapi kat k-box. Orang panggil karaoke jamban sebab tempat kecik je. ali ni sewa satu bilik, RM20 sejam. Berbaloi jugak rasanya. Sound system pun best. Mula-mula sejam je, pastu macam tak puas hati je, terus tambah lagi sejam. Keluar dah tak boleh bercakap, suara habis.



Lepas habis karaoke, pergi sembahyang Zuhur dulu, lepas tu pergi makan sup, untuk memulihkan semula suara yang hilang. Kedai ni agak tersorok sikit, tapi penuh dengan orang. Sebabnya? Sup dia memang well known dek orang-orang sekitar Bahau ni. Sup dia berempah, kalau makan memang tangkap leleh punya lah. Kena duduk dekat dengan kipas wooo...

Muka kelaparan lepas tak ada suara.

 Ni dia sup kambing. Terbaikkk habaq hang...

Cendol pulut pun best gak.

Gerai kecik je, tapi ramai orang.

Ni ha lokasinya. Kalau korang datang Bahau cari la tempat ni. Pandai-pandai korang la ye.

Balik rumah, sambung beraya...

Wednesday, August 25, 2010

Percubaan menggulai.

Demi meneruskan kelangsungan blog ni, aku terus komited untuk berblog walaupun kena lepak kedai mamak untuk dapat internet. Kali ni tayang lauk buka lagi la. Gulai daging salai kat dapur gas. Tak best macam salai guna arang lah. Pedas pun kurang gak. Nak rasa puasa pulak. Aku main agak-agak je letak garam. Adli buka kat rumah aku, dia kata ok. So kira ok la tu. Sok boleh la upgrade lagi.





Ok lah, tayang sikit je la. Tunggu post esok, tayang uniform baru lak...

Friday, August 20, 2010

Menu buka puasa hari ke 9 Ramadhan.


Semalam aku masak nasi ayam dengan bantuan Adzhar dan Wan Karim. Resepi mintak kat ibu aku. Tak tau la sedap ke tak, tapi aku tengok masing-masing makan laju je, pastu siap tambah lagi. Sedap la kut. Sape rasa nak buka best datang la rumah. Beli barang, aku masak. Amacam?

Wednesday, August 11, 2010

Siri mari memasak : Ikan kukus bujang-bujangan

Bahan-bahan:
1.Ikan (ikut selera korang. tak sedap jangan komplen)
2.Halia
3.Serai
4.Bawang putih
5.Bawang merah
6.Bawang besar
7.Sos tiram
8.Limau/Lemon
9.Garam
10.Cili

Sukatan:
Agak-agak sedap kat tekak korang sudah.

Cara memasak:
1.Siang ikan.
2.Segala jenis bawang di atas, serai dan halia dicincang-cincang.
3.Bentang aluminium foil dalam dulang, masukkan ikan, dan segala benda yang ada. Lumurkan sampai rata.
4.Bungkus ikan, letak dalam periuk mengukus. Tunggu la sampai masak.
5.Dah masak, hias dengan daun bawang dan bawang goreng.

Adzhar tak reti potong daun sup. Huh!


Bersimpang siur tangan


Pemuda rakus


Abis licin. Terbaikkk...

(Satu lagi entry berjadual yang menyelerakan dibawakan khas kepada anda oleh Chef AcanCapik.)