Kali ni aku nak share satu lagi tempat makan yang best iaitu Island BBQ Steamboat Restaurant. Tempatnya dekat sangat dengan rumah aku. Cuma dalam sikit dari mainroad, jadi tak berapa perasan sangat ada tempat makan kat dalam tu. Restaurant tu pun baru dibuka bulan 4 haritu. Memang banyak pilihan makanan, plus ada grill skali. Cuma dessert tak banyak sangat. Kalau ada ice cream mesti lagi best. Hehe. Kami datang berlima. Aku, Meon, Hilmi, Abe dan Minhat. Jom tengok gambar kasi kecur air lius sikit.
Cari signboard ni.
Suasana open air.
Tak peduli dah orang ambik gambar
Sebelum.
Selepas.
Restaurant ni dibuka tiap-tiap hari kecuali hari Isnin, bermula dari pukul 6 petang sampai 11 malam. Harga yang ditawarkan hanyalah RM19.90 sahaja. Memang berbaloi. Elok kosongkan perut sebelum makan. Kang rasa rugi pulak tak makan bersungguh-sungguh. Hehe... Untuk tempahan atau pertanyaan, korang boleh rujuk kat link ni.
http://islandbbqsteamboat.wordpress.com/.
Adeh, mengah... Tak larat dah rasanya... Cukup la aku cerita. Adios!
5Feedback(s):
Post a Comment
bukan macam, mmg sedap pun. huhu.
@violetless
moh la. hang mai sini aku blnja... =p
@sayacomel
awak balik nnt kita pegi ea... =)
@♥ Elin ♥
elok pegi time lapar. leh makan banyak2. hehe
Post a Comment