Billboard

Followers

Sunday, June 19, 2011

Aktiviti Sabtu

Semalam dari pagi sampai ke maghrib mengadap motor je. Lokasi kat Kg. Raja Uda, Klang, iaitu rumah Capik. Sampai 4 motor sekali buat. Dah macam bengkel dah rumah dia. Terima kasih banyak-banyak ye sebab kasi tumpang rumah. 

Aku tukar clutch plate, service handle, dan buat top overhaul. Yang lagi tiga tu, sorang nak cat coverset, sorang lagi tukar clutch plate, dan tuan rumah pulak nak kasi laju motor. :-p

Tu dia, dah macam bengkel garaj rumah dia.

Kesian snow white, bercapuk-capuk ngan minyak hitam.

Tengah nak pasang semalam boleh pulak benda yang bentuk macam bintang tu patah. Nasib baik kedai bukak hari Sabtu.

Dan untuk harini, tak tahu lagi nak ke mana. Macam nak basuh Snow White, lepas tu nak ke Shah Alam ada Bike Week. Pastu ada rasa nak menjahit mana-mana seluar ngan baju yg dah koyak.. Ni kepala pulak pening-pening tak tau nak buat yang mana satu dulu. Haish...


1 Feedback(s):