Billboard

Followers

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Aku bangun lamnat harini... Janji pukul 8.30 pagi nak gerak. Takpe-takpe, aku relax-relax je. Banyak lagi benda nak diceritakan. Trip gi Perlis aritu pun x abis cerita lagi. Huhu... Korang tunggu je la 2-3 hari. Aku cuti kejap je. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini. =)

Wednesday, November 25, 2009

Indera Kayangan (12-14 Dec 2008) Part 2

Selepas peristiwa yang mengerikan tersebut, maka Meon dan Pistol pun segeralah bersiap-siap pegi amik barang semua, siap-siap, letak kat dalam kereta aku. Aku pakai kereta apa? Sebuah Mitsubishi Lancer A172 tahun 80-an berkapasiti satu perpuluhan empat liter. Kereta ayah aku ni, tapi aku pinjam satu. Kat rumah aku ada tiga kut kereta ni, apa kes la ayah aku minat sangat model ni. Mungkin kereta ni merupakan kereta yang top masa beliau membesar dahulu kala. Tapi aku minat gak kereta ni, ada nilai-nilai retro dan sentimental value yang tak dapat nak dijelaskan. 


Perjalanan pun dimulakan dengan bacaan Bismillah, seiring dengan doa semoga perjalanan kami selamat sampai. Kitorang gerak pun dah nak pukul 10 malam dah. Lambat giler. Mula2 aku drive, sampai Behrang tak silap aku, pastu Pistol plak take over. Kelajuan malar adalah 120km/j. Kereta olskool, tak boleh nak lari laju2. Tapi aku pelik gak 120 tu rasa laju giler babeng. Aku tepon ayah aku, dia cakap meter tu berat sikit. Kalau 120 tu dah 135 camtu. Amboih, yg aku lari 140 tu berapa plak kelajuan sebenarnya? Do the math. Aku malas nak kira. 

Tuesday, November 24, 2009

Indera Kayangan (12-14 Dec 2008) Part 1




Sebenarnya dah lama aku upload gambar utk post yg ni. Tapi tetiba je plak takde idea. Ade tu nama tempat pun aku dah lupa. Aku kena buat research sket la utk nama2 tempat yg aku dah pegi. Ah, ye la tu research. Sebenarnya aku tanya Ad je, pastu tanya Pitt sket. Aku pegi Perlis ni tahun lepas, dengan Ad, Meri, Meon & Pistol. Tahun lepas, bulan 12. Patut la aku lupa, dah dekat setahun rupanya...

Sunday, November 22, 2009

Fire!!!



Agak2 kalau penyokong Kelantan aritu terdiri dari Otromen ni, lagi la hancur stadium Bukit Jalil aritu ye x?

p/s : No offence ya... Just melawak jer. Kalau ada yg terasa, mintak maaf banyak2...

Nasi kangkang?



Nasi kangkang di dapati masih lagi diamalkan pada zaman serba moden ini. Tapi yg peliknya tukang buat nasi tu makan sekali nasi yg dia kangkang tu. Agak2 ape la effect yg bakal menimpa pemakan tersebut ye? Ntah la, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

Saturday, November 21, 2009

Mabuk darah

Tadi kat METC ada program derma darah. Sebelum ni pun pernah ada buat, tapi dari Hospital Seremban. Hari ni dari Pusat Darah Negara. Tapi yg first aritu cam best sket, sebab makan2 dia ada byk kuih2 yg sedap. Yg harini punya dia bagi roti ngan biskut je. Tapi aku bedal je pun (ni derma sebab nak makan ke hape hah?).


Sebenarnya aku ada kelas tadi, kelas Maintenance Practice ngan En. Misni. Tapi dia pun cam relax2 je harini, dalam erti kata lain malas2 je nak ajar betul2. Huhu... Hari Sabtu, sume pun mood cuti je, mana la nak ada mood blaja. Kelas start kul 8, pastu kul 10 break jap. Time ni aku gi daftar utk derma darah dulu. Mula2 kena isi borang, dia ada la tanya pasal kesihatan ke, sejarah penyakit ke dan sebagainya. Pas isi borang tu, kena gi check kumpulan darah plak. 



Time ni kemain riuh ko ye Meri

Wednesday, November 18, 2009

Exam

Rakan2 semua, dan para pembaca setia blog ini, hari ni aku ada exam EASA PArt 66 Module 6, Aircraft Material & Hardware. Doakan kejayaan aku eh. Huhuhu... Thanks for your sopport. Love u. Muahhhh!!! :-*
Arghhhhh!!! Serabut....

Sunday, November 15, 2009

Kertas kosong

Sebenarnya aku nak tulis pasal trip g perlis dulu. Gambar dah siap upload pun. Tapi tangan aku ni menggigil-gigil nak menaip. Tulis sikit, padam. Rasa x kena, rasa salah, rasa jiwa kacau. Lagipun banyak pulak benda yang aku dah lupa pasal trip tu. Tapi trip tu la paling best. Nak buat camne ni? Arggghhhhhh!!!!

p/s : ngaku je la ko malas acan...

Saturday, November 14, 2009

Hari Jumaat

Aku x penah jumpa pasar hari Jumaat kat perkarangan masjid. Masa mula-mula masuk METC, aku agak pelik bila tengok kat Masjid Lapangan Terbang Subang tu ada pasar. Ha, tu la kan, kat tempat sendiri x penah jumpa. Tu la untungnya belajar luar dari kampung halaman, nampak sikit tempat orang macam mana.

Pemandangan sekitar pasar

Friday, November 13, 2009

KERETA

Harini kita akan bercerita tentang majalah ye adik2, abg2 dan kakak2 sekalian. Korang suka baca majalah? Ada kumpul majalah? Majalah ni satu terbitan berkala yg membincangkan tentang topik2 yg diketengahkan oleh konsep majalah tu sendiri. Ada majalah pasal bola sepak, majalah hias2 rumah, majalah pasal kecantikan, fesyen dan lain2.

Tuesday, November 10, 2009

Jam Session


Aku mula terjebak dalam kancah penjammingan ni start dari form 4. Nak cerita sikit, aku mula belajar main gitar mse form 3, lepas PMR. Sebelum tu berminat gak nak bergelar gitaris, tapi x serius pun. Kalau dengar lagu yg ada goreng2 baik punya mula la aku berangan main kat live concert depan crowd dengan awek2 terkinja2 nak terkam aku.

Sunday, November 8, 2009

Ahad

Aku x tau nak buat apa hari ni. Pagi tadi ada idea nak menulis, tiba2 aku blank... Daaaaaaaaaa...

Thursday, November 5, 2009

Semangat camping...


Trip Lopo. Wan, Aku, Akbar, Adi dan Adzhar...

Dua tiga hari ni aku asyik termimpi pasal camping je... Dah lama kut x camping. Adakah dah sampai seru untuk meneroka hutan kembali? Adakah semangat hutan kembali meresap dan menghidupkan urat nadi dan saraf2 semangat aku? Apa pun, mimpi aku memang real, sampai aku rasa bersemangat x terhingga. Yg x pernah ikut pun bersemangat nak ikut... Aku x tau mainan tido atau petanda awal, yg penting aku dah bersemangat kembali....

Jadi, bersemangatkah korang seperti aku? Mahukah korang masuk hutan lagi seperti aku? Demi nak menaikkan semangat lagi, tengoklah gambar2 sedia ada sebagai pemangkin semangat baru... Yeahhhh!!!