Billboard

Followers

Tuesday, November 24, 2009

Indera Kayangan (12-14 Dec 2008) Part 1




Sebenarnya dah lama aku upload gambar utk post yg ni. Tapi tetiba je plak takde idea. Ade tu nama tempat pun aku dah lupa. Aku kena buat research sket la utk nama2 tempat yg aku dah pegi. Ah, ye la tu research. Sebenarnya aku tanya Ad je, pastu tanya Pitt sket. Aku pegi Perlis ni tahun lepas, dengan Ad, Meri, Meon & Pistol. Tahun lepas, bulan 12. Patut la aku lupa, dah dekat setahun rupanya...



Hm, apsal aku pegi Perlis plak tetiba? Pitt ajak g kenduri kat rumah dia, akak dia kawin. Aku plak teruja la kan nak merayau2 ni. Tapi kitorang 1 kereta je pun yg gerak. Yg lain2 x berkemampuan, takde kenderaan dan ada la masalah lain yg aku pun x tau. Yang penting, aku betul2 bersemangat nak pegi, sampai pinjam kereta ayah aku utk pegi. Sebenarnya lebih kepada nak jalan2 je pun. Aku kan suka berjalan. Kebetulan ada kenduri tu, smart sket alasan nak pegi tu.


Tapi banyak cabaran sebelum dapat sampai ke destinasi. Malahan time belum start jalan pun dah byk pancaroba dan kejadian-kejadian x diingini berlaku. Ceh, macam serious la plak. Camni, mula2 plan nak gerak hari Jumaat 12 Dec 2008, petang tu lepas klas. Tapi nak jadi cerita, Pistol ngan Meon kena stay METC smpai petang. Apasal? Tanya diorang sendiri. Muahaha... Lpas diorang balik tu, Pistol plak kena hantar kereta Pakcik dia gi repair kat Ampang. Meon ikut naik moto, sebab nak bawak Pistol balik nanti. On the way nak hantar kereta tu, hujan la plak. Pistol dah siap hantar kereta, tapi Meon plak x jumpa jalan. Dengan basah kuyup tu, handphone Meon plak masuk air, xleh nak call, kejap2 mati. Aku try call pun byk kali x dapat.


Tapi last2 dapat gak Meon jumpa Pistol. Tapi nak jadi cerita, helmet Meon tercicir, pastu nak gi amik balik dah xde. Adoih, kusut la... Last2, padang kiri kanan, rembat helmet orang pastu lari laju2. Ish3, bahaya sungguh perbuatan mereka itu. Jangan contohi ye adik2. Tapi nak buat camner lagi kan. Lagipun dah kesuntukan masa dah time tu. Masa tu dah pukul 9 baru diorang balik D'Rimba...


bersambung di lain post...

14Feedback(s):