Aku x penah jumpa pasar hari Jumaat kat perkarangan masjid. Masa mula-mula masuk METC, aku agak pelik bila tengok kat Masjid Lapangan Terbang Subang tu ada pasar. Ha, tu la kan, kat tempat sendiri x penah jumpa. Tu la untungnya belajar luar dari kampung halaman, nampak sikit tempat orang macam mana.
Pemandangan sekitar pasar
Jadi tiap2 hari Jumaat mmg kompom aku akan jalan2 dulu sekitar pasar sebelum masuk. Tapi tengok timing la kan. Kalau orang dah azan tu masuk la. X kan dah rakaat last baru nak masuk sembahyang kan? Khutbah kena dengar, rukun solat Jumaat tu. 2 khutbah tu la yg ganti 2 rakaat, sebab tu la kita sembahyang 2 rakaat je (mode : ustaz muda).
Kat sini ada jual macam2 barang. Ada jual makanan, buah-buahan, baju, seluar, kasut, cermin mata hitam, ubat-ubatan dan macam2 lagi la. Malahan bateri, gam, tukul besi pelbagai guna, torchlight, CD ceramah dan nasyid pun boleh jumpa kat sini. Yang unik lagi, kadang2 boleh nampak orang berlonggok ramai2 tengok si penjual promote barang dia, biasanya ubat-ubatan la.
Jadi, apa yang aku buat kalau pegi pasar ni? Ha, first2 mesti aku carik gerai ni dulu.
Kenapa dengan gerai ni? Kat sini la ada jual mee sup yg best giler. Amat sedap, sampai aku x penah miss setiap hari Jumaat. Tengok je la berapa ramai yg beratur tunggu turn nak beli. Sup dia memang best, dan x pernah berubah rasa. Tiap kali pegi memang camtu je la rasa. Xde pengurangan kualiti. Cuma cili je kadang2 x pedas. Tapi kalau kena time, sampai telinga dia punya penangan. Badan basah berpeluh. Fuhhhh... Kat sini ada 3 pilihan mee. Mee kuning yg biasa tu, kuey teow dan bihun. Kita boleh campur2 mee yg kita nak. Kalau aku, fevret ialah kuey teow campur bihun. Trademark mak cik yg hidangkan mee tu ialah, "daging ke campur?"(cakap laju2), "lagi?" dan "siap!". Kalau ada dengar 3 perkataan ni sah la kedai dia. Dia tanya tu sebab kita boleh pilih, nak letak daging sahaja, atau dengan perut dan lemak sekali. Pastu ada tambahan lobak manis kalau nak. Masa ni x letak kuah lagi ye.
Lepas mee tu dilengkapi dengan aksesori, kita pegi amik limau, sambal dan jugak cili. Yg ni ikut selera la nak letak banyak mana. Lepas tu, baru la pegi amik sup, kat periuk besar tu ha...
Tadaaa!!! Ceh, macam aku yg masak pulak kan. Ni la rupanya bila dah complete semua. Tugas seterusnya ialah makan dengan bertertib, baca doa dulu, dan kunyah perlahan-lahan, baru dapat rasa kenikmatan semua ramuan tu... Tengok je la gambar diorang ni makan. Agak2 awek cun lalu belakang pun x perasan dek mengadap mee sup ni (korang terliur x baca aku tulis ni?). Khusyuk je kan...
Adzhar dan Wan Shah
Wan Karim dan Odeng
Ok, gua pun dah menitik-nitik air liur ni. Lapar wei dari pagi x makan. Nak gi carik makanan jap. Chow...
6Feedback(s):
Post a Comment
adli ---> kalau jadi gi grik aku blanja... haha...
teringin ny..
pis =)
Post a Comment