Billboard

Followers

Wednesday, November 25, 2009

Indera Kayangan (12-14 Dec 2008) Part 2

Selepas peristiwa yang mengerikan tersebut, maka Meon dan Pistol pun segeralah bersiap-siap pegi amik barang semua, siap-siap, letak kat dalam kereta aku. Aku pakai kereta apa? Sebuah Mitsubishi Lancer A172 tahun 80-an berkapasiti satu perpuluhan empat liter. Kereta ayah aku ni, tapi aku pinjam satu. Kat rumah aku ada tiga kut kereta ni, apa kes la ayah aku minat sangat model ni. Mungkin kereta ni merupakan kereta yang top masa beliau membesar dahulu kala. Tapi aku minat gak kereta ni, ada nilai-nilai retro dan sentimental value yang tak dapat nak dijelaskan. 


Perjalanan pun dimulakan dengan bacaan Bismillah, seiring dengan doa semoga perjalanan kami selamat sampai. Kitorang gerak pun dah nak pukul 10 malam dah. Lambat giler. Mula2 aku drive, sampai Behrang tak silap aku, pastu Pistol plak take over. Kelajuan malar adalah 120km/j. Kereta olskool, tak boleh nak lari laju2. Tapi aku pelik gak 120 tu rasa laju giler babeng. Aku tepon ayah aku, dia cakap meter tu berat sikit. Kalau 120 tu dah 135 camtu. Amboih, yg aku lari 140 tu berapa plak kelajuan sebenarnya? Do the math. Aku malas nak kira. 



Sepanjang perjalanan dipenuhi dengan sesi mengumpat dan mengeji, kutuk-mengutuk antara Meon, Ad, Pistol dan Meri. Aku senyap, orang paling sopan dalam kereta tu. Haha... Selain itu aktiviti dalam kereta turut berkisar kepada penceritaan kisah-kisah lampau dan lain2 jenis perbualan. Acap kali meter temperature diperhatikan sebab kereta lama, takut dia overheat plak. Tapi memang jadi masalah overheat, sebab baru jalan sikit temp dah naik. Patut makin laju temp constant, sebab angin deras dari bahagian hadapan kereta akan masuk ke ruang depan kereta, melalui radiator dan mengurangkan suhu keseluruhan enjin. Jadi kitorang pun tak berani la nak bawak laju. Relax sudah, bukan jauh pun Perlis tu.


Dalam mengarut-mengarut tu keluar pulak cerita pasal "Volkswagen kuning". Lagenda Volkswagen kuning buruk yang bila kita potong, tiba-tiba ada balik kat depan. Alkisahnya benda tu terjadi kat Jelapang. Kitorang usya-usya gak, mana la tau ada plak tiba-tiba. Nasib tak jumpa. Rasanya dia tak kacau kut kereta-kereta olskool macam kereta aku. Budak-budak ni pun relax je aku tengok. Mungkin diorang ni hati kering kut. Sepanjang perjalanan tu kitorang banyak jugak berhenti, sebab temperature. Tiap kali berenti bukak bonet depan, check air. Takut la plak jadi apa-apa, kereta lama, jalan jauh.







Kat RnR Tikam Batu



Ada tu kitorang berhenti lepas Tol Sg. Dua, kat RnR Tikam Batu. Aku x berapa sure la, tapi rasanya kat sini la kitorang terjumpa sorang budak perempuan. Ceritanya, Pistol nak pergi toilet, pastu dia ternampak ada sorang akak ni, dengan sorang budak perempuan Cina. Pelik jugak, akak tu Melayu. Bila tanya, rupa-rupanya budak tu tertinggal sebab parents dia tak perasan dia ikut mak dia turun. Bila budak tu nak naik bas, bas dah takde. Diorang ni naik bas express, maybe ikut rombongan kut. Budak perempuan tu pulak, nasib baik ingat nombor telefon parents dia. Kecik lagi budaknya, dalam 4 tahun kut. Bagus la ajar dia budak ingat no. phone ni, takut jadi camni, at least dapat jugak dikesan budak tu. Akak yg jumpa budak tu pun dah gerak, jadi kitorang tunggu la situ, temankan budak tu. Lepas tu kitorang nampak ada bas datang, pastu ayah dia keluar ambik budak tu. Jadi berhati-hati la ye, kalau ada adik ke, anak ke, perhatikan selalu. 


Lepas tu, kitorang sambung balik perjalanan. Keluar dari RnR tu, ada sebuah Kancil berdesup je lajunya. Aku pun apa lagi, kejar la. Dapat potong, pastu lari 130-140 sampai meter temperature naik lagi. Aiseh, baru kejap dah naik. Kronik betul kereta ni. Sebenarnya bukan masalah enjin, tapi thermostat yg control air tu yg rosak. Tak terbukak, maknanya air dari radiator xtak dapat masuk ke enjin. Patut la panas semacam. Aku tau pun lepas balik rumah, ayah aku pun perasan overheat, bila check masalah thermostat. Sekarang  kereta tu dah okey, tiap-tiap hari ayah aku hantar ibu pergi balik sekolah ulang alik Palong-Serting, takde masalah pun. So bila dah overheat tu, berenti la lagi. Kali ni berenti kat Gurun. Sebab dah masuk area Kedah, kitorang pun takde la nak rushing sangat. Tapi tu pun dah pukul 4 pagi. Masing-masing lapar, Ad siap order makan lagi. Aku tak ingat dia makan apa.


Perjalanan diteruskan lagi...


Bersambung lagi???

3Feedback(s):