Genap 22 tahun dah umur aku harini. Dah masuk pasca dewasa dah ni. Nak kahwin pun boleh sangat dah. Haha, ke situ pulak. Anyway, hanks kepada kawan-kawan yang wish.
Ok, nak bebel panjang-panjang pun tak boleh. Aku nak ke Sungai Klah, Perak malam ni. Ada kenduri kakak Adli esok. Doakan keselamatan kitorang, dan semoga Allah merahmati perjalanan kitorang. InsyaAllah. See you guys. =)
Followers
Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts
Saturday, April 16, 2011
Friday, May 28, 2010
Happy birthday my beloved one...
Happy birthday sweetheart. Semoga u panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan dan sentiasa diberkati. Jaga diri elok-elok, jangan nakal-nakal tau. =p
Sunday, May 9, 2010
Happy belated birthday to me
Hari Jumaat, 7hb May 2010, satu komplot penyambutan hari lahir aku dah berlaku oleh sebab perancangan rapi Wan Karim dan Adzhar. Aik, birthday aku bukan dah lepas ke? Memang dah lepas pun, 16 April aritu. Masa tu yang ingat tak ramai, so yang wish pun tak ramai, dan Wan pun lupa terus. Dia ingat 6 je, so dia assume bulan 6. Padan muka aku, tak nak letak tarikh lahir kat Facebook, kan orang dah tak ingat. Huhu... Lokasi sambutan diadakan kat Ani Sup Utara Kota Damansara.
Malam tu, Adzhar datang rumah, ajak makan. Dia kata Wan tak jadi ikut pergi makan, sebab nak balik awal. So aku ikut je la Adzhar, sampai kedai, tengok-tengok ada Wan, dengan makanan dah tersedia, siap kek lagi. Aku senyap, tergamam, tak tau nak kata apa. Thanks a lot Wan dan Adzhar. Terubat juga kedukaan aku minggu ni. Alhamdulillah.
Kek yang tak sempat bergambar dengan sempurna, American Chocolate Cake. Best, padat, coklat dia sedap, memang sedap la.
Ni menu kitorang. Nasi putih, telur masin, sambal belacan, dengan 3 jenis sup. Sup daging, sup campur dan sup cendawan. Review Ani Sup Utara.
Ini mastermind, Wan.
Yang ni prankster, Adzhar.
Birthday boy jilat jari. Sedapnya kek!
Thanks a lot my friends... Terharu ni, tak tau nak kata apa. Huhu...
Dan bagi para ibu seluruh dunia, selamat hari ibu. =)
Friday, December 4, 2009
Birthday Adzhar
29hb November 2009, genaplah umur Adzhar 20 tahun. Aku pun tak ingat birthday mamat ni. Haha... Wan Karim yang bagitau, pastu plan nak buat party malam balik dari cuti raya haji haritu. Tapi Adzhar ni bukan reti nak balik awal, sudahnya aku makan berdua dengan Wan je malam tu.
Birthday boy.
Esoknya, aku & Wan keluar pagi-pagi beli kek, pastu aku pilih Pak Li Kopitiam sebagai lokasi sambutan birthday ni. Kecil-kecilan je pun, kami bertiga je. Beli kek pun kecik je. Lepas beli kek, aku tinggal kat kopitiam tu, Wan balik apartment pegi ambik Adzhar. Dia tido lagi time tu. Pranknya, konon-konon kami bertiga nak pegi makan, tapi aku tak jadi keluar, so diorang pergi berdua je. Bila sampai kedai, aku dah ada. Tak tau la dia terkejut ke tak, kalau ikut hati lagi teruk aku nak kenakan. Tak cukup masa dan budget je. Huhu...
Subscribe to:
Comments (Atom)