Anyway, November & December ni boleh kata banyak jugak kenduri kahwin. Jadi banyaknya berjalan pergi kenduri. Baru-baru ni pergi kenduri kawan sekolah aku kahwin Madhiah kat Sekinchan, dan jugak kenduri kahwin abang kepada kawan kami, Pidot kat Mempaga.
Antara yang hadir ke kenduri abang Pidot.
Yang ni pulak pasangan pengantin, yang perempuan tu kawan satu sekolah aku. Tahniah Madh, dan pasangannya Syafiq. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat. :-)
Cantik pemandangan kat Sekinchan ni, ada sawah padi. Hope satu hari nanti dapat datang lagi ambik gambar pulak.
So far, perjalanan type course aku boleh kata dah tamat. Buat masa ni la. Sebabnya tadi exam yg last, tapi result yang dah keluar cuma ada 3 phase, lagi 4 phase belum keluar. Alhamdulillah, 3 phase pertama aku lulus. Harap-harap phase yang seterusnya pun lulus jugak. InsyaAllah.
Dalam mengharungi kelas type course tu, salah seorang dari instructor kami mengalami masalah kesihatan. Ada blockage kat saluran darah dia. Dan kami sekelas sempat melawat dia kat rumah. Alhamdulillah, En. Shahrani nampak sihat dan ceria waktu kami melawat tu. Paling best dihidangkan pulak pecal. Lawatan jadi sesi makan-makan pulak sudahnya. Haha.
En. Shahrani dan cucunya.
Minhat selaku captain.
Aku sebagai first officer.
Okey, sekian sahaja celoteh aku untuk tahun ni. Jumpa lagi tahun depan. Happy new year 2012!









