Billboard

Followers

Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

Indahnya!

Bangun pagi awal hari ni, pukul 6.10 dah bangun. Siap mandi lagi. Padahal malam tadi boleh tahan lambat jugak tido, pukul 1 1.30. Pelik aku, hari cuti macam ni boleh jadi rajin bangun pagi, tapi kalau hari kerja liat je nak bangun. Tapi hari ni memang indah permai la, mungkin sebab semalam satu hari dah hujan, harini cerah terang benderang jadinya sebab awan dah menurunkan segala air yang ada semalam. Tak tau la pulak kalau menjelang petang karang semua air tadi dah disejat balik, pastu hujan balik. Itu semua kuasa Allah.

Untuk tidak membazir hari yang indah ni, mari kita jalan-jalan naik motor.

Thursday, January 20, 2011

Sehari yang cuti

Lama gila tido. Dah bangun pagi, tido balik. Sedar, lelap balik. Tengok jam dah pukul 12 lebih, matahari pun dah tegak atas langit. Serius jharini memang tak ada plan nak buat apa-apa. Sebab cuti sehari je pun kan. Esok nak kena pegi kelas pulak. Patu Sabtu Ahad cuti balik. Kalau tak ada kelas memang confirm aku balik kampung je terus.

Cakap pasal kampung, semalam dapat berita dari kawan dan parents aku, pasal kematian abang kepada kawan rapat aku yang terlibat dalam kemalangan. Mari la kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk dia.

So, apa plan korang hari ni?

Thursday, June 3, 2010

Siri Alam Ria Cuti Sekolah : Kehidupan malam

Selesai sesi makan minum dan pemborakan sambil meramalkan Ajoi mampu ditabalkan sebagai pemangku jawatan Ketua Blok 9 sambil diringi hilaian tawa mengekek, kitorang beransur pulang untuk menuju ke rumah Ajoi. Angah pulak datang bawak Vespa ayah. Aku tak pernah pulak bawak benda tu. Rasa macam susah je nak bawak. Gear dah la kat tangan, ada klac plak lagi tu. Tapi tengok Angah bawak relax je, aku try la seround dua. Kira ok la jugak, takde la pelik sangat rasanya. Still rasa macam naik moto, bukannya ATV, bukannya jet ski, dan lebih penting lagi bunyi dia tak pom-pom sangat macam haritu, tapi asap dah macam fogging banteras denggi lak aku tengok.

Tengah aku layan seround dua, lalu rumah member aku. Tiba-tiba henset bunyi. Ah gelabah. Gear dengan klac kat tangan kiri, throttle kat tangan kanan, abis mana nak cari tangan lagi satu? Aku lepak kat tepi jalan, kiri ada rumah orang, tapi ada paya sebelum rumah dia, kanan ada kolam ikan. Dah la gelap, moto pulak timing rendah.Aku jawab call, Pizat ngan Amin perasan aku masa aku lalu kat rumah Pizat. Mana la gua perasan, lampu dah macam pelita minyak tanah sumbu pendek je kadar kecerahannya... Habis call, motor mati. Aku tengok kiri kanan makin gelap pulak. Mungkin ilusi sebab baru lepas tengok skrin henset cerah. Ntah berapa kali aku sepak kick starter tu tak mau start pulak moto ni.


Vespa tersebut...

Aku rasa ada la dalam dua tiga belas kali aku try start, baru hidup. Aku gi rumah Pizat, borak kejap, then balik ke rumah Ajoi. Aku tengok dah berapa round dah diorang main poker, atau dipanggil 'T' dek budak-budak ni. Ramai gak lepak situ malam tu. Ada la dalam 8 orang. Main gilir-gilir, sambil mengumpat borak ntah pape. Balik dalam pukul 12 dekat-dekat nak pukul 1 pagi.

Pemuda harapan bangsa.

Setiap malam aktiviti yang dijalankan lebih kurang sama, di venue yang sama dan rangka masa yang sama. Cuma malam last tu tukar venue ke rumah Nan Bukit, dan aku balik awal sebab esoknya dah nak balik KL. Aku tak ingat nama penuh Nan. Nan tu pun sebab nombor plet moto dia NAN. Dan sebelum lepak rumah dia, aku dapat gak makan char kuey teow. Malam tu aku keluar awal sikit, sengaja tak makan malam. Ajak Kemal gi minum, alih-alih dia makan gak. Siap belanja aku lagi. Alhamdulillah. Gua rasa nak balik tiap-tiap minggu lah...
Char Kuey Teow special Kemal. Gua punya tak sempat tangkap gambar dah habis.

Ajoi dalam cerita di atas ialah dinda kepada Cik Zulex. Muahaha... Nasib ko takde, kalau tak, ada la muka lu dalam post ni. =p
Bersambung...

Saturday, May 8, 2010

Cuti hari pekerja aku bekerja

Ni cerita minggu lepas. Dah hari Jumaat baru aku nak update. Biasalah, hidup ni macam pelayaran, dalam pelayaran tu, tak semestinya sentiasa tenang je laut. Sekali sekala dilambung ombak, dihempas badai jugak. Ceh, bersasteradrama pulak aku pagi-pagi ni. Ok, tinggalkan masalah yang menimpa, biarkan masa membuka ruang penyelesaian.

Hari Jumaat 30hb April, aku balik ke Serting. Dari Kota Damansara aku menumpang Zammuri, naik moto sampai Bahau. Malam jugak aku sampai Bahau, dalam pukul 9. Then aku tunggu ayah aku jemput. Aku sampai tumah dah dekat pukul 10. Duduk-duduk kejap, ibu tanya, tak pergi rumah kenduri ke. Lepas rehat kejap, aku pun pergi. Kendurinya esok pagi, aku datang kalau-kalau ada something untuk ditolong. Paling-paling tidak pun boleh jumpa kawan-kawan.

Sampai rumah kenduri, aku nampak Padil dengan adik aku, Angah. Dah la duduk mengadap speaker orang karaoke, nak borak pun tak dengar. Baru nak pindah tempat lain, jiran sebelah rumah aku, Aqmal dengan Caduk, sepupu dia, sampai. Dia ni jarang-jarang aku nampak, padahal sebelah rumah je. Selalu dia balik kampung dia kat LBJ je kalau cuti. Lepas tu, gi lepak tempat lain, lagi ramai la yang datang. Ajoi, Aboi, Atan, Aloi, Iwan, ramai lagi la (nama budak-budak kampung ni biasanya start ngan huruf A kan?). Kemudian lepak kat kedai kejap, minum-minum, dan datang balik rumah kenduri. Sebenarnya dah tak banyak kerja nak kena buat. Dah tengah malam. Lepak rumah kenduri pun, main poker sampai pukul 2 pagi.

Yang sebelah kiri tu Aqmal, kanan Padil.

Yang ni pulak Aboi ngan Angah.

Caduk yang bajet artis, dengan Ajoi.

Esoknya, kenduri berlangsung. Aku ngan kawan-kawan datang dalam pukul 11 pagi, untuk menolong apa yang patut. Angkat pinggan, cawan, susun meja, angkat lauk, refill air, salin air basuh tangan dan bermacam-macam lagilah. Kenduri habis pukul 3 petang. Aku balik agak awal, sebab panas sangat, badan pun dah letih. Yang lain-lain lepak kat situ lagi. Petang dalam pukul 5 aku datang balik, kalau-kalau ada kerja lagi. Tapi khemah semua dah cabut, kitorang balik rumah, mandi, lepas tu pergi jalan-jalan naik moto, pusing satu Felda. Best weh jalan petang-petang. Boleh tengok awek. (I gurau-gurau je dear. Walaupun tengok awek, hati i tetap pada u. Ngeeeeeee......)

Sebelum mula bertugas, kena makan dulu.

Barisan otai-otai.

Ayam golek sedap.

Pasangan adik beradik. Abu(nama betul dia Jeffrizal) dan Aloi(Zarul).

Skandal lama, Padil dan Ain (Zulaikha a.k.a Zulex)

Ni pasangan pengantin, aku tak tau nama pengantin lelaki. Hohoho... Yang perempuan tu kitorang paggil Kak Intan je.

Hoh, dah besar dah kitorang ni. Ni geng main masa kecik-kecik.

Ni pun geng main masa kecik-kecik. Wani, Jijie, Aloi, ngan Padil(lagi)


Muka keletihan.

Petang, lepas berjalan-jalan keliling kampung. 

Best gak sekali sekala balik kampung, dapat jumpa balik member-member masa kecik. Jarang dapat jumpa, sebab ada yang dah kerja, ada yang belajar lagi, cuti tak sama. Tapi kebetulan kali ni semua ada. Apa yang aku boleh cakap, best. Tu je.

Monday, May 3, 2010

Cuti yang best!

Seperti yang korang sedia maklum, hujung minggu lepas aku balik ke kampung halaman kat Serting. Kali ni memang best balik, sebab ramai member-member sepermainan ada time tu.  Kebetulan ada kenduri kahwin, memang meriah la rasanya. Selalu aku dok rumah je, tengok tv, tolong ibu ngan ayah kat rumah sikit-sikit, kalau ada kawan-kawan sebaya yang balik baru la aku keluar. Macam anak dara lak kan dok rumah je. Muahaha...

Anyway, esok akan aku update lagi pasal aktiviti cuti aku. InsyaAllah. =)

Tahniah kepada Kak Intan dan pasangannya. Selamat pengantin baru, dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... =)