Selesai sesi makan minum dan pemborakan sambil meramalkan Ajoi mampu ditabalkan sebagai pemangku jawatan Ketua Blok 9 sambil diringi hilaian tawa mengekek, kitorang beransur pulang untuk menuju ke rumah Ajoi. Angah pulak datang bawak Vespa ayah. Aku tak pernah pulak bawak benda tu. Rasa macam susah je nak bawak. Gear dah la kat tangan, ada klac plak lagi tu. Tapi tengok Angah bawak relax je, aku try la seround dua. Kira ok la jugak, takde la pelik sangat rasanya. Still rasa macam naik moto, bukannya ATV, bukannya jet ski, dan lebih penting lagi bunyi dia tak pom-pom sangat macam haritu, tapi asap dah macam fogging banteras denggi lak aku tengok.
Tengah aku layan seround dua, lalu rumah member aku. Tiba-tiba henset bunyi. Ah gelabah. Gear dengan klac kat tangan kiri, throttle kat tangan kanan, abis mana nak cari tangan lagi satu? Aku lepak kat tepi jalan, kiri ada rumah orang, tapi ada paya sebelum rumah dia, kanan ada kolam ikan. Dah la gelap, moto pulak timing rendah.Aku jawab call, Pizat ngan Amin perasan aku masa aku lalu kat rumah Pizat. Mana la gua perasan, lampu dah macam pelita minyak tanah sumbu pendek je kadar kecerahannya... Habis call, motor mati. Aku tengok kiri kanan makin gelap pulak. Mungkin ilusi sebab baru lepas tengok skrin henset cerah. Ntah berapa kali aku sepak kick starter tu tak mau start pulak moto ni.
Vespa tersebut...
Aku rasa ada la dalam dua tiga belas kali aku try start, baru hidup. Aku gi rumah Pizat, borak kejap, then balik ke rumah Ajoi. Aku tengok dah berapa round dah diorang main poker, atau dipanggil 'T' dek budak-budak ni. Ramai gak lepak situ malam tu. Ada la dalam 8 orang. Main gilir-gilir, sambil mengumpat borak ntah pape. Balik dalam pukul 12 dekat-dekat nak pukul 1 pagi.
Pemuda harapan bangsa.
Setiap malam aktiviti yang dijalankan lebih kurang sama, di venue yang sama dan rangka masa yang sama. Cuma malam last tu tukar venue ke rumah Nan Bukit, dan aku balik awal sebab esoknya dah nak balik KL. Aku tak ingat nama penuh Nan. Nan tu pun sebab nombor plet moto dia NAN. Dan sebelum lepak rumah dia, aku dapat gak makan char kuey teow. Malam tu aku keluar awal sikit, sengaja tak makan malam. Ajak Kemal gi minum, alih-alih dia makan gak. Siap belanja aku lagi. Alhamdulillah. Gua rasa nak balik tiap-tiap minggu lah...
Char Kuey Teow special Kemal. Gua punya tak sempat tangkap gambar dah habis.
Ajoi dalam cerita di atas ialah dinda kepada Cik Zulex. Muahaha... Nasib ko takde, kalau tak, ada la muka lu dalam post ni. =p
Bersambung...
6Feedback(s):
Post a Comment
alhamdulillah... best wooo...
yg tu char kuey teow special, sebab tu ada telur mata. hehe...
@[z@ck]
tertarik? buat la zack. ko nak recepi? hohoho...
Post a Comment